Wednesday, March 30, 2011

Kematian jackie chan

Jackie Chan dilapor mati

2011/03/30

NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

‘RIP Jackie Chan’ antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam.
Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.
Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu.

“Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.”

Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti.

Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini. – Agensi

P/S: Buat aku terkejut jek berita ni...dahla baru minggu lepas aku wt presentation pesal dia ni

Tuesday, March 22, 2011

Ini bukan cerita lucah





(kepada lelaki)Perempuan seperti inikah isteri idaman and
a


(Kepada perempuan)Lelaki seperti inikah yang akan menjadi imam anda
nanti

Hari ini kalau kita lihat di dada2 akhbar mahupun internet, terlampau banyak jenayah yang berlaku di sekeliling kita.Berita rogol,curi,bunuh,dan rasuah seolah-olah mewarnai kehidupan rakyat kita.

Di mana2 kita acapkali terdengar peristiwa fitnah dan rasuah berlelu
asa hingga kadangkali aku buntu mahu membezakan yang mana fakta yang mana fitnah. Sesetengah suratkhabar juga seperti ada yang berat sebelah dalam melaporkan berita sehingga sanggup memanipulasi fakta untuk mensensasikan ceri
ta.Budaya rasuah,liwat,rakaman video lucah bukan perkara baru dalam masyarakat dunia.Malangnya ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan perkara ini untuk kepentingan mereka.

Berjalan di tengah bandaraya yang setiap hari menghimpun jutaan manusia,aku 'suka' melihat aurat2 wanita islam yang terdedah menampakkan susuk tubuh mereka.Tanpa tudung,seluar ketat,pakaian ketat.sememangya mengundang jenayah yang tidak dijangka mahupun jenayah terancang yang berakhir dengan teriakan dan tangisan.Golongan
hawa ini bukan menutup aurat,pada hakikatnya mereka cuma memb
alut a
urat.


Bila bab menutup aurat dipermainkan


Sukar sangatkah menutup aurat

Lelaki zaman moden juga tidak kurang dalam 'memanfaatkan' keseronokan dunia.Kerapkali gadis2 naif menjadi mangsa kerakusan mereka.Ajakan dan pujukan lelaki buaya darat ini dengan mudah mencairkan dan menewaskan pendirian dan maruah mereka.Undangan makan malam bersama akhirnya berakhir diranjang di hotel budget bagi mengecap kenikmatan dunia yang tiada penghujungnya.Bila perut dah kembung barulah ingin bertaubat,lebih teruk lagi ada yang mengambil tindakan zionis dengan menggugurkan kandungan mereka.Bagi saya Sekolah Harapan yang ditubuhkan di Melaka ada relevannya bagi mengekang masalah ini,bukan seperti yang didakwa pihak tertentu yang kononnya alternatif ini satu pembaziran dan mendorong kepada berlakunya kepada lebih perbuatan zina.


Dah jadi macam ni barulah nak bertaubat

Terus terang, dunia kita semakin bergoncang,maksiat semakin mencengkam,dan akidah islamiah terus tenggelam dalam arus kemodenan yang menjanjikan kerosakan dan gagasan kesyaitanan

Bila al-quran tidak dijadikan panduan,
Cakap ulama' diperlekehkan,
Hukum Allah dipermainkan,
Kita semakin menuju kebinasaan

P/S= Ini cuma pandangan peribadi penulis,tidak ada sebarang niat menyentuh sensiviti sesetengah pihak.Bahan ini tidak layak dijadikan rujukan akademik,hanya berfungsi sebagai bahan berguna untuk renungan bersama

XOXO


Monday, March 21, 2011

Sumpah,ini satu kesilapan




Muammar Gadaffi yang didakwa mengamalkan rejim kuku besi
Kemusnahan yang diakibatkan bedilan pihak tentera bersekutu

Bendera Libya yang kini akan hilang maruah dan identitinya

Baru lepas amik exam PO(lisan), agak susah gak tajuk yang aku dapat,so malas nak ungkit,yg penting minggu depan aku akan try tebus balik markah aku yang dh banyak hilang kat situ.
tp aku tak nak citer pasal exam,aku nak citer pesal bnde lain yang lebih penting.

On the way balik td,aku singgah jap kat kedai surat khabar,dan aku terbaca satu tajuk yang mengundang perasaan tidak senang hati.BUMI LIBYA BERMANDI DARAH HARi INI.

Pihak kerajaan bersekutu seperti AS,French n Britain telah menyerang bumi Libya yang dipimpin oleh Gadaffi setelah mendapat kebenaran resolusi PBB atas alasan mengawal keganasan yang diperintah oleh rejim kuku besi itu.

Tentera Libya melaporkan:

Tentera Gaddafi mendakwa 48 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan ulama terbunuh dan 150 cedera dalam serangan tentera bersekutu itu, bagaimanapun angka itu tidak dapat disahkan oleh pihak berkecuali.(Berita Harian,21 mei 2011)

Aku secara peribadinya tidak bersetuju dengan campur tangan kuasa asing terutamanya negara2 atas angin ke dalam sistem pentadbiran negara islam kononnya hendak menyelesaikan kemelut yang melanda negara ini.Pencerobohan ini adalah yang terbesar berlaku di negeri Arab selepas campurtangan di IRaq yang mendapat kecaman ramai.

Operasi berkenaan yang menyaksikan kereta kebal dan kereta perisai tentera Gaddafi dibedil, adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.(Berita Harian)

Inilah nasib yang bakal melanda negara islam apabila bergaduh sesama sendiri,berperang saudara,dan gagal menjalin kerjasama dalam rumpun agama dan bangsa yang sama yang mengakibatkan campur tangan negara asing.Bagi aku,misi ketenteraan tetap melambangkan keganasan walaupun bertujuan mencapai keamanan.Adalah mustahil jika dikatakan serangan yang dilakukan pihak bersekutu tidak mencederakan orang awam seperti yang dikhabarkan.

Apa yang paling penting,mungkin selepas ini Muammar Gadaffi akan dianggap pejuang oleh rakyatnya kerana cuba mempertahankan negara mereka dari pencerobohan kuasa asing walaupun beliau pernah memerintah libya secara sistem kuku besi.Aku berbangga menjadi rakyat malaysia,walaupun hidup dalam krisis ekonomi dan kenaikan harga barang,kita masih selamat dari ancaman peluru dan bom...

Aku nak rehat jap,then ulangkaji tuk next exam...see u then
XOXO

Saturday, March 19, 2011

Penantian yang terbalas


Setelah berusaha bersungguh2,akhirnya aku berjaya memenangi permainan tennis ini.
Mainan ini telah diperkenalkan oleh leekky semasa aku sedang bosan mentelaah pelajaran.Pada mulanya nampak susah.
Aku akhirnya berjaya melangkah ke final dan merangkul piala kemenangan

P/s= biasa ar bila exam dh dekat kepala pun biol sket

A day before


Today is Saturday,tomorrow is Sunday n then Monday will approach me.
That will be the great day.

Monday, March 7, 2011

Please forgive me


ASSALAMULAIKUM

Apabila hari exam semakin hampir,aku semakin gelisah.tetiba terpikir dalam kepala ni.
adakah berbaloi 4 semester aku di sini untuk lulus B2 tue,tetiba ketakutan menghantui.

Kalau lulus, bermakna negeri hexagon menanti aku,
kalau gagal,i'll say goodbye,then

Whatever it is, aku tetap mengharapkan yang terbaik

Bersempena dengan itu aku mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan di atas segala keterlanjuran perbuatan aku.Maafkanlah aku kalau ader terkasar bahasa,terguris hati dan perasaan,termakan dan terminum makanan korang,terumpat tanpa niat mahupun dengan niat,dan segala jenis perbuatan yang tak baik yang pernah aku lakukan.

Percayalah sometimes i do all that mistakes without any intention,just nak cari entertainments tuk hati ni.Doakanlah kejayaan kita bersama di dunia dan diakhirat SALAM KEMAAFAN DARIPADA AKU...sehingga berjumpa lagi

Thursday, March 3, 2011

Again


Lepas seminggu berehat,akhirnya aku turun balik ke padang tuk main bola.Thanx tuk sesape yang turun petang tadi.Dah lame tak main memang penat..huh