Saturday, May 7, 2011

Dua "O" yang berbeza.Prihatinkah kita?


Assalamualaikum.

Secara tetiba aku terpanggil untuk menulis kembali walaupun aku kini diselubungi dengan timbunan homework dan assignment yg perlu disiapkan bagi menghadapi peperiksaan penting yang bakal menjengah tak lama lagi. Namun kebenaran ini mesti berdiri...

Obama
Seorang presiden yang angkuh,bongkak,dan takbur di atas setiap tindakannya.Beliau kononnya ingin menjadi jeneral dunia yang cuba mengekang kezaliman dan kekejaman.Hakikatnya pemimpin "hebat" inilah yang banyak menaja keganasan di negara asia barat bagi meraih keuntungan minyak dan hasil bumi masyarakat islam. Berhajat besar dalam meneruskan agenda bush untuk menakluki dunia...Bermula dengan strategi di Palestin,Afghanistan,Iraq,Libya dan kini rakyat pakistan pula yang akan menanggung akibatnya!

Osama
Aku ragu2 sebenarnya samada karakter ini benar2 wujud ataupun direka oleh keparat itu untuk memalukan masyarakat islam seantero dunia. Adalah mustahil bagi sebuah negara yg dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden(berdasarkan cerita CSI) diserang oleh puak militan yang mengalami masalah kewangan dan kekurangan senjata.Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, negara angkuh ini mampu mencari penjenayah dalam masa kurang 24 jam,tapi mangapa perlu menghabiskan 10 tahun untuk mencari seorang manusia yang bernama OSAMA.walaubagaimanapun Osama(samada wujud atau tak) tetap akan dikenang sebagai hero bagi pengikut Al-Qaeda.

Mengapa aku tak yakin dengan propaganda ini ??

1. US tidak menunjukkan mayat Osama kepada masyarakat dunia bagi mengesahkan kematiannya.Adakah dia benar2 dibuang ke laut ataupun masih berada dalam tawanan US untuk diseksa bagi tujuan mendapatkan maklumat.

2.Osama tidak dilindungi oleh pengikutnya semasa serangan berlaku.Mustahil bagi seorang ketua militan tidak mempunyai pegawai peribadi...???

3.Mengapa tidak membawa lelaki ini ke muka pengadilan(tribunal) untuk diadili seperti Saddam yang dihukum gantung dan rakamannya disebarkan secara luas menerusi internet!

4.Adakah al Qaeda benar2 wujud.Di mana pengkalannya? ada kaitan ke dengan taliban?

Dalam memikirkan semua masalah ini,aku terus manyalakan laptop dan terus mangarang "la prison comme une punition pour les criminels"sambil terbayangkan OSama yang ditembak ketika tidak mempunyai senjata,Tragis dan tragik lagi apabila ada rakyat kita yang bergegak gempita menyambut kematian saudara seagama!

P/S = Dengan entri tak bermakna aku pro osama dan al qaeda,just terpanggil untuk menulis tentang dua insan yang mempunyai bunyi nama yang hampir sama namun tujuannya jauh berbeza.

No comments: