Tuesday, January 3, 2012

Anak Melayu tersungkur lagi...


Sekali lagi anak2 Melayu diperbodohkan oleh pelbagai pihak yang ingin mengambil kesempatan. Demontrasi kat UPSI tu bagi aku adalah satu perkara yang tidak membawa sebarang faedah. Berbeza dengan rally ataupun demontrasi yang diadakan di oversea, biasanya suara rakyat dan mahasiswa di sini akan didengari dan setiap cadangan untuk penambahbaikan akan diperhalusi dan dipertimbangkan. Namun, di Malaysia demontrasi yang dianjurkan adalah bersifat sia-sia kerana tiada tindakan susulan yang akan diambil.Sebagai contoh Bersih 1.0 dan bersih 2.0, apa yang mereka dapat? Sekadar pedih mata dan sakit badan akibat dibelasah pihak polis. Better duk umah layan movie yang best-best.

Berbicara dengan penglibatan politik dalam kalangan mahasiswa, mereka seringkali tersalah tafsir matlamat mereka berada di universiti. Matlamat utama adalah mendapatkan pointer yang cemerlang dan berbakti kepada masyarakat. Andai kata anda tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran,gunakanlah kuasa anda ketika pilihanraya,bukannya berdemontrasi sampai assignments tak siap dan dibuang daripada universiti lantaran tak perform masa exam !

Aku perasan budak2 yang heboh pesal politik ni semuanya orang Melayu,remaja yang sebangsa dengan aku. Ketika anak2 India belajar bersungguh-sungguh untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, anak2 Cina belajar berniaga dan anak2 jawa melibatkan diri dalam pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan jangka masa panjang, anak2 Melayu masih di takuk lama.

Siapa juara rempit dunia?

Siapa penagih tegar di Malaysia?

Siapa jaguh zina?

Siapa paling bangga mempunyai gadjet2 yang mahal2 tp ilmu tak penuh di dada?

Siapa yang paling banyak kene culture shock bila blaja kat luar negara? (kes terbaru)

Aku nak jawab pun segan sebab semuanya memihak kepada kita. Dalam pembangunan sesuatu bangsa itu, perlu wujud beberapa pemuda yang mampu mengangkat ketamadunan bangsanya,

Kalau ingin dilihat nasib sesuatu bangsa itu pada masa hadapan, lihatlah pada sikap pemudanya”

No comments: