Sunday, May 28, 2017

Ramadhan Di Parit


Kira-kira balik, dah dekat setahun aku kat Parit ni.
Start dari January hari tuh, tak terasa langsung masa bergerak. Akhirnya dah sampai Ramadhan.

Tahun lepas aku bersahur dan berbuka bersama pelajar Sains Selangor.
Tahun before that bersahur dan berbuka bersama pelajar SMAP Labu.

Tahun ni bersahur dan berbuka sendirian. Tenang dan rilex sikit. Tapi kalau tahun depan aku confirm jadi warden, kena bersahur dan berbuka dengan pelajar di Parit lah.

Actually seronok juga berpuasa dengan pelajar. Dapat berjemaah solat fardhu dan tarawih bersama. beri sedikit tazkirah, tadarrus bersama dan pelbagai lagi aktiviti kerohanian bersempena dengan bulan ramadhan.

Cuma aktiviti kemasyarakatan akan berkurang sebab ko kena selalu hadap pelajar berbanding masyarakat. Boleh je, kita yang kena pandai cari dan curi masa.
InsyaAllah Allah permudahkan.

Selamat menyambut Ramadhan
Bonne Eid Ramadhan !