Friday, November 8, 2013

IN Vivo



Dah pukul 2 petang, dia janji nak datang sini pukul 2 :15, ada lagi 15 minit. Pagi tadi dia call nak sangat jumpa aku.
Mesti ada hal penting nak bagitahu.
Selalunya dia akan cari aku bila ada masalah walaupun umur kami agak jauh berbeza.

Hari ni tak ramai pulak orang lepak kat sini macam selalu.Maybe ramai orang dah pergi French Café yang baru bukak tu. Setiap kali aku lalu kat area tue, mesti aku nampak orang yang aku kenal.

Ermm, tempat lepak baru orang muda. Baguslah at least ko ade benda nak buat masa weeken daripada terperuk sorang² kat rumah jadi zombie.


Dah 10 minit aku dan Fuad berborak. Borak pesal studies, pesal makanan, dan segalanya tentang Negara ini. Finally dia bukak mulut

“Bro, macam mana nak jadi jahat ek ?"

Seriyes, ko datang jauh² sebab nak tanya soalan ridiculous ni? Dan sebut pesal jahat, asal kene tanya aku plak? Then aku tanya dia asal nak jadi jahat. Semua orang nak jadi baik,tapi mamat ni songsang nak jadi jahat. Ironi tahap dewa.

“ Yelah girls kan suka badboys,mana ada girls suka laki yang skema macam aku”

Hampeh,pesal pompuan rupanya. Sah² lah dia ni mentah dalam hidup.Tak semua perempuan suka badboys,ade jek yang suka laki baik. Tak caya bukak youtube and search for ceramah Ustazah Fatimah Syahra tentang kriteria memilih suami.
Kalau ko assume semua perempuan suka badboys, literally speaking ayah ko badboy la kan. Tu sebab mak ko kahwin dengan ayah ko. Tapi aku tak sampai hati nak bagi dia ayat ni. Sabar, La Taghdab (jangan marah).Nanti pahala kurang.

Aku try explain yang ada perempuan yang sukakan lelaki yang baik. Aku confident jek nasihat dia walaupun aku tahu realitinya memang macam tu sekarang. Dah jadi trend.
Tapi seriyes,kalau dia nak jadi jahat,aku boleh jek bagi tips.Dah dia tanya,aku jawab jelah.

“Macam mana,kalau hisap rokok,ok tak ?"

Hisap rokok nampak jahat? Hoi atuk aku hisap rokok baik je dia. Tak pernah orang panggil dia jahat. As the matter of fact, dia banyak sedekah orang dan dah infaq berekar² tanah untuk dirikan berpuluh² masjid dan rumah anak yatim. Berani ko cakap atuk aku jahat? Apa sumbangan ko untuk manfaat umat? Konfirm ko tak boleh jawab.

“Habis tu kalau pukul orang jahat tak”?

Soalan ni bagus sikit dari yang tadi. Bagi aku pukul orang ni bagus kalau ada sebabnya.Katalah ada orang pecah masuk atau rompak rumah ko,ko pukul dorang setengah mati untuk self-defense. Ko jahat ke pencuri tu yang jahat.Yelah, ko yang pukul dorang kan?

Aku bagi soalan kat dia supaya dia pikir. Orang muda ni tak boleh nak marah² atau tegah². Biar dia pikir sendiri. Nanti dia akan faham.

“Ok lah,ko bagi jelah ape² tips untuk jadi jahat.Nanti aku ikot,yang penting orang akan pikir aku ni badboys”
 Dia dah nampak putus asa.

Hahaha, aku tersenyum dalam hati sebab tips yang aku nak bagi ni susah nak ikot. Aku teguk sikit Oasis Framboise kasi segar tekak sebelum sampaikan doktrin aku.

Bagi aku,ko budak jahat bila ko sharing something kat FB without check kesahihan berita tu benar atau tidak.Kalau betul, boleh consider lagi,tapi kalau fake,ko dah sebar fitnah. Pernah dengar cerita 2 pemuda dan fitnah? Kalau tak pernah nanti jumpa aku lagi.Kat sini tak boleh nak hurai panjang². Sebar aib orang pun dikira jahat sebab jatuhkan maruah orang. Cuba kalau Allah bukakan keaiban ko kat seluruh alam,apa ko rasa? Ok, ni jahat level rendah.

Kalau nak upgrade,ko carik pisau dapur kat rumah, kunci semua pintu dan tingkap,pasang muzik kuat²(kalau boleh pasang lagu Kurt Cobain). Then, ko kelar pergelangan tangan ko. Bila ko bangun kali kedua,konfem ko dapat lihat apa itu ‘kejahatan’ sebenar.

“Takdelah,aku gurau jek”.
 Risau plak aku bila tiba²muka member aku ni macam terrified giler.

Okeyh,kembali serius.

Jahat yang sebenar adalah ko sebarkan fitnah dan ko sorokkan kebenaran. Dengan erti kata lain, ko tak nak sampaikan kebenaran.
Ko nampak kawan ko tersesat dan lemas kat laut, ko happy sebab bila kawan ko mati,semakin kuranglah persaingan. Ko xde usaha nak selamatkan lawan² ko dari mati lemas.Kalau tak reti berenang,ko boleh campak pelampung,takde pelampung,ko boleh jerit mintak tolong.Kalau dah takde cara lain,ko doalah supaya kawan ko terselamat dan dijumpai manusia lain. Biarlah manusia tu yang selamatkan dia kalau ko tak mampu nak tolong kawan ko atau family sendiri.

"Actually senang jek nak jadi badboy ni- Sebarkan Fitnah dan Sorokkan kebenaran"

“Ermm, senang jek rupanya, tapi kalau aku nak sampaikan kebenaran,macam mana?”
Tiba² soalan dia dah berubah.

Hahaha, aku diam. Alhamdulillah dia dah faham.Senang sikit lepas ni. Nanti aku cakap kemudian apa maksud sebenar fitnah,dah nak Asar ni. Buat masa ni aku xde bende nak explain kat dia.
Aku explain nanti kalau dia dah bersedia.






Friday, October 25, 2013

Juruteknik, software, dan komputer


Dalam sebuah makmal komputer di sebuah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur, tiba² pintu makmal terbuka dan masuk seorang juruteknik sambil membawa sebuah beg hitam. Dalam beg, terkandung beberapa DVD softwares. Entah ori entah tidak, who cares?

Di depannya ada banyak komputer. Ratusan komputer. Peliknya semua komputer tak sama. Ada yang pakai processor i7,i5, i3, dan yang paling tak boleh blah ada gak yang still pakai Celeron. Dan yang paling banyak adalah yang pakai i3 dengan Celeron.

Juruteknik termenung lama,menganalisa kemampuan komputer² itu. Di tangannya ada windows 7, windows 8, Linux dan Ubuntu. Untuk komputer yang berkapasiti dan berteknologi tinggi sikit,dia install windows 7 atau 8. Tapi untuk Celeron, dia install Linux atau Ubuntu. So semua komputer akan berfungsi dengan baik. Lebih efisyen,lebih laju.Setelah selesai dia pun kemas² barang nak balik.

Ketika hendak menutup pintu makmal komputer, dia terlihat ada komputer yang masih belum di install software. Dan semuanya keluaran Apple. Biasanya semua produk Apple dah ada OS sendiri. So why nak upgrade?

Pada mulanya dia tak nak upgrade sebab biar jelah Komputer² Mac tu dengan OS dia sendiri, tapi atas arahan bos dan sebab pelajar kat situ perlukan Windows masa praktikal, atas sebab nak run program yang compatible dengan windows masa design produk. Untuk version apple bukan takde, tapi belum wujud masa tu.

Kalau ikut, dia boleh jek install windows kat Macbook² tersebut, tapi tak tahu lah mcm mne dia punye fikiran sampai dia sanggup buang IOS Apple dan install windows,mean that macbook tu sekarang beroperasi dengan satu jek OS, dan OS tu bukan IOS  tapi windows !

Secara teorinya memang tak salah, tapi berbaloikah sebuah perkakasan yang hebat itu dibuang sistem asalnya. Normally orang beli apple product sebab nak pakai IOS dia, kalau dia hanya nak pakai windows baik dia beli komputer biasa jek (not apple product).Konfem² lah boleh dapat murah dan tak perlu bayar lebih.
Dalam kes ni juruteknik ke silap,computer ke silap, ke software yang silap?


Cuba bayangkan kalau Juruteknik tu seorang guru, software tu adalah pengetahuan atau doktrin, dan computer tu adalah pelajar


Apa akan terjadi?




Sunday, October 20, 2013

Manusia lebih kuat dari agama


1000 orang di Perancis terlibat dalam perarakan membantah pencerobohan Palestin.Mereka  boikot barangan syarikat yang menyokong Israel. Carefour, Mc Donald, Loreal, Nestle dan lain lain. Bukan hanya di Benua Eropah, bahkan di Benua Asia perkara yang sama turut berlaku.

Senang cakap satu dunia.

Padahal mereka bukan pun Islam. Ada Hindu, Buddha,Kristian dan lain2 juga.Memang berlainan agama dengan kita. Christiano Ronaldo siap cakap lagi dengan pemain Israel yang dia x nak tukar jersi dia dengan pembunuh. Pembunuh jiwa2 tak berdosa di Palestin.
Mereka buat sebab kemanusiaan, bukan sebab agama.

Sedangkan ada bangsa yang dianugerah dengan agama yang sama dengan palestin, gelojoh meneguk coca-cola,hisap rakus rokok buatan Amerika, dan paling teruk,menghina usaha boikot.

Orang seagama menderita, ko bersenang-lenang di atas takhta, di tilam empuk,dalam kereta mewah, dalam rumah banglo.
Apa ko buat untuk mereka?
Dan ko dakwa ko sedara segama?

Hakikatnya semangat keagamaan ko telah lama hilang.Jangan biarkan naluri kemanusiaan ko juga turut tenggelam. Ingat adik beradik ko di sana.
Doakan untuk mereka sempena Aidil Adha ini.
Semoga aman dan baik2 di sana,
Semoga dapat menikmati at least 1/3 apa yang ko rasa.


Thursday, October 10, 2013

Besançon diserang Zombies



Kepalaku terpaling ke arahnya. Dia terjengket² mendekati aku. Ada kesan daging di giginya. Dia nak makan aku,dia nak ratah aku.Bukan satu,tapi beribu². Mereka bertambah ramai. Daging bersepai bertaburan di mana². Dataran Huit Septembre penuh dengan darah.

Dalam bank,pejabat pos,kedai rokok,semua ada makhluk ni. Aku lari dan terus lari. 
Nasib tak baik,aku jatuh terlanggar basikal.

Siot…Habislah aku kali ini.

Time tu aku ternampak kapak kat tepi Hotel de Ville. Tak pikir panjang aku aku terus sentap kapak tu dan pancung makhluk² lahanat tu.

Bergolek² kepala dorang aku tetak. Ada yang menangis, ada yang menjerit.
Persetan,padan muka ko!




Sampai kat Chamars, aku rehat jap, light sebatang rokok dan hisap puas². Aku tak nak balik rumah sebab aku tahu spesies jahat ni dah kepung area Granvelle. Lagi besar² dan sasa dari yang aku lawan tadi. Orang kata zombies kelas 4, mean that hanya letupan di kepala baru boleh matikan makhluk ni.

Dari jauh aku Nampak Damang, aku teriak nama dia. Dia toleh dan terus lari ke arah aku bawak radio sellular.

Dengan radio tu aku mintak bantuan airstrike dari pejabat induk. Askar suruh kosongkan area Centre Ville dalam masa 45 minit sebelum pengeboman besar² an dilakukan.

Damang hulur aku pistol glock 18. Aku tak pernah guna pistol betul, tapi aku dah biasa main bb gun dengan Anuar. So takde masalah.
Sepuluh aku target,lapan kene headshot. Not bad kan.

Kitaorang terus gerak sebab zombie makin banyak. Dorang terbalikkan bas dan makan orang² dalam bas. Sungguh,  Centre Ville dah jadi black area.




Kitaorang plan pergi Planoise sebab Planoise banyak makanan. At least, boleh nyorok sementara tunggu bantuan sampai.On the way g Planoise, aku Nampak mayat Mali, Cikgu Wawan, dan Joe. Usus dorang semua terkeluar. Badan shiro dah takde kepala. Serius seram.

Kat Planoise, Safi ngan Texas tengah masak² untuk dinner.
Takkan dorang tak tahu Besançon diserang zombies? Gila tak update. Rupanya Darty box dorang ade problem dan dah dua hari rumah dorang tak dapat connect internet.


Aku ngan Damang explain kat dorang. Dorang tetap gak masak sebab lapar. Lepas masak Safi hulur aku Ak 47. Texas bagi aku Ridsect.
Dia cakap zombies takot dengan ridsect. Aku tahu dia nak troll aku dan aku tak bodoh nak percaya bulat². Tapi aku still amik ridsect tu as precaution.



Tipon aku tiba² berbunyi. Amin call.

Dia cakap rumah dia kene ketuk dengan zombies. Budak² MARA ngan KPM semua dah tukar jadi zombies. Dia nangis² mintak tolong. Texas suroh dia bunuh diri supaya tak terseksa. Aku cakap jangan sebab nanti masuk neraka. Aku suroh dia chill dan tunggu kami sampai Centre Ville.

Lepas makan couscous Safi masak, kitaorang terus gerak pergi CV. Aku sempat tembak zombies guna ak-47. Damang tuang petrol dan bakar semua zombies tu.
Sampai je CV, semua dah rentung especially area Granvelle.

Beberapa minit kemudian, datang satu jet fighter tembak bom ke arah kami. Aku tercampak. Safi terbakar sekali dengan Texas. Damang kene tembak dengan sniper.

Aku rasa gelap, sakit, sesak nafas.

Aku try buka mata dan nampak ada satu mata oren tengah tengok aku.
Rupa²nya mata tu lampu “heater” aku. Terus aku capai telefon dan unlock screen. Ada 15 mesej dari whatapps. Aku swith on lampu dan baru aku sedar aku bangun lambat hari ni. Lagi 10 minit ada kelas Calinon. Sepatutnya lepas Subuh tadi aku tak tido. Tapi takpe that’s my fault.

Aku tukar baju dan terus gerak ke kelas. Tak sempat nak sikat rambut.
Pagi tu aku g kelas dengan muka zombie.Paling aku terkejut bila aku masuk kelas, Amin masih hidup dan sedang duduk atas kerusi.




Monday, September 30, 2013

Alternatif selalu ada




 Orang Malaysia malas membaca ?

Antara statement yang aku rasa agak sentap. Kita memang malas membaca. Dalam sebulan,berapa banyak buku yang boleh kita abeskan.Magazine pun x terabis nak baca,lagikan pulak buku² tebal. Kalau buku tu best maybe ada gak rasa nak baca,tapi kalau dah bosan tahap gaban,memang ke tong sampah lah jawapnya.

Kalau ada yang cakap takde masa nak membaca, ini jawapan sumpah cliché. Ko ada masa sebenarnya. Dalam bas,train,Lrt,sambil tunggu member pun boleh baca buku kan. Daripada duduk saje² like insta dan retweet benda² tak berfaedah, baik lagi kita membaca.Kasi kembang sikit otak,kasi nampak sikit dunia. Sekarang ni zaman tablet,lagi senang nak baca ebook dan takyah lagi nak bawa berat² mcm zaman² dulu.

Tapi nak baca apa?

Ini baru soalan bagus. Sebab semangat membaca datang dari genre buku yang ko pegang.Aku x nafikan sesetengah buku memang tak menarik minat langsung especially dari Penerbit yang terkenal. Sebabnya dorang ni tulis tanpa ruh,tanpa semangat. Lagi banyak page dikira lagi bagus walaupun isinya ntah ape². Banyak angan² dan imaginasi,kenapa x nak hadapi realiti ?

Bahan Bacaan Alternatif

Bagi sesiapa yang malas membaca ataupun menghidap La Nausée dengan buku² formal ,aku promote beberapa penerbit indie yang best. Check it out.

Lejen Press, Buku Fixi, Buku Hitam Press, Sindiket soljah, Selut Press, Moka mocha ink, Neon terbit, Kitab terfaktab, Dubook Press.

Yup, akan ada yang kritik karya² ni tak menepati piawaian atau justifikasi bahasa yang sepatutnya. Karya ini merosakkan anak bangsa dan meruntuhkan moral.
Exaggerate.

Hakikatnya, Buku² indie (independent) ni lah yang naikkan balik semangat membaca dalam kalangan orang² muda di Malaysia. Rosak bahasa takkan wujud kalau level bahasa kau dah tahap master, otak kau takkan rosak kalau ko tahu bezakan mana motivasi mana ideology. Pokoknya kau. Kau yang decide apa yang kau baca.

Bila suatu hari nanti ko dah bersedia nak baca bahan² yang cukup berat,time ni ko dah tak perlukan sapa² tuk rekemen buku mana yang bagus atau tak. Just taip goodreads kat google,semua jawapan ada kat situ. Buat hanya bila ko dah bersedia.


Friday, September 13, 2013

Ideologi berbeza;mengapa perlu berbalah?

                            
 "Jemaah aku paling bagus sebenarnya, sebab pengasasnya Rasulullah sendiri dan paling lama kalau            compare dengan jemaah korang yang baru 70-80 tahun tu"
  "Bagus sangat ke jemaah kau ni,aku tengok sep² mg diam jek masa Mesir bergolak,bebudak aku jek yang bersungguh² turun padang bagi kesedaran kat orang kita
 "Korang ni asyik gaduh jek,jom kita g dakwah kat floor ni,jemaah korang x buat keje dakwah pun aku tengok"

STOP !
Dialog perbandingan yang merosakkan,berlaku dalam kalangan mahasiswa tidak kira di Malaysia mahupun luar negara. Jangan kerana seseorang itu berlainan jemaah dengan kita,kita pulaukan dia,tolak pandangan dia,dan yang paling membimbangkan, kita persoalkan pegangan aqidahnya. Nauzubillah


 Suasana dakwah di luar negara ni ibarat kita sedang berenang di sebatang sungai yang sempit. Di dalamnya ada ramai dai’e yang sedang berenang dan sungai yang sempit itulah gambaran bilangan mad’u yang ada. Masing-masing berenang dengan cara tersendiri untuk menuju ke destinasi yang sama. Sudah menjadi lumrah apabila ramai orang yang berenang pada sebatang sungai yang sempit, pasti sesekali ada yang akan tersakiti oleh yang lain. Mungkin ada yang tersiku, tertarik, tertampar dan sebagainya kerana sungai yang ada itu begitu sempit dan ruang untuk bergerak juga tidak banyak.

  Kemudian, bila masa terus berlalu mereka yang berenang di sungai itu tadi akan tiba jua ke muara dan masuklah ke medan baru iaitu laut yang luas tidak bertepi. Sesudah beberapa tahun kita menuntut di luar negara akhirnya kita akan pulang juga ke tanah air untuk menyumbang bakti. Pada masa itu, kita tidak lagi berenang pada sebatang sungai yang sempit tapi kita akan berenang dalam sebuah lautan yang sangat luas dan gelombangnya juga sangat ganas. Terlalu ramai mad’u yang ada dan tenaga dai’e yang ada sangatlah tidak mencukupi. Pada masa ini, kita tidak lagi tersiku atau bertepuk tampar dengan orang lain kerana lautan yang kita renangi itu sangat luas. Bahkan pada masa ini mungkin kita sendiri akan memanggil semula orang-orang yang kita marahkan dahulunya kerana tersiku kita sewaktu berenang di sungai, kerana dalam lautan yang ganas itu nanti, kita hampir-hampir sahaja lemas dan tidak mampu untuk terus berenang bersendirian.


  Situasi di tanah air kita ibarat lautan yang luas tersebut. Terlalu ramai orang yang perlu kita ajak kepada dakwah ini sehinggakan kita sendiri-sendiri pasti tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Bukan itu sahaja, di Malaysia kini wujudnya pelbagai lagi ancaman seperti gerakan liberal, syiah, hedonisme dan sebagainya yang menjadikan kita seorang sahaja pasti tidak mampu melawannya. Justeru, sementara berenang di sungai yang sempit ini cubalah untuk berlapang dada dan saling bermafaan antara kita. Peliharalah sebaiknya hubungan sesama pendakwah walaupun berbeza jemaah dan fahaman kerana kita sememangnya saling memerlukan dalam perjuangan di tanah air nanti

Wednesday, September 11, 2013

Melancong ke Turki


"Bir"
"Tavuk"
"Tasyakkur"

Antara dialog biasa yang korang dengar bila melancong ke Turki.
Baru² ni Turki dah macam tempat yang wajib kene pegi lepas keluar filem Istanbul aku datang.
Masa nilah ramai antara kita yang pasang niat untuk pergi ke Turki disebabkan lanskap nyer yang super *osem.
Alang² tue boleh tadabbur alam sekali kan.Dapat tengok bunga tulips dan masjid biru .

Tapi dalam kesedapan itu ramai yang tak taw pesal sejarah Turki dan fakta² yang menarik tentang Negara Empayar Uthmaniyah ni. Nah, amik taw sket sebelum pasang hajat ke sana yer.

Penduduk Islam yang Ramai

Majoriti penduduk Turki beragama Islam tapi bau² Islam itu semakin berkurangan selepas rampasan kuasa yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal Attartuk. Tapi sekarang dah ok sket sejak Recep Tayyip Erdogan jadi PM. Baru² ni kan PM turki antara yang lantang mengkritik Israel dan negara² arab yang bersekongkol melakukan kekejaman kepada Palestin dan Syria.
But kalau korang g turki, korang dapat lihat masih banyak gambar² Attartuk digantung di tempat² awam tanda sokongan kepada beliau.entahlah, pfff

Masjid paling banyak

Kat Istanbul jek bilangan masjid dah susuah nak kira sebab banyak sangat sampaikan azan terpaksa dilaungkan berseli² sebab muazzin kene tunggu muazzin dari masjid² yang lain. As conclusion takder inci pun yang terlepas dari mendengar laungan azan di Istanbul, Hebat bukan.

Penghubung Asia dan Eropah

Istanbul terbahagi kepada dua bahagian, satu termasuk dalam benua Eropah dan satu lagi termasuk dalam Asia. Kaau tengok budaya yang sebelah Eropah memang akan cenderung ke barat dan sebaliknya.

Banyak lagi kalau nak cite pesal Turki ni. Senang cakap² banyak² tempat yang aku dah round sekitar Eropah dan asia ni, Turki adalah antara yang *terbest dan *osem. Kasi tempek sikit gambar² kenangan masa kat Turkey.
Dulu ni saliran air

Waktu ni bunga tengah kembang

Dekat dengan pintu masuk hagia sophia


Makam

Masjid biru


Raja² dan permaisuri² Turkey. LOL


Sunday, September 1, 2013

Entry Khas : Takziah


Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Nya juga kita kembali (Al Baqarah 155-156)




Takziah kepada keluarga arwah Puan Noriah Bte Jaafar yang telah meninggalkan kita pada jam 8.45 malam tadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah, Al -Fatihah.

Allah Allah Allah
Aku start kenal arwah Che Yah masa start pindah kat Air Limau,Masjid Tanah, dah 13 tahun berlalu. Che Yah ni famous dengan gelaran Che Yah kelate sebab dia berasal dari Kelantan. Masa mula-mula pindah sini dulu,keluarga aku x kenal ramai orang. Antara yang banyak menolong keluarga aku memang keluarga Che Yah ni. Suami dia ,Pak Mat pernah tumpangkan aku ke sekolah masa ayah aku outstation dulu. Adik aku pun pernah duk tumpang rumah dia sebab parents aku kene kursus seminggu dan tempat kursus tu jauh.

Diringkaskan cerita, we all memang close dengan family dia. Even kalau Hari Raya pun rumah kitaorang antara yang terawal dorang akan ziarah.Dah macam family dekat plak. Seyesly, aku dah anggap dorang macam family.Aku banyak blaja kecek klate pun dengan Che Yah ni. Aku ngaji kecek klate kat IPBA dan bila balik rumah aku practice cakap dengan dia.So sekarang ni aku boleh lah kecek laju.Koho-koho kate orang klate.

Last time aku jumpa Che Yah masa open house rumah aku. Masa tu dia ajak skali datang umah dia open house (smalam) dan aku kate ok. Tapi smalam ditakdirkan aku tak dapat datang  sebab aku pergi walimah kawan aku kat Gombak.So itulah kali terakhir aku jumpa Che Yah dan aku sempat hantar Che Yah balik rumah masa open house rumah aku tue.

Arwah meninggalkan kita pada umur awal 50-an meninggalkan suaminya Pak Mat dan 6 orang anaknya - Along,angah,alang,kakak,yaya,dan syafiq.Semoga Keluarga arwah sabar dan tabah menghadapi kenyataan ini dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Al Fatihah



Saturday, August 17, 2013

Puisi : Uban sudah di kepala, puting masih di mulut


Lampu neon bersinar cemerlang
Terbias warna-warna terang,
ramai veteran di warung itu,
menghirup cangkir-cangkir kopi.
Rutin harian

Di televisyen, ada siaran bola,
bila gol,mereka bertempik riang,
bila digolkan, mereka memaki lantang.
Wasap kretek dan aroma kopi mencanak naik,
sesekali terdengar hilaian puaka.

Lepas siaran bola,siaran wrestling pula,
bertambah rancak malam itu,
bertandak di tepi meja,
berdendang tanda gembira.
Kewajipan kepada tuhan masih belum tertunai biarpun muazzin sudah menjalankan tanggungjawabnya.

Golongan tua yang belum cukup dimasak.
Uban di kepala,puting masih di mulut,
umur yang terbazir ,hanya sia-sia,
bukan pendukung bangsa,malahan fitnah kepada agama.

Asyraf Damien
13 Ogos 2013, 7:15 pagi
Teratak Anirus

Sunday, August 4, 2013

Jangan Pernah Salahkan Mereka


Usai solat terawih,kita melihat ke belakang.
Terkejut.

Hanya tinggal satu saf dipenuhi jemaah yang dah beruban di kepala
Poofff ! Yang muda dah hilang entah ke mana.
Moreh pun orang dah tak suka


Situasi  biasa di masjid dan surau di Malaysia setiap Ramadhan.

Semakin berakhirnya Ramadhan,semakin kurang tetamu di rumah Allah itu.
Kita suka menghabiskan masa mengeteh roti canai dan maggi goreng di mamak dan bermain futsal sampai ke sahur dari melakukan iktikaf di masjid mengejar lailatulqadar.



Kesedaran tentang kelebihan lailatulqadar

Berapa ramai antara kita yang didedahkan dengan kelebihan lailatulqadar sehingga kita sanggup tinggalkan futsal yang memachokan diri dan restoran mamak yang membuatkan nafsu makan kita mencanak naik ke tahap yang tertinggi? Memang ada yang sanggup tinggalkannya,tapi ini golongan minoriti.
Golongan yang faham akan keistimewaan bulan barakah ini. Bukan golongan yang tahu tapi tak mahu memahamkannya.



Fobia dengan masjid

Ya, mungkin kedengaran lucu.Tapi ada di antara kita yang tak nak terawih di masjid sebab fobia dimarahi pesara polis yang melentik misainya ketika zaman kanak2nya.Sikap jemaah masjid yang menganggap kanak2 sebagai mengganggu kekusyukkan solat harus diperbetulkan. Solat memang tak khusyu', salahkan kanak2 pula ! Masjid mestilah menjadi tempat tarikan untuk golongan muda dan kanak2,bukannya tempat yang digeruni dan ditakuti.



Pengaruh media massa

Lagu raya dan berdendang di kedai2 dan supermarket sejak first Ramadhan lagi.Ini bukan mainan media ke? Sepatutnya semangat Ramadhan yang kita perlu naikkan,bukannya memberi keghairahan kepada makcik2 dan nenek2 untuk bershopping raya!Kalau kat Tv pulak,waktu solat terawih la ade mcm2 citer super best yang menggugah iman kita. Sepatutnya channel2 ni kenalah peka dengan keperluan rakyat kita. Tak dinafikan memang ada certain channel yang bagus mcm Kalamullah, Qari Junior dan beberapa channel lain yang islamik.Tapi dari segi ratio bilangannya , memang program2 ni kalah teruk dengan bermacam2 movie yang merosakkan iman.



Pilihan di tangan kita.

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari jek lagi, boleh masuk dah gear 5 tanpa ragu2.Semoga ibadah kita terus melaju, semoga diri kita sentiasa dipandu.

Ehh, kanak2 tadi telah kembali ke saf kedua,

Oooh, mereka ambil wuduk di luar rupanya,bukan meninggalkan masjid sepeti yang kita sangka !

XOXO

Tuesday, July 2, 2013

Berkenalan dengan makhluk lain : Mengapa saya pilih lebah?

Lebah...
Dalam Bahasa Perancis disebut  l'abbeille.
Serangga kecil yang comel dengan jalur hitam dan kuning di buntutnya
Saya suka tengok lebah bukan kerana pada rupanya yang cute itu,tapi juga atas dasar sikapnya . 
Sesungguhnya serangga ini terlalu istimewa.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T merakamkan perihal lebah dalam Surah An-Nahl Ayat 67-68, menceritakan peranan lebah dalam kehidupan manusia dan khasiat madu sebagai penyembuh (yang original la,kalau yang fake tu pengundang kencing manis).

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
[QS. An-Nahl : 69]

Sifat lebah juga boleh kita jadikan contoh untuk melahirkan muslim yang bermanfaat kepada orang lain :

  • Di mana sahaja dia hinggap,ia tidak akan merosakkan tempat tersebut. Meskipun makanan (madu) diambil dari bunga,namun bunga dan dahan tidak pernah dirosakkan.
  • Lebah hanya mengambil dan mengeluarkan yang baik sahaja. Makanannya ialah pati bunga yang dipilih dan dikeluarkan untuk kegunaan. Madu ialah makanan yang sangat tinggi khasiatnya. Inputnya dari yang baik,outputnya juga yang baik.
  • Lebah tidak mengganggu haiwan atau makhluk lain.Apabila diganggu,lebah akan menuntut maruahnya.Walaupun haiwan atau makhluk yang mengganggunya terjun ke dalam air,lebah tetap menanti di atasnya.

Hakikatnya meskipun ramai di antara kita yang pernah disengat lebah (sakit ouii) serta <beephobie> dengan serangga kecil ini,kita perlu sedar bahawa ia telah banyak menyumbang manfaat kepada makhluk di sekelilingnya. Sudahkah kita memberi manfaat kepada orang lain hari ini?




"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain"















Thursday, June 27, 2013

Im getting older


Pejam celik pejam celik rupanya dah 2 tahun aku tinggalkan Malaysia.
Alhamdulillah tahun ni dapat balik Malaysia dan dapat berpuasa di samping keluarga.
Sepanjang 2 tahun jugak,banyak perubahan yang berlaku,terlalu banyak.



    Ramai yang telah tiada

Bila borak dengan keluarga, kadang2 aku suka tanya khabar tentang orang lain. Nenek yang tinggal di hujung tamanlah, atuk yang jual ikan, bekas kapten, pesara polis dan beberapa jiran yang pernah aku kenal.Bila petik2 nama random macam tu, ada di antara mereka yang dah arwah. Certain tu memang aku dah tahu dorang dah arwah dan aku terlupa tapi ade certain yang memang aku tak taw.Maybe sebab keluarga aku terlupa nak bagitaw. Peliknya aku boleh jumpe dengan dorang sapu2 sampah dan mengemas rumah. Imaginasi mungkin.Semoga Allah mencucuri rahmat kepada semua arwah tersebut.

 Perubahan fizikal yang tak terjangka

Bila aku jumpa balik kawan ayah ngan mama aku,aku perasan yang dorang semakin berumur.Kalau dulu rambut pakcik2 ni semua hitam,tapi sekarang dah banyak helai2 putih kat kepala dan janggut dorang, Yang perempuan adalah aku perasaan kedut dorang semakin banyak.Baby juga membesar dengan cepat,kalau dulu menangis dalam buaian, sekarang dah pandai bercakap dan berjalan.Paling tak boleh bla, pokok kelapa yang dulu aku boleh petik buah,sekarang dah menjulang tinggi dan confirm kene gune galah panjang untuk amik buah kelapa muda. Terkejut !

   Persepsi aku berubah

Kalau dulu aku tak suka sangat dengan indon, sekarang aku dah faham dorang datang cari rezeki dan kita takkan faham perasaan orang asing selagi kita tak jadi orang asing. Tapi untuk bangla aku still ade certain prejudis.
Then x semestinya orang yang kita nampak berilmu agama dia ada kefahaman tentang agama,bahkan ada yang menyokong bidaah yang x membawa apa2 faedah.Dia hebat dengan taujih yang membasahkan jiwa2,dalam masa yang sama dia gagal membawa keluarga sendiri mengenal tuhannya.
Tapi ader yang kita nampak biasa2,tapi merekalah yang diberi kefahaman agama sampaikan sanggup berhabis harta untuk membawa ustaz ke rumah untuk membetulkan ibadah,dan memperkuat akidah.

Walau apapun , still ade benda yang dulu aku rasa pelik,tapi kini biasa dan ade benda yang dulunya aku rasa biasa,sekarang I look at that thing with my mouth agape!
Basically the changes that I notice the most is my physical appearance. Maybe my seluar is getting smaller or my body is getting  bigger.Semoga aku tabah menghadapinya.







Thursday, May 9, 2013

Saksi Sebuah Kehidupan


Salam alaykoum,

Kita sering guna kamera untuk shoot gambar. Gambar nilah yang banyak simpan kenangan dalam hidup kita. Subjek dalam kamera takkan pernah berubah walaupun di luar gambar subjek akan  sentiasa berubah. Orang sekarang sanggup beli DSLR riban² untuk dapatkan hasil terbaik. Orang dulu² pakai SLR (pakai film) untuk merakam event² penting dalam kehidupan diorang.

Bila dah lama pakai DSLR ni,aku terasa plak nak cuba² SLR yang dikatakan best ni.Orang sekarang pun ramai yang still pakai SLR atas alasan nak rasa feeling orang² dulu.Even, ayah aku still simpan lagi Nikon FM2 ( lejen masa zaman² 90 an) ngan Yashica sebab dua body ni banyak simpan kenangan dia.So, aku belilah satu SLR (Praktica LTL 3) masa jualan lelong kat sini dengan harga 25 euro untuk rasa sendiri feeling tersebut.

Body still seksi dan mantap,siap dapat lens pentacon 50mm 1.8 lagi.

Lepas aku beli ni,aku usya balik function body dia.Bila gune shutter rendah sangat (kurang dari 1/15) shutter blades mudah tersangkut. Lepas adjust² skit,nampak gaya dah takder masalah,terus aku usya harga film kat ebay.Banyak sangat jenama film² ni.Last² aku beli jek fujifilm sebab dari dulu aku memang percaya fujifilm ngan kodak je kalau bab² buat film ni. Malas dah nak tukar² yang lain.


Film kalau kat sini diorang panggil pellicule

Aku beli pek berkembar supaya bole shoot bebanyak. Mahal jugak rege film kat sini.Ni baru yang ASA atau ISO 200, belum yang 400 ngan 800 lagi. Pemilihan film penting sebab kita tak boleh nak adjust sesuka hari ISO SLR macam kita buat kat DSLR.Kalau SLR adjustment ISO kene ikut sensitiviti film.

Susah gak actually nak load film ni dalam kamera.Nasib baik ade youtube

Satu benda lagi yang mencabar dengan SLR ni bila ko tak bole tengok result immediately.Ko kene abiskan dulu satu roll film tu barulah boleh tengok hasilnya. Nak tunggu satu hal,then nak process film pun satu hal. Kalau kat sini nak develop rege 5 euro then kalau nak print biasanya 12 euro.Sebab nak cut cost aku develop jek then aku scan sendiri. Pepandai la nak hidup kan.





Dari negatif ni aku scan sendiri ikut cara yang aku google dalam internet,then invert colour gune Picassa.
Dapat la beberapa keping gambar yang level dia hanya memuaskan hati. Kalau DSLR kita boleh naikkan contrast and colour dia,tapi kalau SLR,kita kene la sering berlapang dada walaupun apa hasilnya.Nak tunjuk sikit beberapa keping yang aku sempat scan.


 Sumpah kabur kan,kalau digital boleh sharpkan sikit


Yang ni vignette dia banyak sangat lak, model mahal ni



Antara yang banyak², ni paling ok exposure ngan focusing. Then gambar pun kalau perasaan lagi sharp.
Memang susah actually nak manual focusing especially bila mata rabun,then nak kene setting exposure berdasarkan anggaran kita semata².Walau apapun memang puas hati dengan hasil SLR ni sebab dapat rasa feeling photographer dulu². Sekarang ni semua mudah dengan DSLR,kalau x jadi bolé delete than snap lagi dan lagi.

Ok lah,tension pun dah hilang, bolehlah sambung balik assignment ni

SAYA TELAHPUN MENCUBA,ANDA BILA LAGI?

# INIKALILAH 


Wednesday, April 10, 2013

Terfaktab juga akhirnya



Fuhhhh,tiba-tiba mereka terasa perut masing-masing mula mengeluarkan asid.Krek krek krek.

Sudah tengahari rupanya.Patutlah lapar tahap dewa ! Hampir 3 jam mereka menyaksikan kecantikan Kota Lama itu. Kecil,cantik,dan menggoda. Subhanallah!

“Korang tak lapar ke?” Aman yang dari tadi sibuk memerhatikan gelagat penduduk Itali mula bersuara. Bila lapar,dia berhenti menyanyi, selepas kenyang nyanyiannya bergema  lagi.Terkejut marga bumi.

 ‘’Apa kata kita makan Pizza?,Aku pun lapar gak ni”. Azim menyambut soalan itu sambil memegang perutnya. Kat sini memang payah nak cari makanan halal,kalau ade pun ikan.Tak banyak pilihan.
Akram menganggukkan kepala tanda setuju.Laparnya tahap tertinggi  sampai tak mampu bersuara.Diam tanda setuju.Kalau bab makanan dia tak berkira.Balun apa sahaja di depan mata ! Asalkan halal,apa salahnya?

Di depan mereka ada sebuah kedai kebab,tampak usang,tiada pelanggan. 2 kilometer di hadapan ada sebuah kedai pizza.Eksklusif.Tentunya mahal.

Kalau setakat makan kebab,baik tak yah datang sini.Kat tempat kita bersepah. Mereka mula berkira-kira
Tapi kalau makan kat Pizza nun,jauh lak,mahal ,nanti tak banyak boleh beli souvenir. Percaturan kedua.

Nafsu mengatasi segala-galanya.Kaki dihalakan ke Kedai yang terpampang tanda Halal itu.Ringkas dekorasinya,gaya lama.Semoga mereka dapat menolong saudara seagama walaupun berlainan bangsa,walaupun kebab bukanlah makanan istimewa.

Di dalam kedai,mereka disambut hambar sejak awal.Tiada salam persaudaraan seagama,tiada layanan kepada pelanggan selayaknya. Damn! Tandas pun tak boleh guna. Not  for outsiders katanya. Memang sakai kedai ni,tapi sebab seagama,gagahkan jua.

Azim tempah 2 pizza. Aman duduk di bangku bersebelahan tong sampah. Ada 2 tong sampah.Akram melihat telefon,kalau-kalau ade mesej atau noti dari FB.Sambil makan pizza, Azim,Akram dan Aman menahan amarah.Patutlah kedai ni takde orang.Perangai macam orang tak bertamadun.
Jap,tak abis lagi,then pekerja dia charge lebih budak bertiga ni. Dia tahu dorang ni ade mengumpat pesal dia. Puas hati dia.Dapat duit.Dapat majukan negara.Dapat majukan bangsa ke kasta yang seterusnya.

***************************************************************************

“Jom kita bantai spaggheti plak,lapar lagi ni”. Tercetus gabungan 3 suara.
Idea ini dikongsi bersama. Dorang pergi ke kedai Spaggheti plak.Kali ni layanan memang istimewa walaupun mereka bukan saudara seagama.Tapi benua tetap sama lah.Muka Akram dan Azim pun ada iras-iras pekerja restauran tu. Sebenua katakan.

Restauran ni siap ade wifi lagi,layanan memang first class. Tak heranlah kalau suatu hari nanti bangsa ini menjajah Eropah,bahkan seantero dunia,jikalau kualiti ini terus ada pada mereka.
Sungguh pada perjalanan kali ini,mereka blaja banyak perkara.Cara berniaga,tahap pemikiran setiap bangsa dan mengapa kedai usang itu tiada pelanggan.Mengapa tidak kalau layanan sekeras raja kepada hamba, adab seperti mereka golongan yang tertinggal dari peradaban dunia.Belum masuk logo halal tapi jual pizza pork. Alahai, patutlah mereka cuma menjadi pelarian yang membanjiri setiap inci dunia. Untung sekarang,karam kemudiannya dengan ego,bongkak, dan warna kulitnya.

*** Kalau selalu tulis dengan ayat standard,kadang2 bosan gak.Sesekali ayat santai sangat diperlukan :)