Tuesday, January 31, 2012

Siapa cakap Perancis tiada roti canai

Dah 5 bulan duduk di sini,aku dah start plak mengidam masakan melayu yang sedap2 mcm daging salai masak cili api,asam pedas,nasi lemak dan tak terkecuali roti canai. So, aku blajalah sesikit mcm mane nak masak masakan malaysia nie and skarang masih dalam progress. Tapi yang bestnya kat sini ada roti canai termasuklah roti canai arab mahupun roti canai ori mamak:

Roti canai ala-ala arab

Boleh dijumpai di Planoise,Besancon

Enak diamakan bersama kari dan milo

Orang Paris memilih menu di kedai mamak

Kuah roti canai yang agak pelik

Hidangan tiba

menikmati kesdapan roti canai

;)

Murtabak pedas!

Teh tarik pun ader.

Kelas di CLA  untuk Sem 2 telah pun bermula,bermakna hidup baru juga telah bermula...

XOXO


Tuesday, January 24, 2012

Bila kepingan salji berguguran...

f /4.5
1/20 sec
ISO 1600

f /4.5
1/30 sec
ISO 200

f /4.5
1 sec
ISO 200

f /16
2.5 sec
ISO 200

f /16
2.5 sec
ISO 200

f /11
2.5 sec
ISO 200

f /12
1/15 sec
ISO 200

f /16
1/40 sec
ISO 400

f /12
1/30 sec
ISO 200

 f /16
1/20sec
ISO 200

Tuesday, January 17, 2012

Hipokritkah saya? Jawapan 2

Dakwa aurat,tapi lihat


Saya dan rakan2 saya sering mendakwa aurat wanita sangat berbahaya,malahan ketika bertemu dengan wanita,hendaklah menundukkan pandangan mata agar tidak terkena panahan syaitan yang membinasakan kerna bagi saya wanita itu senjata syaitan. Tapi saya sangat suka melihat movie2 di panggung wayang yang menayangkan aurat wanita. Dapat kalau ada Megan Fox dan Mila Kunis yang jadi heroin,memang terbelalaklah mata saya melihat aurat mereka.Syiokkk siot.


Saya juga suka mendengar lagu2 pop rock atau balada yang dinyanyikan oleh wanita seperti Jaclyn Victor,Adele,Lady Gaga dan sebagainya. Owh, mungkin saya terlupa bahawa aurat wanita itu bukan hanya pada anggota,malahan pada suara.Alah, kalau dengar sekali sekala dan lagu tue mempunyai mesej yang baik,bukankah tidak mengapa?Ada orang kata masakan air(pahala) dan minyak(dosa) boleh bercampur.Dosa tetap dosa. Tapi kalau ikut ilmu kimia ,air dan minyak boleh bercampur dengan kehadiran agen sabun.Silapkah saya?

Saya juga suka upload gambar saya dan rakan2 yang mendedahkan aurat di FB, twitter dan tidak terkecuali Youtube.Mengapa orang lain nak kecoh2 sedangkan ayah saya "cool and sporting" jek. Jeles lah tu takder rambut ngan body sexy seperti saya.Bagi saya,neraka tue taklah sepanas mana pun.Kesian Daddy saya difitnah dayus kerana membiarkan isterinya dan anak-anaknya mendedahkan aurat.Namun saya kagum dengan sikap redha daddy...love u daddy,u're my hero....Nnty boleh tanggungkan dosa saya...heee


Lagi satu saya tak faham mengapa perlu memakai tudung?Seseorang yang telah moden dan liberal itu tidak perlulah menyusahkan diri untuk menutup auratnya. Perlukah hipokrit pakai tudung lepas tu buat maksiat kemain lagi dengan jantan lain?Seorang muslim wajib menutup auratnya,ke saya dh terlupa yang saya ni Islam? Tak lah,saya taw la saya ni islam,tp  memang saya tak nak jaga aurat saya.Biaq pi r~!

YES! Saya memang hipokrit



Sunday, January 15, 2012

Hipokritkah saya?Jawapan 1

Cakap hebat,tak pernah buat


Saya selalu menyeru orang lain supaya membantu negara lain yang sedang mengalami kebuluran seperti Somalia. Saya juga seorang yang pro Palestin dan anti zionis (anti semitic). Saya ingin membantu negara Pelestin dan ingin menghapuskan rejim zionis atau lebih dikenali sebagai Israel. Tapi... saya tak pernah ambil tahu apakah yang dimaksudkan dengan Israel...apa  beza Israel Ortodoks dan Israel zionis? Apa pula beza yahudi dengan israel? Saya tak peduli kerana bagi saya kedua2nya sama sahaja.


Saya suka sangat pakai jeans buatan LEVIS kerana fabriknya berkualiti tinggi,saya juga suka McD kerana rasanya lazat sekali. Dari minyak rambut sehinggalah stoking kaki,semuanya saya guna jenama yahudi sebab produknya berkualiti tinggi. Saya tak suka produk buatan dunia islam kerana tiada kualiti dan harganya mahal sekali. Biarlah saya menggunakan produk yahudi dan dalam masa yang sama saya menentang kekejamannya kepada saudara seagama saya kerana saya lebih memahami ekonomi walaupun kadangkala saya seorang yang ironi. Minyak attar yang non- alcohol tu tak wangi,tue sebabnya saya guna minyak wangi buatan amerika yang jelas lagi nyata menyokong pembunuhan saudara seagama saya di Palestin. Itu semua tak penting,yang penting saya akan terus melalak melaungkan slogan antizionis sambil memakai minyak rambut brylcreem,mengenakan haruman Boss,Kitkat pula akan terus membasahi gusi ini bersama kemanisan minuman Pepsi.

YES! Saya memang hipokrit.

Wednesday, January 11, 2012

Bulatan Gembira

Perkataan ini muncul lagi. Mungkin ramai yang mengenalinya sebelum ini,tambahan lagi selepas tersebarnya video "osem" yang melibatkan Wardina Saffiyah. Namun aku yakin masih ramai di luar sana yang masih belum mengenali perkataan ini.

Bulatan gembira boleh ditafsirkan sebagai usrah atau tazkirah pada dahulu kala. Biarpun begitu,bulatan gembira ini mempunyai sedikit perbezaan dengan usrah yang pernah kita sertai semasa di sekolah dulu. Aku ingat lagi masa kat sekolah dulu,aku suka tertidur masa naqib bagi usrah. Tp tue dulu,buat apa kita nak ingat benda yang dh lama berlaku.

Bulatan gembira bukan sekadar menggalakkan perkongsian agama malahan mendorong kepada perkongsian ilmu fardhu kifayah lain seperti ilmu akademik dan softskill yang dituntut dalam menghadapi cabaran hari muka. Berada di luar negara dan tinggal bersendirian,pastinya anasir jahat akan datang bertandang dan menggoyahkan iman yang sudah lama terbina,Pada masa inilah bulatan gembira perlu memainkan peranannya agar melindungi ahlinya supaya tidak terjebak sama.

Bulatan gembira mengajak kita berjuang atas fikrah yang sama,menganalisis al-quran dan menghayati isinya serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.Kadangkala juga kami berbincang mengenai sesuatu isu semasa mengikut perspektif masing-masing.

Malangnya ada yang menganggap aktiviti ini sebagai satu amalan hipokrit. Sedarkah anda seorang islam dan apabila tidak mengamalkan islam,itulah yang disebutkan sebagai hipokrit. Manusia hari ini sangat mudah untuk memfitnah manusia lain yang mengamalkan kebaikan.Baru2 nie,Ustaz favorite aku kene tuduh berkhalwat,bley taw cerita lanjut di sini,dan di sini...Ada je yang dengki bila arus perubahan ke arah kebaikan mula diterima golongan muda.

Apapun saya sudah menyertai Bulatan Gembira,anda bila lagi?

Tuesday, January 3, 2012

Anak Melayu tersungkur lagi...


Sekali lagi anak2 Melayu diperbodohkan oleh pelbagai pihak yang ingin mengambil kesempatan. Demontrasi kat UPSI tu bagi aku adalah satu perkara yang tidak membawa sebarang faedah. Berbeza dengan rally ataupun demontrasi yang diadakan di oversea, biasanya suara rakyat dan mahasiswa di sini akan didengari dan setiap cadangan untuk penambahbaikan akan diperhalusi dan dipertimbangkan. Namun, di Malaysia demontrasi yang dianjurkan adalah bersifat sia-sia kerana tiada tindakan susulan yang akan diambil.Sebagai contoh Bersih 1.0 dan bersih 2.0, apa yang mereka dapat? Sekadar pedih mata dan sakit badan akibat dibelasah pihak polis. Better duk umah layan movie yang best-best.

Berbicara dengan penglibatan politik dalam kalangan mahasiswa, mereka seringkali tersalah tafsir matlamat mereka berada di universiti. Matlamat utama adalah mendapatkan pointer yang cemerlang dan berbakti kepada masyarakat. Andai kata anda tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran,gunakanlah kuasa anda ketika pilihanraya,bukannya berdemontrasi sampai assignments tak siap dan dibuang daripada universiti lantaran tak perform masa exam !

Aku perasan budak2 yang heboh pesal politik ni semuanya orang Melayu,remaja yang sebangsa dengan aku. Ketika anak2 India belajar bersungguh-sungguh untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, anak2 Cina belajar berniaga dan anak2 jawa melibatkan diri dalam pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan jangka masa panjang, anak2 Melayu masih di takuk lama.

Siapa juara rempit dunia?

Siapa penagih tegar di Malaysia?

Siapa jaguh zina?

Siapa paling bangga mempunyai gadjet2 yang mahal2 tp ilmu tak penuh di dada?

Siapa yang paling banyak kene culture shock bila blaja kat luar negara? (kes terbaru)

Aku nak jawab pun segan sebab semuanya memihak kepada kita. Dalam pembangunan sesuatu bangsa itu, perlu wujud beberapa pemuda yang mampu mengangkat ketamadunan bangsanya,

Kalau ingin dilihat nasib sesuatu bangsa itu pada masa hadapan, lihatlah pada sikap pemudanya”