Saturday, December 15, 2012

Canon vs Nikon (cerpen)



Marcapada ini, seni fotografi semakin berkembang pantas dan mendapat tempat di hati para remaja. Azam tidak terkecuali ingin melibatkan diri dalam hobi yang termasuk dalam cabang seni ini.Banyak review di internet yang telah dibacanya bagi mendapatkan maklumat jelas tentang DSLR terbaik untuk dirinya. Baginya DSLR yang baik mampu menghasilkan gambar osem dan bergaya . Sebelum ini,dia memang sudah lama meminati fotografi,tetapi dia hanya mempamerkan karyanya di Instagram kerana masih belum mempunyai DSLR sendiri.

Atas nasihat dari sahabatnya, Abbas, yang sudah lama melibatkan diri dalam hobi ini,dia pergi ke butik Nikon di Times Square untuk mencuba DSLR yang menepati cita rasanya. Nikon D90 menjadi pilihannya dan wang pun bertukar tangan dengan seorang tauke cina. Sejak hari itu, bermulalah kehidupan Azam sebagai seorang pencinta seni fotografi.Dia mendaftar  sebagai ahli Nikon Malaysia yang banyak menganjurkan outing bersama untuk memastikan pengguna Nikon menggunakan gadjet mereka semaksimum mungkin.Azam juga mendaftar sebagai ahli kelab fotografi di universiti.

 Di universiti, Abas sudah lama menubuhkan kelab fotografi yang majoriti ahlinya terdiri daripada pengguna Nikon atau lebih dikenali sebagai NIKONIAN.Ada segelintir pengguna Canon atau CANONIAN yang tidak berpuas hati dan  keluar dari organisasi dan telah menubuhkan sendiri kelab CANONIAN yang diketuai oleh Ajiz.Sering kali berlaku konflik di antara dua organisasi ini kerana masing-masing mahu diiktiraf sebagai kumpulan yang hebat.Hakikatnya merekat terlupa bahawa walaupun berada di dalam organisasi yang berbeza,matlamat mereka tetap sama iaitu berkarya dan memakmurkan seni melalui fotografi.Walaupun begitu, Nikonian masih relevan dan diiktiraf disebabkan ahlinya yang ramai dan penglibatannya dalam setiap acara yang dianjurkan oleh Universiti.

Bersambung…

Sunday, December 2, 2012

He deserve to be happy

Finally.it's winter...

Di  France,Besancon,salji telah turun dengan lebatnya
suhu sangat sejuk melebihi refrigerator

Spongebob terjaga dari tidurnya apabila kakinya terasa kebas

Hatinya girang,dia mahu keluar melihat salji di bandar itu

Setelah lama berjalan, dia sampai juga di gare d'eau,satu kawasan di Besancon.

Kesejukan salju itu membuatkan dia sangat gembira

 Dia naik ke atas tiang-tiang besi untuk mengambil gambar

 Banyak posing yang dihasilkan

 Untuk disimpan sebagai kenangan.maybe ini winter yang terakhir buatnya

Kerna battery di dalamnya hampir habis(akibat selalu mengeluarkan lampu dan muzik)

So,sebelum battery habis,dia mahu bergaya dan berposing
"tak sia-sia aku memilih besancon,banyaknya salji" desis hatinya


Dia ingin pulang ke rumah selepas tangan dan kakinya kebas,namun sebelum itu dia ingin memberitahu kawan-kawanya di luar bahawa...

DAMAINYA MUSIM SALJU DI BESANCON