Friday, September 13, 2013

Ideologi berbeza;mengapa perlu berbalah?

                            
 "Jemaah aku paling bagus sebenarnya, sebab pengasasnya Rasulullah sendiri dan paling lama kalau            compare dengan jemaah korang yang baru 70-80 tahun tu"
  "Bagus sangat ke jemaah kau ni,aku tengok sep² mg diam jek masa Mesir bergolak,bebudak aku jek yang bersungguh² turun padang bagi kesedaran kat orang kita
 "Korang ni asyik gaduh jek,jom kita g dakwah kat floor ni,jemaah korang x buat keje dakwah pun aku tengok"

STOP !
Dialog perbandingan yang merosakkan,berlaku dalam kalangan mahasiswa tidak kira di Malaysia mahupun luar negara. Jangan kerana seseorang itu berlainan jemaah dengan kita,kita pulaukan dia,tolak pandangan dia,dan yang paling membimbangkan, kita persoalkan pegangan aqidahnya. Nauzubillah


 Suasana dakwah di luar negara ni ibarat kita sedang berenang di sebatang sungai yang sempit. Di dalamnya ada ramai dai’e yang sedang berenang dan sungai yang sempit itulah gambaran bilangan mad’u yang ada. Masing-masing berenang dengan cara tersendiri untuk menuju ke destinasi yang sama. Sudah menjadi lumrah apabila ramai orang yang berenang pada sebatang sungai yang sempit, pasti sesekali ada yang akan tersakiti oleh yang lain. Mungkin ada yang tersiku, tertarik, tertampar dan sebagainya kerana sungai yang ada itu begitu sempit dan ruang untuk bergerak juga tidak banyak.

  Kemudian, bila masa terus berlalu mereka yang berenang di sungai itu tadi akan tiba jua ke muara dan masuklah ke medan baru iaitu laut yang luas tidak bertepi. Sesudah beberapa tahun kita menuntut di luar negara akhirnya kita akan pulang juga ke tanah air untuk menyumbang bakti. Pada masa itu, kita tidak lagi berenang pada sebatang sungai yang sempit tapi kita akan berenang dalam sebuah lautan yang sangat luas dan gelombangnya juga sangat ganas. Terlalu ramai mad’u yang ada dan tenaga dai’e yang ada sangatlah tidak mencukupi. Pada masa ini, kita tidak lagi tersiku atau bertepuk tampar dengan orang lain kerana lautan yang kita renangi itu sangat luas. Bahkan pada masa ini mungkin kita sendiri akan memanggil semula orang-orang yang kita marahkan dahulunya kerana tersiku kita sewaktu berenang di sungai, kerana dalam lautan yang ganas itu nanti, kita hampir-hampir sahaja lemas dan tidak mampu untuk terus berenang bersendirian.


  Situasi di tanah air kita ibarat lautan yang luas tersebut. Terlalu ramai orang yang perlu kita ajak kepada dakwah ini sehinggakan kita sendiri-sendiri pasti tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Bukan itu sahaja, di Malaysia kini wujudnya pelbagai lagi ancaman seperti gerakan liberal, syiah, hedonisme dan sebagainya yang menjadikan kita seorang sahaja pasti tidak mampu melawannya. Justeru, sementara berenang di sungai yang sempit ini cubalah untuk berlapang dada dan saling bermafaan antara kita. Peliharalah sebaiknya hubungan sesama pendakwah walaupun berbeza jemaah dan fahaman kerana kita sememangnya saling memerlukan dalam perjuangan di tanah air nanti

No comments: