Monday, May 21, 2012

Teka teki yang tak terjangka ^^



Hari itu hari jumaat, tengahari. Ramailah muslimin di sini yang pergi menunailan kewajipan solat jumaat. Macam biasa, aku akan pilih Masjid Fontaine d’Ecu berbanding Masjid Planoise kerana khutbahnya dalam bahasa Perancis,berbanding di Planoise yang menggunakan Bahasa Turki yang sudah jelas lagi nyata aku tak paham. Kefahaman itu sangat dituntut dalam penghayatan sesuatu bicara khutbah untuk kemaslahatan ummah.

Usai solat, selepas pertemuan di luar masjid bersama Akmali dan kader-kadernya, aku dan Amin melangkah ke bus stop untuk pulang. Ketika itulah kelihatan seorang Pak Cik tua bersama tongkatnya datang kepada kami dan terus bertanya tanpa menghulurkan salam perkenalan.

«  Combien de bois qu’on a besoin pour faire une voiture ? (berapa banyakkah kayu yang diperlukan untuk membuat sebuah kereta?)” soalnya kepada kami dengan wajah penuh konfiden.
« Je ne sais pas, chuis desolé (saya tak tahu,maafkan saya) » jawabku kerana merasakan  soalan itu gagal difikirkan logiknya. Lagipun aku malas hendak bertanya lanjut kerana merasakan mungkin Pak Cik itu kurang waras fikirannya.
« Je n’ai aucune idée (saya takde idea) » balas Amin pula. Ayat yang selalu diulanginya bila dipertemukan dengan setiap kebuntuan.

Untuk tidak mengecewakan hati Pak Cik yang berumur dalam lingkungan 60-an itu,kami tetap try our best tuk jawab soalan itu sebaik mungkin. Tetapi setiap jawapan kami mendapat gelengan daripada pihaknya. Lantaran kepenatan dan ditambah dengan suhu yang mencairkan kesabaran, we are finally surrended. Pak Cik itu tersenyum kerana kami gagal menjawab soalannya.

“ 6 tronc (6 dahan)” memberikan jawapan kepada kami.
“Mais pourquoi ?(tapi mengapa?)” tukas kami kerana tidak berpuas hati dengan helahnya.
“vous connaissez Citroen (anda kenal Citroen ?) » soalnya.
« Bah oui, (sudah tentu) » jawab kami hampir serentak.

Baru kami tersedar yang Citroen mempunyai homonim yang sama dengan 6 tronc dalam bahasa Perancis yang membawa maksud 6 dahan.
« Ah oui, (a’ah) », terkeluar perkataan itu setelah kami sedar yang kami telah diperkenakan.
Dalam memikirkan logik soalan itu, Pak Cik tadi berlalu pergi dengan senyuman manis yang terukir di wajahnya. Setelah berjalan jauh dalam panas terik,beliau akhirnya  tersenyum gembira kerana berjaya mengeluarkan teka-teki yang tak terduga oleh orang asing seperti kami.

Walaupun sedar kami telah dipermainkan, kami tetap gembira kerana berjaya membawa erti sebuah kegembiraan kepada seorang  lelaki yang berada di pertengahan usia, yang semakin lama, semakin dilupakan dalam kemajuan sebuah pekan kecil yang bernama Besançon.
Sekian.

Saturday, May 12, 2012

Planoise = Kota Atlantis



Selepas  ini semuanya akan menghilang ,selepas satu episod yang panjang.
Selepas ini, aku kehilangan abang-abang.
Selepas ini runtuhnya sebuah kegemilangan Planoise Holding,
seperti mana tenggelamnya Kota Atlantis, penuh tragis.

Planoise akan menyepi,
derai tawa dan gurau senda akan terhenti.
Tiada lagi Soirée kebab di Kedai Turki,
 tiada lagi floan sedap di Kedai Roti,
dan...
 Tiada lagi keayuan  kakak Aseatique,
yang akan sentiasa dirindui.

Jajahan ini  tinggal dengan sejarah dan kenangan,
Tersimpul mati dalam ingatan.
Di sini, aku belajar mencipta ramuan makanan,
di sini aku mahir pelbagai sukan,
di sini juga aku kenal siapa En. Azan.

Wisel penamat ditiup,
tanda pengakhiran sebuah permainan.
Ping-pong,bola keranjang ,bola sepak,dan Xbox akan lenyap,
diheret bebunga masa,
direntap dedaun waktu,
Tatkala soltis musim panas yang bertandang.

Wednesday, May 2, 2012

Mengapa terlalu pesimis?



AKu meng ‘ular’ jap kat FB ngan twitter tadi dan ramai yang update tentang fitnah skandal seks Azmin Ali yang tersebar dalam UTUSAN; laporan lengkap beserta  gambar ala2 majalah playboy

SO berduyunlah orang komen tentang   fitnah tersebut dengan mengatakan UTUSAN barua kerajaan dan bermacam2 kutukan yang aku sendiri tak sanggup nak lafazkan.Apa yang aku dapat katakan adalah golongan ini adalah golongan yang kurang cerdik sebenarnya.Kalau dah tahu akhbar ini pembawa fitnah,mengapa beli dan baca?Bazir duit,bazir masa,bazir kapsiti anda.

MAsa kecik-kecik dulu ayah aku suka beli utusan dan beberapa akhbar lain seperti kosmo,metro,berita harian,new straits times,dan mystar.Semuanya aku baca untuk dapatkan vocab2 yang menarik .MAk aku pulak suka beli Mastika,sebuah majalah yang berinfo pada masa dahulu.Kat rumah ada dua rak buku yang dipenuhi dengan majalah mastika.

Apa yang dikesalkan,terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam UTUSAN dan MAstIKA memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat yang sama.Tulisan Rahim Kajai,A.Samad Said,Munir Ghazali,dan ZUlkarnain Zakaria sudah tentunya berbeda dengan karangan wartawan muda di Mastika kini.Sekarang majalah ni dah tak banyak info dan kekadang ada segelintir dari cerita yang direka-reka untuk melariskan jualan.Kerna itulah,mak aku dah stop beli Mastika(majalah yang pernah menjadi kesukaan aku).

Berbalik tentang utusan,maklumat yang desediakan semakin lama semakin tidak relevan dan membosankan,berat sebelah dan acapkali menabur fitnah.SAtu-satunya maklumat yang boleh dipercayai adalah ruangan sukan,KAlau Chelsea menang 1-0,memang dia tulis 1-0 jugak.Yang lain,semuanya meragukan.So,ayah aku tersedar dan sejak dari hari tue,utusan bukan lagi alternative yang baik untuk mendapatkan info terkini.

Sekarang,ayah aku slalu beli Berita Harian dan Sinar(masih baru penerbitannya). Berita HArian walaupun media kerajaan,tapi taklah seteruk Utusan tue.Sinar pulak walaupun kekadang banyak kesalahan vocab dan grammar,at least ,dia bersifat neutral.Satu lagi alternative yang terbaik adalah blog-blog ilmiah yang boleh dipercayai.Free je kalau ada connection internet,tak payah membazir duit anda untuk ditipu dan bila ditipu nak mengamuk sakan plak.Sekian.