Monday, December 4, 2017

Secebis Perubahan di Luar Bandar


Semoga Tahun 2018 membawa banyak perubahan.

Perubahan pada diri

Perubahan pada masyarakat

Perubahan pada sekolah

Perubahan pada pendidikan

Sebab kita adalah ejen-ejen perubahan tersebut. 
Anasir Taghyir


Thursday, August 31, 2017

Antara terbuang dan dibuang


Kes disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah ni benda biasa sebenarnya. Antara serius atau tidak sahaja. Tahun ni disiplin sekolah aku agak merosot sikit. Aku sedar perkara ni bila Cg Salim dah berpindah ke sekolah sebelah. Masa nilah ramai budak-budak yang keluar tanduk.

Tahun ni juga. Kami buang ramai pelajar. Atas sebab mereka ni akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Nak-nak tahun depan exam besar (SPM). So daripada majoriti ni dirosakkan oleh minoriti, ada baiknya jika golongan sedikit-tapi bermasalah-tak-sedar-diri-pula-tu ini dikeluarkan.

Ada yang sempat aku jumpa, aku nasihat. Terima atau tidak itu hal dia. Aku kurang percaya yang hukuman ni dapat meluruskan manusia dan membetulkan kesilapan secara total. Kalau boleh biarlah dia berubah dengan rasa hati dan kesedaran diri sendiri. Dari ramai, tinggal sedikit, dan semakin hari semakin sedikit.
Budak ragbi pun makin kurang. Sebab budak ragbi biasanya memang yang nakal-nakal. Yang baik-baik, badan sedap tapi penakut dan bacul. Benda mcam ni jugak yang buat aku menyampah kadang-kadang tu.

Biarlah apapun yang terjadi, dalam hati ni sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada pelajar yang dibuang atau terbuang dari sekolah. Semoga selamat menjadi manusia dan bermanfaat kepada orang lain.


Nikmat Allah luas, cuba cari dan kenali potensi diri.

Sunday, May 28, 2017

Ramadhan Di Parit


Kira-kira balik, dah dekat setahun aku kat Parit ni.
Start dari January hari tuh, tak terasa langsung masa bergerak. Akhirnya dah sampai Ramadhan.

Tahun lepas aku bersahur dan berbuka bersama pelajar Sains Selangor.
Tahun before that bersahur dan berbuka bersama pelajar SMAP Labu.

Tahun ni bersahur dan berbuka sendirian. Tenang dan rilex sikit. Tapi kalau tahun depan aku confirm jadi warden, kena bersahur dan berbuka dengan pelajar di Parit lah.

Actually seronok juga berpuasa dengan pelajar. Dapat berjemaah solat fardhu dan tarawih bersama. beri sedikit tazkirah, tadarrus bersama dan pelbagai lagi aktiviti kerohanian bersempena dengan bulan ramadhan.

Cuma aktiviti kemasyarakatan akan berkurang sebab ko kena selalu hadap pelajar berbanding masyarakat. Boleh je, kita yang kena pandai cari dan curi masa.
InsyaAllah Allah permudahkan.

Selamat menyambut Ramadhan
Bonne Eid Ramadhan !

Friday, April 14, 2017

Adapt and adopt



Kalau dulu teramat jauh, kini rasa dekat sangat.
Kalau dulu rasa jemu dan bosan, sekarang dah tak berkira datang ke sekolah walaupun sabtu dan ahad.
Tak rasa penat stay up petang untuk train kadet bomba, tak rasa sia-sia rasa stay kat panas mentari train budak ragbi.

Sebab at last, aku dah boleh terima kenyataan.
Mulai redha akan hakikat keputusan Tuhan.
Allah takdirkan rezeki aku kat sini.
Kita ditempatkan di mana kita diperlukan.

Try hard,
To adapt and adopt.
8 months and still counting.

Thursday, February 16, 2017

Kematian yang dekat



Dalam hidup , Allah hadirkan banyak orang dalam hidup kita.
Tiada yang kebetulan. Semuanya ada hikmah yang tersembunyi.

Tempat kita berkongsi pengalaman, tempat kita minta nasihat bila rasa diri memerlukan.

Kenal Ustaz Asri Bin Hj Khalid tak lama.
Kira- kira beberapa bulan yang lepas, ketika first posting ke SMK Iskandar Shah.
Bermula hari pertama , dah dengar banyak nasihat dari beliau terutamanya bab pendidikan dan pengurusan rumah tangga.

Dia juga selalu ingatkan supaya cepat-cepat membina Baitul Muslim.
Semuanya mudah bila kita utamakan yang utama.
Rasa baru semalam berbicara dengan beliau.

Semoga Allah permudahkan
Innalillah wa inna ilaihi rajiun.

Beliau bapa saudara kepada member yang pernah belajar sama-sama di Perancis
Ashraf Hamzah a.k.a Susset