Showing posts with label Karya. Show all posts
Showing posts with label Karya. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

Memang Selalu Begitu Saudaraku


Setiap perjuangan selalu melahirkan, sejumlah pengkhianat dan para penjilat.
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita,
pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang.
Jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang,
selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian,
dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan ini diberkati.

Amin.








Wednesday, May 18, 2016

Meja Putih, Bangku Merah

Senja di ufuk timur,
terbelah dua dan bias cahaya,
Seorang lelaki duduk di meja,
dengan cheezy sausage di tangan,
Bersama teh tarik instant.

Sudah lama dia tidak ke sini,
sibuk dengan urusan duniawi
di gudang yang ada syif.
Pagi ke petang,petang ke malam
Tanpa henti.
Tanpa cuti.
Kerna dia sudah biasa.

Dari raut wajahnya,
dia memikirkan sesuatu,
nun jauh di Ipoh,
ibunya seorang diri.
Dia ingin kembali

Tiada apa yang ada di sini.
Yang ada cuma pekerjaan
Yang meletihkan.

Dia melangkah keluar dengan langkah gontai dan longlai.

Thursday, April 14, 2016

Awek Usrah, Zaujah Jahiliah [ Cerpen ]

Dengan gaji sebanyak ini, aku faham sebenarnya mengapa dia menolak peminangan itu tempoh hari.
Aku tak pernah salahkan dia. Dengan gaji sekecil ini dan tinggal di Kuala Lumpur sekarang sememangnya seakan mustahil untuk membina sebuah keluarga.

Lagi-lagi bila Najib menghadiahkan kenaikan harga minyak ditambah lagi dengan beban GST. Memang orang muda macam aku akan memikirkan alternatif lain dari berkahwin. Lagi murah, takde langsung komitmen dan responsibility, but i realised itu satu dosa besar yang menjebakkan diri ke neraka.

Cincin itu aku tenung, terbayang-bayang wajah ibu dan saudara-saudaranya yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti rombongan meminang itu. Last-last mereka terpaksa pulang dengan wajah kehampaan. Tapi aku tau ada di antara mereka yang gembira. Sebabnya dia mahu aku kahwin dengan anaknya sejak dulu lagi tapi aku menolak mentah-mentah atas alasan ingin mengembangkan keluarga kami yang sedia kecil ini.

Ehh jap. Mungkin aku terlepas pandang.
Sekarang ni tahun 2015.

Kita hidup dalam era kemodenan. Melayu urban, melayu kontemporari.

Relevan lagikah budaya merisik dan meminang ini ? 

Risik dan pinang ni zaman atuk nenek aku dulu. Sekarang ni bercinta, bercanda, dan kadangkala terlepas berzina barulah hendak berkahwin.
Semua orang tidak kisah.

Parents juga tidak kisah apabila membenarkan anak perempuan mereka disorong ke sana ke sini oleh jantan yang mereka masih tak kenal.
Parents si jantan juga seakan merestui apabila anaknya mengangkut ke hulu ke hilir anak gadis itu biarpun ke kamar di banglo miliknya.
Bagi mereka pihak lelaki takkan luak, takkan terjejas apabila berlaku apa-apa kepada gadis tersebut.

Jika perutnya bunting, dia yang akan malu,
Jika dia membunuh diri akibat malu dengan perbuatan itu, pihak berkuasalah yang perlu bertindak dahulu.
Mereka takkan mahu campur tangan. Lontar batu sembunyi tangan.

Inilah golongan Syaitan yang sepatutnya dihapuskan.
Cuba bayangkan yang mengandung tidak berbapa itu anak kau. Yang bunuh diri tu kakak ko dan yang ternoda berkali-kali itu ibu ko. Pasti ko malu dan ingin membalas dendam kan?


Aku malas nak jawab. Ko fikir sendiri.

bersambung . . .

Saturday, March 19, 2016

Masih adakah gitar itu? | Edisi Khas |


Orang panggil dia Cikgu Bis. Nama sebenar beliau ialah Bistamam Bin Talib. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka adalah sekolah pertama yang dia posting dan kekal di situ sehinggalah hari persaraannya. Semua ex-mozac pasti mengenali susuk ini.

Mungkin tak banyak perkara yang aku ketahui tentang dirinya. Tapi apa yang aku ingat dia antara susuk yang berjaya menjadi inspirasi untuk aku teruskan karier ini. Karier yang hebat cabarannya, tidak hidup famous dan menjanjikan kekayaan. Sifat paling baik yang boleh dicontohi dari beliau adalah Ikhlas. Beliau bukan seorang guru 25 haribulan yang hanya menantikan gaji dan kerja ala kadar, tapi beliau seorang pendidik yang action speaks louder than words. Dia kata dia buat, dia mahu, dia cuba realisasikan.

Kalau hari ini cikgu-cikgu hebat memandu ke sekolah dengan kereta keluaran BMW, Camry, Alphard, dan Vellfire - even cikgu baru posting pun sudah mampu pakai Honda City dan Almera, Cikgu Bistamam tetap gah memandu van putihnya pada zaman itu. Kelibat van itu, bunyi enjinnya sudah dikenali di segenap inci dan ruang di atas bukit ini. Mungkin dia percaya bahawa kenderaan yang hebat tidak menunjukkan bahawa pedagogi juga turut hebat. Dia tunjukkan bahawa pembelajaran yang hebat hanya dapat dihasilkan dengan bakat dan kesungguhan seorang murabbi (pendidik).

Pada era globalisasi, dia masih menggunakan campuran teknik kontemporari dan teknik klasik dalam bilik darjah. Pelajar yang gagal menjawab soalan dan menyiapkan tugasan akan didenda dengan cara lama; berdiri atas kerusi, berdiri atas meja, berdiri di luar kelas dan sebagainya. Beliau juga tidak akan berganjak dari silibus yang diajar jika masih ada pelajar yang gagal memahami konsep yang cuba diajarkan. Walaupun kelas lain sudah advance 1-2 bab ke hadapan !

Aku ingat sebabnya aku adalah antara pelajar yang lambat nak faham konsep matematik. Bila kami dah faham barulah dia bergerak. Dia juga banyak buat kelas malam untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti PMR (PT3). Tak berkira sangat dengan alasan rumah dia dekat dari sekolah.

Pernah sekali di waktu pagi pada sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, aku lalu belakang kantin dan nampak van putih. Dia baru sampai sekolah. Di terus keluar dari van dan mencapai sesuatu di atas kerusi belakang - sebuah gitar di dalam sarungnya. Aku ucap salam dan terus bertanya.

Mengapa cikgu bawa gitar,
cikgu pandai main gitar ke?

Eh saja je ni, mana lah tahu MC panggil untuk buat persembahan, at least ada backup.

 Malangnya pada hari tersebut MC terlupa nak jemput beliau untuk persembahan dan lagi teruk aku terlupa nak bagitahu MC perihal gitar di dalam van putih itu. Akibatnya sampai sekarang aku rasa bersalah. Sebak sekejap.

Pada pertemuan baru-baru ini di Casa Del Rio, aku sempat bergambar dengan beliau. Banyak amanah yang dititipkan untuk menjadi seorang guru yang baik. Bagaimana mendekati pelajar dan teknik menganggap mereka sebagai anak sendiri. Untuk cikgu-cikgu baru, mungkin ini salah satu anekdot yang dapat memberi inspirasi dalam memilih jalan yang penuh dengan tribulasi dan mehnah ini.
           
Untuk guru-guru berpengalaman  yang kadangkala terasa penat, lelah, dan putus asa - akibat sikap pelajar dan parents yang acapkali gagal membezakan tugas guru dengan baby sitter, mungkin boleh mengambil iktibar bagaimana Cikgu Bis mampu keep the flame sepanjang perkhidmatannya dalam dunia pendidikan.

Bersama-samalah mendoakan susuk ini agar sentiasa sihat dan sentiasa gembira di samping keluarga tercinta. Akhir sekali,


TERIMA KASIH CIKGU BISTAMAM !

Saturday, December 5, 2015

Parenting skills yang gagal akibat mentaliti masyarakat yang gagal

Nilai manusia itu terletak pada apa sebenarnya ?

Bila tiap kali exam, masyarakat akan tanya berapa A’s yang diperoleh oleh anak.
Kalau straight A’s dikira pandai, and vice versa. Parents yang selalunya over excited.
Kalau di University, kawan-kawan akan tanya berapa pointer yang ko dapat.
Kalau 4 flat, hidup ko akan senang, kalau tak susah lah nak dapat kerja nanti.

Bila reunite dengan kawan-kawan lama satu sekolah, sekolej, dan satu university, akan ada member-member materialistik yang akan main compare-compare gaji dia dengan orang lain, kereta apa yang member dia pakai, isteri siapa yang lagi cantik, suami siapa yang lagi berpangkat. Ini benda biasa. Bukan adat Melayu. Kat oversea pun sama juga. Cuma masyarakat sana bijak macam mana nak counter isu yang sebegini.

Apapun perlu ingat yang semua itu REZEKI masing-masing dan kita takda hak nak pertikaikan.

Memang masa sekolah dia bodoh, sekarang dia dah ada Phd. Sebab apa, sebab dia usaha.
Memang dulu ko dapat straight A’s, tapi lepas tu tak ke mana. Sebab apa, sebab ko bongkak dan ego.
Bini punyalah cantik, tapi kesihatan ko tak baik, tak guna jugak, takkan sekadar pandang jek.
Kereta mewah, anak pulak tak menjadi, degil, dan bodoh. Sebab apa, sebab keberkatan tu takda.

Bilangan A’s bukanlah pengukur kebijaksanaan dan kesempurnaan akhlak
Pointer hebat pun bukan jaminan ko jadi pelajar yang holistik
Kereta mewah kalau hutang keliling pinggang pun dikira miskin juga.
Isteri lawa, mati tukar jadi skeleton jugak.
So sebenarnya apa yang kekal ?
Tak kaya kita dengan harta yang kita ada, kayanya kita dengan harta yang kita beri.

Benda macam ni perlu di setting dan di tune kan kembali dalam otak masyarakat sejak kecil lagi.
Peranan ibu bapa dan guru sangatlah penting.

Mati kerana frust dalam exam sangatlah tak berbaloi, lainlah seppuku atau hara-kiri sebab terima rasuah atau pecah amanah !

Thursday, October 1, 2015

Tentang Buku dan Masa Depan

Kalau satu hari nanti, umur masih panjang dan produktif (punyai anak-anak kecil dan cerdik) – seraya menuding jari ke arah koleksi buku-buku yang aku miliki di bookshelves yang disusun mengikut kategori – politik, humanisme, pendidikan,bahasa, linguistic, etc. Dan bertanyakan mana datangnya buku-buku itu, aku akan menjawab kepadanya secara terus terang.

Ada buku-buku yang kawan ayah hadiahkan sempena Hari Lahir dan Majlis Perpisahan. Bukan sekadar kawan, guru-guru dan ustaz-ustaz juga ada berikan sebagai tanda penghargaan dan dorongan untuk mencintai ilmu . Dan ada di antara buku-buku itu adalah karangan mereka sendiri – ada yang dah jadi bestseller.

Kebanyakan buku-buku itu ayah beli di MPH atau Kinokuniya  - dengan baucer buku rm 250 yang diberikan oleh kerajaan ; Antara sumbangan terbesar kerajaan Barisan Nasional ketika itu (walaupun kadangkala banyak kekurangannya). Baucer yang sering disalahgunakan oleh mahasiswa untuk membeli komik dan alatan sukan. Ada juga buku yang terbeli hasil dari perit jerih ayah bekerja sebagai guru ganti dengan gaji serendah RM 600 sebulan dan kemudian mendapat tawaran yang lebih baik sebanyak RM 1800 sebulan. Lebihan wang belanja itulah ayah guna untuk beli buku dan baca kandungannya. Sebab ayah cintakan kecerdikan dan kebijaksanaan (sapiosexual).

Kerana itu banyak buku ayah yang bersifat deep thinker dan banyak bermain dengan konsep ketuhanan, tetapi tidaklah sampai ke tahap pemikir Nietchze yang digelar “pembunuh tuhan”. Cuma sekadar mempersoalkan hukum yang direkayasa agar tidak menjadi taqlid buta – seorang mahasiswa harus membuat kajian dan fakta, bukan sekadar percaya kepada cerita penglipur lara dan ustaz-ustaz FB seperti Ustaz Abu Syafiq yang suka menabur fitnah atas nama agama. Lazimnya buku-buku deep thinker ni ayah dapatkan dari seorang kawan yang baik dan berpendidikan, Loqman Karimn (telah kembali ke Rahmatullah). Al Fatihah untuk beliau yang terlibat dalam tragedi Gunung Kinabalu 2015.

Zaman kau nanti, ayah tau dah tak banyak publisher yang nak publish buku-buku yang dicetak. Ramai yang akan baca ebook, pdf dan menggunakan kindle dan gajet-gajet lain. Yang nampak lebih cool dan urban – Tapi ayah tak pernah suka semua itu (boleh panggil ayah oldskool). Sebabnya bila membaca buku, bukan kandungan semata-mata yang diinginkan, tapi kepuasan membaca helaian demi helaian dan bau aroma buku itu sendiri. Especially buku-buku lama yang baunya mampu menarik kau ke zaman itu, Syahdu !

Mungkin juga syarikat-syarikat buku Indie akan bertambah banyak atau mungkin juga Fixi, Lejen Press, Dubook, Buku Hitam dan yang seangkatan dengannya akan pupus dan gulung tikar kerana tiada isu baru dalam masyarakat yang harus diketengahkan.

Tarbiah maksudnya apa ayah ? (jika ada soalan seperti itu)
Oh , ada satu kategori “tarbiah”di satu sudut paling kanan. Apa maksud tarbiah ? Susah nak explain kepada kanak-kanak sekecil kamu. Kerana tarbiah jugalah kamu lahir – mungkin. Dan mungkin kerana tarbiah juga kau mampu bertanya soalan yang sofistikated ini kepada ayah. Ayah tak mahu ceritakan segala pengalaman tarbiah yang diperoleh dalam hidup bermula dengan peluang belajar ke luar negara (Perancis) itu kerana kau juga akan merasai nikmatnya.

Ayah cuma mahu kau ikut jejak Pakcik Ammar yang syahid ketika menuntut ilmu di Turki – kau patut baca buku itu, ada banyak publisher yang menulis tentangnya, dan buku itu ada di rak tersebut. Atau kau juga boleh jadi seperti Salim Fillah dan Fathi Yakan yang banyak menulis untuk manfaat orang lain. Tetapi sebelum menulis, kau harus banyak membaca.
Percaturannya mudah ;
Baca
Baca
Baca
Dan tulis.

Jika Gilgamesh berjaya mendapatkan ubat kepada kematian iaitu penulisan, kau juga mampu menemukan untuk terus hidup dalam keabadian melalui penulisan.
Bacalah banyak buku sebab itu sahaja cara untuk melepaskan diri (emansipasi ) dari kebodohan mutlak dan abadi. Jangan hanya mengikut tanpa ilmu. Harus berani sesekali untuk meningkah. Jika hanya pandai mengikut membuta tuli, lebih baik jadi bebiri. 
Ada juga orang yang tahu sesuatu benda itu salah tapi masih mengikut dan mengamalkannya – untuk menjaga kepentingannya. Jangan pernah kau jadi penjilat, pengampu, dan pembodek untuk kemewahan yang sementara ini.

Panjang huraian ayah berkenaan buku ini. Suatu hari nanti, bila anak-anak ini menginjak sedikit dewasa, mungkin dia akan bertanya tentang muzik dan fotografi. Dan waktu itu, aku perlu menulis sekali lagi.

Dan apa yang penting, rak buku itu semakin lama, semakin sempit.


Monday, July 6, 2015

Belajar dengan alam

I don't believe teaching and learning within the four walls.

(Baharuddin Burhan,2007)


Pembelajaran sebenarnya bermula apabila kita memaknakan apa yang kita lihat, kita percaya, dan kita rasa.

Cuba hari ini kita perhati dan rasa apa yang ada di sekeliling kita. Kita akan perasan sedikit kebesaran, keajaiban,keistimewaan dan pengajaran (ibrah) yang ada pada alam ciptaan Allah ini

Insya Allah, kita ikhtiar dan kita cuba. Sama-sama memerhatikan.
Keindahan yang dicipta Tuhan

Thursday, February 19, 2015

Milik Siapakah Si Sakinah





Dan perpisahan kita relakan,
atas dasar keimanan, atas tunjang konsep Al-Fahmu.
Dalam alat sebesar 4 inci itu terkandung dua sektor
satu sektor dengan bahan kerja
satu sektor dengan keseronokkan dunia
warga kota gelar hard disk
orang biasa panggil storan data.

Berbaris-baris jahiliyyah di dalamnya,sampai kita lupa definisi konotasi itu
Drama,korea,games,ceritera tak usah dibicara.
Melayah-layah di udara
masa terbunuh, umat dipeduli
suara-suara hedonisme sungguh menyenangkan
melarutkan rasa seorang hamba terhadap tuhan
walaupun azan sudah lama dilaungkan - dan muazzin juga telah lelah.

Dengan nasihat dan qudwah, diri ni tersedar kembali
akan tanggungjawab dan peranan.
Alat itu bermanfaat jika benar lakunya,
musibat jika silap aturannya.
Bila lagi kalau bukan sekarang?
Cik Hidayah sudah lama menyapa.
Abang taufik juga seakan mesra.

Mata dipejamkan,berdepan-depan dengan skrin komputer
azam telah dibulatkan
tekad telah dibangunkan
Dengan lafaz bismillah yang bergema
punat delete ditekan,dan sekali lagi ditekan untuk kepastian
10 gigabyte kini lapang, Sakinah pula yang datang bertandang.

Friday, March 14, 2014

Misteri Méon dan kehilangan kapal terbang



Gelegak air di dalam periuk sudah kedengaran sayup sayup. Dia masih di biliknya memandang skrin samsung seluas 23 inci dan gigih mengetuk papan kekunci membalas setiap komen² di Facebook,twitter dan instagram miliknya.Dia tersenyum puas kerana dapat berbakti kepada masyarakat terutamanya golongan majoriti yang ghairah mengikuti perkembangan berita itu melalui facebook.

Meon keluar dari biliknya dan terus menuju ke dapur.Bungkusan maggi dibuka dan diletakkan perlahan-lahan ke dalam periuk,mengacau² sedikit lantas memasukkan perencah kari.Telur dipecahkan dan dituang ke dalam periuk bersama beberapa potongan sosej dan sayur.Wap kari memenuhi ruang dapurnya.Tak sampai 5 minit hidangan makan malamnya sudah siap. Simple and delicious.Buat ape susah2,orang bujang kan.

Mangkuk berisi maggi ditatang masuk ke biliknya dan diletakkan bersebelahan dengan macbook.Heater dikuatkan bagi membanteras dingin malam yang sampai ke tulang.Tambahan lagi dia hanya berkain sarong dan memakai singlet pagoda .Dari satu tab terus ke satu tab yang lain.Google chrome sahaja sudah ade 7 tab, ditambah lagi dengan safari dan mozilla.Total 15 tab tentang perkembangan berita kehilangan kapal terbang kini berada di depan mata.Sumber dari Vietnam,Australia,USA,France, dan MAS diteliti satu persatu. Blog beatifulnara, ohbulan,dan rotikaya juga tidak dilupakan bagi mencari koherens dan percanggahan isu ini.

Dalam banyak2 kisah itu dia tertarik kepada kisah gossip co-pilot pesawat itu dan kehebatan bomoh yang telah melempang seekor buaya tembaga.Dia jadi teruja dan cuba meringkaskan semua spekulasi-spekulasi yang dijangkakannya akan memberi manfaat kepada orang lain.
Setelah diringkaskan,dia copy paste semua link dan share di laman² sosial miliknya dan dihashtagkan dengan #prayforMH370



Tak sampai sehari video² dan artikel itu sudah mencapai ratusan like.Gilalah, dia tambah teruja.
Rokok winston blue dikeluarkan dari kotak dan dicucuh,asap rokok memenuhi segenap inci biliknya.Buat jadi stimulan untuk dia terus berjaga dan membalas beratus² komen.Ade yang bersetuju dengannya,ade juga yang mempertikaikan kesahihan berita tersebut.Dia terasa kredibilitinya dicabar dan rakus menempelak komen² itu berdasarkan prinsip hidupnya; Haters gonna hate and haters is everywhere.Baru padan muka mereka.Ini Meon lah ,perintis isu semasa.


Di Perairan Selat Melaka pula, anggota penyelamat sedang bertungkus-lumus mengesan punca dan petanda² yang boleh memberikan klu kepada penemuan terbaru dan tidak putus² berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan memudahkan usaha mereka.

Di ruang udara,puluhan helikopter dan pesawat ringan masih menjalankan aktiviti mencari MH370 dan dilaporkan anggota penyelamat giat menjalankan gerakan mencari sehinggakan mereka terpaksa berkampung di beberapa lokasi operasi.

Dan

Di sebelah rumahnya, Surau Al Falah baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah dan solat hajat mendoakan agar dipermudahkan pencarian pesawat itu.Jika di langit,turunkanlah,jika di laut, timbulkanlah dan jika di darat, tunjukkanlah.

Persoalannya.Bagaimanakah Meon mengetahui cerita benar tentang kehilangan ini walhal dia tidak berada dalam mana² situasi yang dinyatakan?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. Al Hujurat : 6)


Friday, November 8, 2013

IN Vivo



Dah pukul 2 petang, dia janji nak datang sini pukul 2 :15, ada lagi 15 minit. Pagi tadi dia call nak sangat jumpa aku.
Mesti ada hal penting nak bagitahu.
Selalunya dia akan cari aku bila ada masalah walaupun umur kami agak jauh berbeza.

Hari ni tak ramai pulak orang lepak kat sini macam selalu.Maybe ramai orang dah pergi French Café yang baru bukak tu. Setiap kali aku lalu kat area tue, mesti aku nampak orang yang aku kenal.

Ermm, tempat lepak baru orang muda. Baguslah at least ko ade benda nak buat masa weeken daripada terperuk sorang² kat rumah jadi zombie.


Dah 10 minit aku dan Fuad berborak. Borak pesal studies, pesal makanan, dan segalanya tentang Negara ini. Finally dia bukak mulut

“Bro, macam mana nak jadi jahat ek ?"

Seriyes, ko datang jauh² sebab nak tanya soalan ridiculous ni? Dan sebut pesal jahat, asal kene tanya aku plak? Then aku tanya dia asal nak jadi jahat. Semua orang nak jadi baik,tapi mamat ni songsang nak jadi jahat. Ironi tahap dewa.

“ Yelah girls kan suka badboys,mana ada girls suka laki yang skema macam aku”

Hampeh,pesal pompuan rupanya. Sah² lah dia ni mentah dalam hidup.Tak semua perempuan suka badboys,ade jek yang suka laki baik. Tak caya bukak youtube and search for ceramah Ustazah Fatimah Syahra tentang kriteria memilih suami.
Kalau ko assume semua perempuan suka badboys, literally speaking ayah ko badboy la kan. Tu sebab mak ko kahwin dengan ayah ko. Tapi aku tak sampai hati nak bagi dia ayat ni. Sabar, La Taghdab (jangan marah).Nanti pahala kurang.

Aku try explain yang ada perempuan yang sukakan lelaki yang baik. Aku confident jek nasihat dia walaupun aku tahu realitinya memang macam tu sekarang. Dah jadi trend.
Tapi seriyes,kalau dia nak jadi jahat,aku boleh jek bagi tips.Dah dia tanya,aku jawab jelah.

“Macam mana,kalau hisap rokok,ok tak ?"

Hisap rokok nampak jahat? Hoi atuk aku hisap rokok baik je dia. Tak pernah orang panggil dia jahat. As the matter of fact, dia banyak sedekah orang dan dah infaq berekar² tanah untuk dirikan berpuluh² masjid dan rumah anak yatim. Berani ko cakap atuk aku jahat? Apa sumbangan ko untuk manfaat umat? Konfirm ko tak boleh jawab.

“Habis tu kalau pukul orang jahat tak”?

Soalan ni bagus sikit dari yang tadi. Bagi aku pukul orang ni bagus kalau ada sebabnya.Katalah ada orang pecah masuk atau rompak rumah ko,ko pukul dorang setengah mati untuk self-defense. Ko jahat ke pencuri tu yang jahat.Yelah, ko yang pukul dorang kan?

Aku bagi soalan kat dia supaya dia pikir. Orang muda ni tak boleh nak marah² atau tegah². Biar dia pikir sendiri. Nanti dia akan faham.

“Ok lah,ko bagi jelah ape² tips untuk jadi jahat.Nanti aku ikot,yang penting orang akan pikir aku ni badboys”
 Dia dah nampak putus asa.

Hahaha, aku tersenyum dalam hati sebab tips yang aku nak bagi ni susah nak ikot. Aku teguk sikit Oasis Framboise kasi segar tekak sebelum sampaikan doktrin aku.

Bagi aku,ko budak jahat bila ko sharing something kat FB without check kesahihan berita tu benar atau tidak.Kalau betul, boleh consider lagi,tapi kalau fake,ko dah sebar fitnah. Pernah dengar cerita 2 pemuda dan fitnah? Kalau tak pernah nanti jumpa aku lagi.Kat sini tak boleh nak hurai panjang². Sebar aib orang pun dikira jahat sebab jatuhkan maruah orang. Cuba kalau Allah bukakan keaiban ko kat seluruh alam,apa ko rasa? Ok, ni jahat level rendah.

Kalau nak upgrade,ko carik pisau dapur kat rumah, kunci semua pintu dan tingkap,pasang muzik kuat²(kalau boleh pasang lagu Kurt Cobain). Then, ko kelar pergelangan tangan ko. Bila ko bangun kali kedua,konfem ko dapat lihat apa itu ‘kejahatan’ sebenar.

“Takdelah,aku gurau jek”.
 Risau plak aku bila tiba²muka member aku ni macam terrified giler.

Okeyh,kembali serius.

Jahat yang sebenar adalah ko sebarkan fitnah dan ko sorokkan kebenaran. Dengan erti kata lain, ko tak nak sampaikan kebenaran.
Ko nampak kawan ko tersesat dan lemas kat laut, ko happy sebab bila kawan ko mati,semakin kuranglah persaingan. Ko xde usaha nak selamatkan lawan² ko dari mati lemas.Kalau tak reti berenang,ko boleh campak pelampung,takde pelampung,ko boleh jerit mintak tolong.Kalau dah takde cara lain,ko doalah supaya kawan ko terselamat dan dijumpai manusia lain. Biarlah manusia tu yang selamatkan dia kalau ko tak mampu nak tolong kawan ko atau family sendiri.

"Actually senang jek nak jadi badboy ni- Sebarkan Fitnah dan Sorokkan kebenaran"

“Ermm, senang jek rupanya, tapi kalau aku nak sampaikan kebenaran,macam mana?”
Tiba² soalan dia dah berubah.

Hahaha, aku diam. Alhamdulillah dia dah faham.Senang sikit lepas ni. Nanti aku cakap kemudian apa maksud sebenar fitnah,dah nak Asar ni. Buat masa ni aku xde bende nak explain kat dia.
Aku explain nanti kalau dia dah bersedia.






Thursday, October 10, 2013

Besançon diserang Zombies



Kepalaku terpaling ke arahnya. Dia terjengket² mendekati aku. Ada kesan daging di giginya. Dia nak makan aku,dia nak ratah aku.Bukan satu,tapi beribu². Mereka bertambah ramai. Daging bersepai bertaburan di mana². Dataran Huit Septembre penuh dengan darah.

Dalam bank,pejabat pos,kedai rokok,semua ada makhluk ni. Aku lari dan terus lari. 
Nasib tak baik,aku jatuh terlanggar basikal.

Siot…Habislah aku kali ini.

Time tu aku ternampak kapak kat tepi Hotel de Ville. Tak pikir panjang aku aku terus sentap kapak tu dan pancung makhluk² lahanat tu.

Bergolek² kepala dorang aku tetak. Ada yang menangis, ada yang menjerit.
Persetan,padan muka ko!




Sampai kat Chamars, aku rehat jap, light sebatang rokok dan hisap puas². Aku tak nak balik rumah sebab aku tahu spesies jahat ni dah kepung area Granvelle. Lagi besar² dan sasa dari yang aku lawan tadi. Orang kata zombies kelas 4, mean that hanya letupan di kepala baru boleh matikan makhluk ni.

Dari jauh aku Nampak Damang, aku teriak nama dia. Dia toleh dan terus lari ke arah aku bawak radio sellular.

Dengan radio tu aku mintak bantuan airstrike dari pejabat induk. Askar suruh kosongkan area Centre Ville dalam masa 45 minit sebelum pengeboman besar² an dilakukan.

Damang hulur aku pistol glock 18. Aku tak pernah guna pistol betul, tapi aku dah biasa main bb gun dengan Anuar. So takde masalah.
Sepuluh aku target,lapan kene headshot. Not bad kan.

Kitaorang terus gerak sebab zombie makin banyak. Dorang terbalikkan bas dan makan orang² dalam bas. Sungguh,  Centre Ville dah jadi black area.




Kitaorang plan pergi Planoise sebab Planoise banyak makanan. At least, boleh nyorok sementara tunggu bantuan sampai.On the way g Planoise, aku Nampak mayat Mali, Cikgu Wawan, dan Joe. Usus dorang semua terkeluar. Badan shiro dah takde kepala. Serius seram.

Kat Planoise, Safi ngan Texas tengah masak² untuk dinner.
Takkan dorang tak tahu Besançon diserang zombies? Gila tak update. Rupanya Darty box dorang ade problem dan dah dua hari rumah dorang tak dapat connect internet.


Aku ngan Damang explain kat dorang. Dorang tetap gak masak sebab lapar. Lepas masak Safi hulur aku Ak 47. Texas bagi aku Ridsect.
Dia cakap zombies takot dengan ridsect. Aku tahu dia nak troll aku dan aku tak bodoh nak percaya bulat². Tapi aku still amik ridsect tu as precaution.



Tipon aku tiba² berbunyi. Amin call.

Dia cakap rumah dia kene ketuk dengan zombies. Budak² MARA ngan KPM semua dah tukar jadi zombies. Dia nangis² mintak tolong. Texas suroh dia bunuh diri supaya tak terseksa. Aku cakap jangan sebab nanti masuk neraka. Aku suroh dia chill dan tunggu kami sampai Centre Ville.

Lepas makan couscous Safi masak, kitaorang terus gerak pergi CV. Aku sempat tembak zombies guna ak-47. Damang tuang petrol dan bakar semua zombies tu.
Sampai je CV, semua dah rentung especially area Granvelle.

Beberapa minit kemudian, datang satu jet fighter tembak bom ke arah kami. Aku tercampak. Safi terbakar sekali dengan Texas. Damang kene tembak dengan sniper.

Aku rasa gelap, sakit, sesak nafas.

Aku try buka mata dan nampak ada satu mata oren tengah tengok aku.
Rupa²nya mata tu lampu “heater” aku. Terus aku capai telefon dan unlock screen. Ada 15 mesej dari whatapps. Aku swith on lampu dan baru aku sedar aku bangun lambat hari ni. Lagi 10 minit ada kelas Calinon. Sepatutnya lepas Subuh tadi aku tak tido. Tapi takpe that’s my fault.

Aku tukar baju dan terus gerak ke kelas. Tak sempat nak sikat rambut.
Pagi tu aku g kelas dengan muka zombie.Paling aku terkejut bila aku masuk kelas, Amin masih hidup dan sedang duduk atas kerusi.




Saturday, August 17, 2013

Puisi : Uban sudah di kepala, puting masih di mulut


Lampu neon bersinar cemerlang
Terbias warna-warna terang,
ramai veteran di warung itu,
menghirup cangkir-cangkir kopi.
Rutin harian

Di televisyen, ada siaran bola,
bila gol,mereka bertempik riang,
bila digolkan, mereka memaki lantang.
Wasap kretek dan aroma kopi mencanak naik,
sesekali terdengar hilaian puaka.

Lepas siaran bola,siaran wrestling pula,
bertambah rancak malam itu,
bertandak di tepi meja,
berdendang tanda gembira.
Kewajipan kepada tuhan masih belum tertunai biarpun muazzin sudah menjalankan tanggungjawabnya.

Golongan tua yang belum cukup dimasak.
Uban di kepala,puting masih di mulut,
umur yang terbazir ,hanya sia-sia,
bukan pendukung bangsa,malahan fitnah kepada agama.

Asyraf Damien
13 Ogos 2013, 7:15 pagi
Teratak Anirus

Wednesday, April 10, 2013

Terfaktab juga akhirnya



Fuhhhh,tiba-tiba mereka terasa perut masing-masing mula mengeluarkan asid.Krek krek krek.

Sudah tengahari rupanya.Patutlah lapar tahap dewa ! Hampir 3 jam mereka menyaksikan kecantikan Kota Lama itu. Kecil,cantik,dan menggoda. Subhanallah!

“Korang tak lapar ke?” Aman yang dari tadi sibuk memerhatikan gelagat penduduk Itali mula bersuara. Bila lapar,dia berhenti menyanyi, selepas kenyang nyanyiannya bergema  lagi.Terkejut marga bumi.

 ‘’Apa kata kita makan Pizza?,Aku pun lapar gak ni”. Azim menyambut soalan itu sambil memegang perutnya. Kat sini memang payah nak cari makanan halal,kalau ade pun ikan.Tak banyak pilihan.
Akram menganggukkan kepala tanda setuju.Laparnya tahap tertinggi  sampai tak mampu bersuara.Diam tanda setuju.Kalau bab makanan dia tak berkira.Balun apa sahaja di depan mata ! Asalkan halal,apa salahnya?

Di depan mereka ada sebuah kedai kebab,tampak usang,tiada pelanggan. 2 kilometer di hadapan ada sebuah kedai pizza.Eksklusif.Tentunya mahal.

Kalau setakat makan kebab,baik tak yah datang sini.Kat tempat kita bersepah. Mereka mula berkira-kira
Tapi kalau makan kat Pizza nun,jauh lak,mahal ,nanti tak banyak boleh beli souvenir. Percaturan kedua.

Nafsu mengatasi segala-galanya.Kaki dihalakan ke Kedai yang terpampang tanda Halal itu.Ringkas dekorasinya,gaya lama.Semoga mereka dapat menolong saudara seagama walaupun berlainan bangsa,walaupun kebab bukanlah makanan istimewa.

Di dalam kedai,mereka disambut hambar sejak awal.Tiada salam persaudaraan seagama,tiada layanan kepada pelanggan selayaknya. Damn! Tandas pun tak boleh guna. Not  for outsiders katanya. Memang sakai kedai ni,tapi sebab seagama,gagahkan jua.

Azim tempah 2 pizza. Aman duduk di bangku bersebelahan tong sampah. Ada 2 tong sampah.Akram melihat telefon,kalau-kalau ade mesej atau noti dari FB.Sambil makan pizza, Azim,Akram dan Aman menahan amarah.Patutlah kedai ni takde orang.Perangai macam orang tak bertamadun.
Jap,tak abis lagi,then pekerja dia charge lebih budak bertiga ni. Dia tahu dorang ni ade mengumpat pesal dia. Puas hati dia.Dapat duit.Dapat majukan negara.Dapat majukan bangsa ke kasta yang seterusnya.

***************************************************************************

“Jom kita bantai spaggheti plak,lapar lagi ni”. Tercetus gabungan 3 suara.
Idea ini dikongsi bersama. Dorang pergi ke kedai Spaggheti plak.Kali ni layanan memang istimewa walaupun mereka bukan saudara seagama.Tapi benua tetap sama lah.Muka Akram dan Azim pun ada iras-iras pekerja restauran tu. Sebenua katakan.

Restauran ni siap ade wifi lagi,layanan memang first class. Tak heranlah kalau suatu hari nanti bangsa ini menjajah Eropah,bahkan seantero dunia,jikalau kualiti ini terus ada pada mereka.
Sungguh pada perjalanan kali ini,mereka blaja banyak perkara.Cara berniaga,tahap pemikiran setiap bangsa dan mengapa kedai usang itu tiada pelanggan.Mengapa tidak kalau layanan sekeras raja kepada hamba, adab seperti mereka golongan yang tertinggal dari peradaban dunia.Belum masuk logo halal tapi jual pizza pork. Alahai, patutlah mereka cuma menjadi pelarian yang membanjiri setiap inci dunia. Untung sekarang,karam kemudiannya dengan ego,bongkak, dan warna kulitnya.

*** Kalau selalu tulis dengan ayat standard,kadang2 bosan gak.Sesekali ayat santai sangat diperlukan :)

Saturday, March 9, 2013

Untuk kamu;kader dakwah



Perjuangan ini bukan kerana manusia,
andai begitu,sudah lama aku tewas,
jika benar,sudah tentu aku tumpas
ingin undurkan diri,setelah sang hati dilukai ratusan belati.

Namun.
Ini perjuangan suci,
jalan yang membentuk insani,
penuh dengan liku dan duri,
bukan karpet merah yang tersergam indah,
bukan permaidani turki yang disoroti lampu dan ditaburi bunga-bunga harum

Terusan ini terusan tarbiyyah,
sungai ini sungai dakwah
andai kita tewas di pepohon mehnah,
sudikah rebah ditimpa Jahiliyyah?

Mulai saat ini,
Bentuk akhlak terpuji,
sebarkan Qudwah Hasanah
agar mekar di medan pertempuran.
Andai engkau terluka lagi,
bersabarlah wahai sang hati
Kerna dirimu kini seorang Da'ie.

Saturday, December 15, 2012

Canon vs Nikon (cerpen)



Marcapada ini, seni fotografi semakin berkembang pantas dan mendapat tempat di hati para remaja. Azam tidak terkecuali ingin melibatkan diri dalam hobi yang termasuk dalam cabang seni ini.Banyak review di internet yang telah dibacanya bagi mendapatkan maklumat jelas tentang DSLR terbaik untuk dirinya. Baginya DSLR yang baik mampu menghasilkan gambar osem dan bergaya . Sebelum ini,dia memang sudah lama meminati fotografi,tetapi dia hanya mempamerkan karyanya di Instagram kerana masih belum mempunyai DSLR sendiri.

Atas nasihat dari sahabatnya, Abbas, yang sudah lama melibatkan diri dalam hobi ini,dia pergi ke butik Nikon di Times Square untuk mencuba DSLR yang menepati cita rasanya. Nikon D90 menjadi pilihannya dan wang pun bertukar tangan dengan seorang tauke cina. Sejak hari itu, bermulalah kehidupan Azam sebagai seorang pencinta seni fotografi.Dia mendaftar  sebagai ahli Nikon Malaysia yang banyak menganjurkan outing bersama untuk memastikan pengguna Nikon menggunakan gadjet mereka semaksimum mungkin.Azam juga mendaftar sebagai ahli kelab fotografi di universiti.

 Di universiti, Abas sudah lama menubuhkan kelab fotografi yang majoriti ahlinya terdiri daripada pengguna Nikon atau lebih dikenali sebagai NIKONIAN.Ada segelintir pengguna Canon atau CANONIAN yang tidak berpuas hati dan  keluar dari organisasi dan telah menubuhkan sendiri kelab CANONIAN yang diketuai oleh Ajiz.Sering kali berlaku konflik di antara dua organisasi ini kerana masing-masing mahu diiktiraf sebagai kumpulan yang hebat.Hakikatnya merekat terlupa bahawa walaupun berada di dalam organisasi yang berbeza,matlamat mereka tetap sama iaitu berkarya dan memakmurkan seni melalui fotografi.Walaupun begitu, Nikonian masih relevan dan diiktiraf disebabkan ahlinya yang ramai dan penglibatannya dalam setiap acara yang dianjurkan oleh Universiti.

Bersambung…

Sunday, November 4, 2012

Tingginya Nilai sebungkus TACOS

Zain mencicip kopi suam yang masih berbaki di dalam cawannya sambil menonton tazkirah Ustaz Azhar Idrus atau lebih popular dengan nama ustaz UAI. Walaupun matanya tertancap di monitor,fikirannya terbang melayang terlalu jauh mengenangkan peristiwa pagi tadi.
Sungguh dia sangat tersentak dengan kekasaran gadis itu menjawab soalannya,walhal dia telah mengajukan soalannya dengan begitu sopan sekali.

“Mungkin itu prinsip seorang akhawat,tidak mahu berbicara dengan lelaki” pujuk hatinya.

Sebagai seorang ikhwah yang aktif,dia cuba memahami situasi dirinya dan sentiasa bersikap husnuzon(bersangka baik) seperti mana yang telah diajarkan oleh murabbinya.

Mungkin khilafnya yang terlalu berburuk sangka dengan Munirah,menyebabkan dia terasa hati dengan gadis itu.Sepanjang pengalamannya menuntut di negara asing itu, acapkali dia berjumpa dengan ramai akhawat yang sentiasa menunjukkan qudwah Hasanah yang baik,berbeza benar dengan Munirah yang ditemuinya sebentar tadi.
Walaubagaimanapun dia tetap bersangka baik sesame manusia dan nama gadis itu mulai luput dari ingatannya.
*********************************************************************************
Sebulan telah berlalu, dan sekali lagi Zain dipertemukan dengan Munirah di rumah rakan perempuannya.Sewaktu Zain bertentang mata dengan Munirah, gadis itu sempat menarik muka dan menjeling Zain dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.
Zain yang terpinga-pinga tidak tahu apakah kesalahan yang telah dilakukannya sehingga dia terdiam kelu tanpa sepatah perkataan walaupun dia pernah dinobatkan sebagai pembahas terbaik di sekolahnya.Zain benar-benar mati akal.Terbejat.
*********************************************************************************
Suatu petang di padang bola,Zain sempat berbual-bual dengan rakan-rakan senegaranya yang belajar di negara Republik itu.Mereka beborak tentang pelajaran,bola,smartphone sehinggalah terlajak kepada rakan-rakan perempuannya. Menurut Farid,Kamal, dan Mustaffa:
“Munirah ialah seorang gadis yang ceria di dalam kelas mereka,sering tertawa,berjenaka,dan sangat mudah didekati”.
Sekali lagi Zain bingung kerana sikap gadis itu terhadapnya benar-benar berbeza.Tanggapannya tentang gadis itu yang menjaga ikhtilat dalam pergaulan telah musnah sama sekali.
“Korang takyah tipulah,bukan dia memang tak layan lelaki ke”? luah Zain tidak berpuas hati.
“Kalau ko tak percaya ,tengok ni” sergah Mustaffa sambil menghulurkan Zain smartphonenya yang berharga ribuan ringgit.

Di atas skrin sebesar 3,5 inci itu, terpampang profile Facebook Munirah, Zain memberanikan diri menekan gambar-gambar milik gadis itu walaupun dia tahu amalan stalker bukanlah satu amalan yang baik. Dia terkejut apabila mendapati banyak gambar rakan-rakan lelakinya bersama Munirah terkinja-kinja di suatu kawasan. Perasaannya bercambur baur ketika itu. Mujurlah sekali lagi husnuzon(perasaan bersangka baik) menjengah dalam benaknya bagi menyelamatkan keadaan.

Tengahari tadi, Zain berkunjung ke sebuah kedai yang menjual TACOS,sejenis makanan yang sangat sedap di negara sekular itu.

Begitu sedapnya rasa tacos itu apabila kehangatan hirisan ayam di dalam tacos bergabung dengan rasa bawang dan tomato apabila gigitan pertama dilakukan.Kombinasi panas dan sejuk ditambah lagi dengan kerangupan kentang goreng yang disumbat masuk ke dalam resepi agung itu,membuatkan dia terus lena dibuai nikmat dunia.

Zain kini sedar bahawa Tacos itu lebih tinggi nilainya dari gadis yang perengus itu.Selepas ini dia bertekad untuk tsabat di jalan dakwahnya dan melupakan peristiwa itu,Jika dia ditakdirkan bertemu lagi dengan Munirah,akan ditinggikan suaranya dan memandang gadis itu dengan kebencian agar gadis itu tahu perasaannya sebelum ini.

Tatkala itu juga, smartphone Zain berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.Disentuhnya di skrin sentuh bersaiz 4 inci itu:
“Petang ni kita buat perbincangan,,harap anta dapat bagi pengisian tentang SABAR”.Ringkas mesej itu
Zain membalas mesej itu dengan dengan perkataan "ok"
Saat itu juga dibatalkan niatnya terhadap Munirah dan mengambil keputusan untuk membeli lagi sebungkus Tacos.
*********************************************************************************