Tuesday, January 17, 2012

Hipokritkah saya? Jawapan 2

Dakwa aurat,tapi lihat


Saya dan rakan2 saya sering mendakwa aurat wanita sangat berbahaya,malahan ketika bertemu dengan wanita,hendaklah menundukkan pandangan mata agar tidak terkena panahan syaitan yang membinasakan kerna bagi saya wanita itu senjata syaitan. Tapi saya sangat suka melihat movie2 di panggung wayang yang menayangkan aurat wanita. Dapat kalau ada Megan Fox dan Mila Kunis yang jadi heroin,memang terbelalaklah mata saya melihat aurat mereka.Syiokkk siot.


Saya juga suka mendengar lagu2 pop rock atau balada yang dinyanyikan oleh wanita seperti Jaclyn Victor,Adele,Lady Gaga dan sebagainya. Owh, mungkin saya terlupa bahawa aurat wanita itu bukan hanya pada anggota,malahan pada suara.Alah, kalau dengar sekali sekala dan lagu tue mempunyai mesej yang baik,bukankah tidak mengapa?Ada orang kata masakan air(pahala) dan minyak(dosa) boleh bercampur.Dosa tetap dosa. Tapi kalau ikut ilmu kimia ,air dan minyak boleh bercampur dengan kehadiran agen sabun.Silapkah saya?

Saya juga suka upload gambar saya dan rakan2 yang mendedahkan aurat di FB, twitter dan tidak terkecuali Youtube.Mengapa orang lain nak kecoh2 sedangkan ayah saya "cool and sporting" jek. Jeles lah tu takder rambut ngan body sexy seperti saya.Bagi saya,neraka tue taklah sepanas mana pun.Kesian Daddy saya difitnah dayus kerana membiarkan isterinya dan anak-anaknya mendedahkan aurat.Namun saya kagum dengan sikap redha daddy...love u daddy,u're my hero....Nnty boleh tanggungkan dosa saya...heee


Lagi satu saya tak faham mengapa perlu memakai tudung?Seseorang yang telah moden dan liberal itu tidak perlulah menyusahkan diri untuk menutup auratnya. Perlukah hipokrit pakai tudung lepas tu buat maksiat kemain lagi dengan jantan lain?Seorang muslim wajib menutup auratnya,ke saya dh terlupa yang saya ni Islam? Tak lah,saya taw la saya ni islam,tp  memang saya tak nak jaga aurat saya.Biaq pi r~!

YES! Saya memang hipokrit



1 comment:

Madre Amor said...

zasssss...siapa makan lada mesti terasa pedasnya ni!!