Thursday, November 6, 2014

The Untold Story Of 101 A ; Chapitre Finale


Hoi cepat sikit boleh tak? Aku dah nak terkucil nih !

 Tempik Celeng bila Deris masih belum ingin keluar dari tandas selepas 20 minit. Dia merenung siling yang sudah didiami anai-anai dan menunjukkan tanda-tanda akan runtuh tak lama lagi. Bangunan ini sudah tidak selamat didiami. Bukan Celeng yang reka cerita, tapi pihak bomba yang kata.

Lagi dua tandas turut penuh menambahkan lagi berangnya. Dia tidak mahu lewat lagi ke kelas. Sudah tiga kali dia mendapat amaran dari En. Jalal (bukan nama sebenar). Dia sudah serik. Dia mahu tiba awal hari ini. Harap-harap Fendi akan sudi tumpangkan dia dengan Panthernya.

*********************************************************************************
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­Dialog di atas adalah adegan biasa yang berlaku di blok ini  4 years back then. Ketika kami sama-sama dalam program asasi, sebelum aku terbang ke negeri Napoleon dan menetap di salah sebuah Bandar yang paling sejuk di Perancis.

Menetap di dalam sebuah rumah yang menghimpunkan seramai 19 orang ahli di blok 1 seriously bukan mudah. Dengan beberapa bilik yang bocor dan dimasuki air sehingga ada di antara kami yang terpaksa tinggal di ruang tamu – suasana persis di hospital ketika itu. Dan disebabkan faktor-faktor ini, kami mempunyai semangat toleransi yang tinggi. Semangat berkongsi makanan, barangan, dan dalam masa yang sama, kami respect hak milik masing-masing.

Kalau keluar rumah, memang kami sering bersama. Keluar makan malam, main bola, solat berjemaah di Surau Al Ghazali . STOP, cerita pesal surau, biasanya junior-junior memang akan rajin ke surau. Aku pun tak pasti samada amalan itu ikhlas dari kami ataupun sekadar paksaan dari senior. Masa duk rumah ni, aku ada sorang kawan yang selalu bangun paling awal dan kejut kami untuk bangun solat subuh. Nama dia Faiz Amir dan khabarnya dia bekas pelajar dari UIA. Patutlah baik masa tuh.

Paling syiok adalah pada bulan Ramadhan, sebab selalunya kami akan jalan ramai-ramai pergi Pasar Ramadhan dan beli juadah untuk berbuka puasa. Waktu sahur pula, kami akan masak sama-sama mengikut jadual yang disediakan. Time tu, siapa yang tak pandai masak pun boleh jadi level pakar dah. Antara yang paling sedap masak adalah Zul, Fendi, dan Afiq. Sebut nama Afiq, teringat plak dekat Tan. Tak tahulah sebab apa. Heh.

Kat dalam rumah ni jugaklah aku blaja cakap dialek Utara dan Pantai Timur. Walaupun ahli rumah kami berbeza latar belakang dan latar fikirnya, tiada semangat assabiyah di antara kami ketika itu. First time aku jejak kaki kat Institut dan blok ni, ada sorang budak Kelantan tegur aku. Muka dia nampak baik, peramah dan dia cuba berborak dengan aku kat tangga kecemasan sambil pegang paket maggi dan makan macam mamee. Malangnya aku tak paham papepun sebab dia kecek supo sub machine gun. Laju sampai sebutir pun aku tak dapat tangkap. Aku angguk je pura-pura faham.

Dari situ aku amek inisiatif untuk belajar loghat Kelantan dan Kedah. Kelantan dari Jepah dan Kedah dari Zul dan Aim. So loghat Kelantan yang aku guna lani kebanyakannya adalah hasil didikan dari Jepah. Baik buruk, korang nilailah sendiri. Alhamdulillah sekarang aku dah takde masalah nak faham loghat Utara dan Pantai Timur. Bahasa Kadayan pun aku ada blaja sikit-sikit dari Haziq. Lupa nak bagitau, budak yang kecek laju lajok kat tangga kecemasan tu nama dia Aje, nama KL, Ajam.

Tahun 2011, aku fly ke negara yang berbentuk heksagon dan tinggalkan blok ini for 3 years. Tahun 2014, aku balik ke sini dan mereka masih tinggal di blok 1 - dan kebetulan masa aku balik tu lif tengah rosak. Masa tu aku fikir banyak betul pengorbanan yang dorang korbankan untuk junior-junior sekarang. Junior foundation dapat blok 2; blok tinggalan INTEC yang masih cantik. Untung pelajar-pelajar baru ni sebab dapat senior2 yang baik macam mereka. Tu sebabnya aku kadang2 marah dorang bila ada segelintir yang masih tak bersyukur dengan rosakkan lif blok 2 dan tuduh JPP macam2.

Tahun ni semua ahli blok 101 A 2009 dah masuk sem 8. Sem terakhir merangkap senior paling tua di sini. Maksudnya mereka akan keluar dan mengajar tidak lama lagi. Kepada semua ahli 101 A, selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti.
Special tribute to ;

  1. Fendi
  2. Zul
  3. Wan
  4. Aiman
  5. Celeng
  6. Aje@Ajam
  7. Deris
  8. Faiz Kecik
  9. Jepah
  10. Razin
  11. Alif
  12. Solah
  13. Syed Faiz
  14. Aimullah
  15. Tan
  16. Haziq
  17. Leekky
  18. Afiq
  19. Me

Last but not least, I love u all ( Sofi, 2010)