Thursday, May 26, 2011

Saturday, May 21, 2011

HDR( High definition range)

~Balik kampung
~Ambik kamera
~TEST HDR skills





Wednesday, May 18, 2011

Terima kasih cikgu!


Walaupun hari guru dah berlalu,tp rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 yg pernah mengajarku...


TERIMALAH UCAPAN IKHLAS DARIPADA SEORANG BAKAL GURU KEPADA SEMUA GURU2NYA YANG BERADA DI:

1)Tadika Kemas, Batu Pahat,Johor
2)Sek.Keb Peserai,Batu Pahat
3)Sek.Agama Batu Pahat
4)Sek.Keb Pulau Sebang, Tampin
5)Sek.Agama Pulau Sebang
6)Sek.Keb Ayer Limau
7)Sek. Agama Air Limau
8)Sek.men sains Muzaffar Syah
9)Matrikulasi Melaka
7)IPBA
10)Guru2 sastera dan sejarah saya
11)Guru2 silat di Melaka dan IPBA
12)IBU BAPA SAYA(Guru pertama)

Berserta dengan itu juga,kepada guru2@ rakan seperjuangan saya,mari
imbau kembali ikrar kita kepada rakyat malaysia agar kita tak terlupa niat kita sebagai pendidik bangsa.


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

TEMA HARI GURU 2011=

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Saturday, May 14, 2011

Saturday Outing


~Tengok Movie priest
~Makan,makan,makan,dan makan
~main bowling kat cosmic bowling ~shopping,shopping,and shopping ~makan roti boy... ~balik

[Terima kasih sebab belanja saya]

Saturday, May 7, 2011

Dua "O" yang berbeza.Prihatinkah kita?


Assalamualaikum.

Secara tetiba aku terpanggil untuk menulis kembali walaupun aku kini diselubungi dengan timbunan homework dan assignment yg perlu disiapkan bagi menghadapi peperiksaan penting yang bakal menjengah tak lama lagi. Namun kebenaran ini mesti berdiri...

Obama
Seorang presiden yang angkuh,bongkak,dan takbur di atas setiap tindakannya.Beliau kononnya ingin menjadi jeneral dunia yang cuba mengekang kezaliman dan kekejaman.Hakikatnya pemimpin "hebat" inilah yang banyak menaja keganasan di negara asia barat bagi meraih keuntungan minyak dan hasil bumi masyarakat islam. Berhajat besar dalam meneruskan agenda bush untuk menakluki dunia...Bermula dengan strategi di Palestin,Afghanistan,Iraq,Libya dan kini rakyat pakistan pula yang akan menanggung akibatnya!

Osama
Aku ragu2 sebenarnya samada karakter ini benar2 wujud ataupun direka oleh keparat itu untuk memalukan masyarakat islam seantero dunia. Adalah mustahil bagi sebuah negara yg dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden(berdasarkan cerita CSI) diserang oleh puak militan yang mengalami masalah kewangan dan kekurangan senjata.Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, negara angkuh ini mampu mencari penjenayah dalam masa kurang 24 jam,tapi mangapa perlu menghabiskan 10 tahun untuk mencari seorang manusia yang bernama OSAMA.walaubagaimanapun Osama(samada wujud atau tak) tetap akan dikenang sebagai hero bagi pengikut Al-Qaeda.

Mengapa aku tak yakin dengan propaganda ini ??

1. US tidak menunjukkan mayat Osama kepada masyarakat dunia bagi mengesahkan kematiannya.Adakah dia benar2 dibuang ke laut ataupun masih berada dalam tawanan US untuk diseksa bagi tujuan mendapatkan maklumat.

2.Osama tidak dilindungi oleh pengikutnya semasa serangan berlaku.Mustahil bagi seorang ketua militan tidak mempunyai pegawai peribadi...???

3.Mengapa tidak membawa lelaki ini ke muka pengadilan(tribunal) untuk diadili seperti Saddam yang dihukum gantung dan rakamannya disebarkan secara luas menerusi internet!

4.Adakah al Qaeda benar2 wujud.Di mana pengkalannya? ada kaitan ke dengan taliban?

Dalam memikirkan semua masalah ini,aku terus manyalakan laptop dan terus mangarang "la prison comme une punition pour les criminels"sambil terbayangkan OSama yang ditembak ketika tidak mempunyai senjata,Tragis dan tragik lagi apabila ada rakyat kita yang bergegak gempita menyambut kematian saudara seagama!

P/S = Dengan entri tak bermakna aku pro osama dan al qaeda,just terpanggil untuk menulis tentang dua insan yang mempunyai bunyi nama yang hampir sama namun tujuannya jauh berbeza.

Tuesday, May 3, 2011

Sebuah harga diri


Dalam kabut pagi,aku terpaku lagi,
Melihat biru awan dan barisan pelangi,
Memuja semangatku yang telah lama pergi,
Membasuh luka-luka yang merobek hati ini.

Mengapa perlu berada dalam situasi ini,
Menggadai masa dan detik pada bukan miliknya,
Berusaha untuk menebus suatu kesilapan lalu,
Dan aku bukan pesalahnya,percayalah.

Aku teraniaya dalam dimensi sialan ini,
Watak hitam yang ingin aku jatuh lagi,
Dalam menghikayat kebahagiaan abadi,
Demi berbakti pada anak bangsa sendiri.

Coretan ini bukannya untuk menyesali,
Bukan pula hendak tunjukkan ego diri,
Aku insan merendah diri,
Cuma kali ini,aku tak mampu untuk mengawalnya.

Andai peluang itu menjelma kembali,
Aku ingin berdiri sekali lagi,
Memegang pedang yang dikurniakan sejak azali,
Memancung kata-kata koloni apabila JUN tiba nanti,
Dan untuk kali ini aku berjanji.