Saturday, November 27, 2010

A day in Batu Pahat

Huh..perjalanan yang panjang~
Bermula dengan hanya satu kenduri kawin yg patut dihadiri,bertukar menjadi pesta keramaian yg menyatukan banyak hati...

9.00 pagi
sarapan sebentar di Lereh

9.30 pagi
berhenti sebentar di umah pak haji yg telah kehilangan isteri tersayang akibat kemalangan jalan raya

11.00 pagi
Tiba di rumah wak sudarman,kawan baik ayahandaku di parit Kemang
Dijamu dengan makan tengahari setelah menunaikan solat jumaat

2.00 petang
perjalanan diteruskan ke rumah Pn rohaya,yg menghidapi penyakit buah pinggang
beliau pernah berkhidmat sebagai kerani di pejabat pertanian johor barat

5.00 petang
tiba di umah pak sahak si mata petai.dapat sarung maxis sampai 3 n sebungkus rokok dunhill.

6.45 petang
misi awal terlaksana,pergi ke umah kenduri kawin pak sukor.solat maghrib dan makan malam di sana

7.30 malam
singgah di umah mak yah yg sebenrnya aku tak suke pg sejak kecik...sebab banyak sangat kucing.

8.30 malam
Makan KFC bersama Wak sudarman,Wak bawahir..WAK sudarman belanja semuanya,,,,enak skali...

9.00 malam
menjengah ke umah tok rahim yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya.

11.oo malam
menyerbu ke rumah wak karim yg sudah mengantuk ,"udah turu" agaknya..

12.00 malam
wak karim belanja mee goreng dan minum di parit simin....
aku full gle....mata dh tak tahan dah..

1.30 pagi
Kereta HONDA menyusur laju dari Batu Pahat pulang ke Masjid Tanah..

2.30 pagi
tiba di umah

Tuesday, November 16, 2010

Wanna wish u~


Saje post entry ni...
Nak wish Slamat Raya Haji even sume bdk dh balik
Setahu aku bdk kelas aku,german,ngan Tesl yg masih berbaki di sini..

wk2 rehat kantin dh pun kosong,,,
Asrama dh banyak gelap,,,
Tetiba hari khamis ade gotong royong lak..
TAK MASUK AKAL LANGSUNG..hahahah
Biarlah masa yg menentukan...

Saturday, November 13, 2010

Tragedi 12 November


Jam di belakang kelas menunjukkan angka 9.15 pagi.Aku membelek-belek kertas yang diberi G sebentar tadi,berusaha untuk mencari jawapan secepat mungkin.Soalan yang berkisar tentang format surat formal dan tidak formal.Latihan pengukuhan sangat baik bagi memastikan ilmu yang diperoleh sekian lama boleh terus digunakan sehingga bila-bila.
Suasana kelas tidak seperti biasa.Rata-rata pelajar menunjukkan sikap dingin terhadap pensyarah.Mungkin atas faktor hari Jumaat yang akan dituruti dengan cuti hujung minggu yang menjanjikan keseronokan.Malah ada segelintir pelajar yang telah merancang rapi aktiviti bagi memenuhi cuti persekolahan pada hujung tahun ini,ada juga yang masih berkira-kira tentang aktiviti keluarga yang akan dilakukan mengikut kelaziman.Kebosanan di bilik darjah saban hari juga menjadi penyumbang utama kepada sikap pasif ini.
Sedang dalam dilema untuk merungkai soalan yang terakhir, kami dikejutkan dengan ketukan di luar bilik darjah.Naluri pendekarku dapat merasakan akan berlakunya perkara yang tidak diingini pada pagi ini.Wajah G juga mempamerkan kerisauan.Siapakah yang berada di luar itu?Bertubi-tubi soalan menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya.Pada aku,satu perkara yang negatif akan berlaku di sini.Di dalam kelas ini.Di dalam bilik 303!
“Good morning and bonjour”,sapa pensyarah itu (u know who)dengan penuh bertenaga.Riak wajahnya menunjukkan dia menyembunyikan sesuatu daripada kami.Seulas seyuman diukir di bibirnya bagi mengelakkan sebarang tuduhan liar dan negative kami mencacatkan kesempurnannya.Namun,dari penglihatan batinku,aku dapat mengandaikan dia sebenarnya menahan amarahnya daripada terus membara.Wajahnya Nampak merah padam akibat menanggung api kemarahan yang bernanar itu.
#####################################################################################
Kami terperanjat beruk.Bagaimanaka berita ini boleh sampai ke pengetahuannnya sedangkan selama ini,aktiviti ini telah dirancang sejak sekian lama dan dijamin tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak..
Pagi itu,satu lembaran baru telah dibuka,menyingkap satu catatan masa dan peristiwa yang telah melukakan banyak jiwa!
Isu « isolation » dan « discrimination »dimainkan bagi mencari kesalahan yang tak pernah wujud
Why are u people like to discriminate peoples?soalan beliau menggegar seluruh jagat raya.
“Act.i don’t noticed any isolation in this class”L cuba menegakkan pendiriannya.
‘This is our tradition’
‘We did invite them, what?’
Kehangatan pagi itu dibakar lagi dengan jawapan dari M. dan E. yang ternyata tidak berpuas hati dengan tuduhan tanpa periksa itu.
Malangnya bagi seorang pensyarah yang mempunyai gelaran doktor falsafah,dia tidak mudah mengalah.
Lipatan sejarah mula dilayarkan semula.Satu persatu sejarah yang berlaku diceritakan kembali.Peperangan agama antara katoliks dan protestan di England,perpecahan puak sunnah dan syiah di Negara Asia Barat,tragedi yang pernah menimpa promo 2,semuanya telah diperincikan.
“Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempuntai warna kulit yang sama,bangsa yang sama,bahasa yang sama,agama yang sama kita seharusnya tak mendiskriminasi manusia yang lain”.Gayanya persis seorang ustazah yang pernah mengajarku,bezanya kali ini,ustazah ini tidak pandai menjaga auratnya,ataupun mungkin dia terlupa untuk mengenakan tutup kepalanya.’
Lebih mendukacitakan apabila novel ‘Killing The Mocking bird turut terbabit sama.Falsafah pendidikan Negara yang menggariskan 16 prinsip murni juga ditambah sebagai penambah perisa kepada penceritaannya..Akhirnya,dia keluar juga selepas lelah memberi kuliahnya,Nampaknya dia benar-benar penat sehinggakan tidak tercapai lidahnya memanggil nama L..Akibatnya ,diberi namaYankee sebagai ganti.Semasa dia melangkah pergi,jam menunjukkan baru pukul 10.00 pagi.Berakhirnya 30 minit yang mendukacitakan.
#####################################################################################
Pengakuan eksklusif yang dituturkan S ipada petang itu hakikatnya telah merobek hati seseorang insan di dalam kelas,terutamanya A.
Sesi soal jawab yang dikendalikan oleh L itu benar-benar digunakan oleh S sebagai satu kesempatan untuk meluahkan apa yang terpendam dalam dirinya sejak sekian lama.
Kedukaan A ditambah lagi apabila N turut serta dalam konspirasi menjatuhkan dirinya yang dianggap showing off itu.
Dia juga turut dituduh melibatkan nama S dalam kesalahan yang telah dilakukan,lebih suka bekerja sendiri,dan mempunyai ego yang tinggi.
Walaupun A telah mencuba sedaya upaya untu menegakkan haknya ,serangan tajam dan asakan ganas dari S melaui tikaman lidahnya benar-benar membuatkan A tersentak.Walaupum tidak jelas kelihatan pada luarannya,namun hakikatnya aku dapat mrasakan perasaan yang sedang bergolak dalam jiwa kecilnya.
Sungguh,kata-kata dan kenyataan itu sangat mengguris hati dan perasaan setiap makhluk yang bergelar insan.Sememangnta tidak dapat dinafikan.
Apa yang penting,aku yakin bahawa perkara ini akan membawa impak yang lebih besar di kemudian hari jika tidak ditangani dengan segera.
Pergaduhan saudara ini akhirnya akan berlanjutan di sana dan mungkin bersambung selepas pulang ke sini dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.Adalah lebih baik jika masalah ini dapat diatasi dengan segera dengan cara yang terbaik dan paling berhemah.
Tanpa berselindung,aku masih tersentuh dengan insiden ini.Dalam memikirkan masalah ini,mata ini terasa mengantuk,seraya dengan itu juga,punat off ditekan dan skrin Asus digelapkan.Kokok ayam yang bersahutan dan rona-rona merah yang kelihatan di ufuk barat menandakan subuh akan menjelma.Aku meraih segala kekuatan untuk mengambil wuduk dan beribadah kepada-NYA.
Catatan Berakhir,4.12 pagi||12 November 2010||101 D
.

Friday, November 12, 2010

The meaning of isolation~

Lemon TREE
By fools garden~

I'm sitting here in a boring room it's just another rainy
Sunday afternoon I'm wasting my time I got nothing to do
I'm hanging around I'm waiting for you
But nothing ever happens- and I wonder

I'm driving around in my car I'm driving too fast
I'm driving too far I'd like to change my point of view
I feel so lonely I'm waiting for you
But nothing ever happens- and I wonder

I wonder how I wonder why yesterday you told me
'bout the blue blue sky and all tall that I can see is just a yellow lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning around
And all that I can see is just another lemon-tree

I'm sitting here I miss the power I'd like to go out
taking a shower but there's a heavy cloud in side my head
I feel so tired put myself into bed where nothing
ever happens- and I wonder

Isolation - is not good for me
Isolation - I don't want to sit on a lemon-tree
I'm steppin' around in a desert of joy Baby anyhow I'll get another toy and every thing will happen-and you'll wonder

I wonder how I wonder why yesterday you told me
'bout the blue blue sky and all tall that I can see is just a yellow lemon-tree
I'm turning my head up and down
I'm turning turning turning turning turning around
And all that I can see is just another lemon-tree

Thursday, November 11, 2010

Final week!

Minggu2 terakhir di sini merupakan satu penantian yang sangat menyakitkan...
Ble nak balik ni~???
Aku dh sangap sangat nak balik ni..
Sume budak umah aku lps exam bley balik..kteorang?
tak ley balik sbb takder dalam silibus..
Cuti Raya Haji pun sehari(x taw ar nak balik ke X?)

Wk2 petang lak,.
Budak bola dh semakin kurang yang turun,
lagila bosan.dowunk lagi prefer main CS ngan tidow~
Entahlah~

19 November penantian yang memeritkan~