Friday, March 14, 2014

Misteri Méon dan kehilangan kapal terbang



Gelegak air di dalam periuk sudah kedengaran sayup sayup. Dia masih di biliknya memandang skrin samsung seluas 23 inci dan gigih mengetuk papan kekunci membalas setiap komen² di Facebook,twitter dan instagram miliknya.Dia tersenyum puas kerana dapat berbakti kepada masyarakat terutamanya golongan majoriti yang ghairah mengikuti perkembangan berita itu melalui facebook.

Meon keluar dari biliknya dan terus menuju ke dapur.Bungkusan maggi dibuka dan diletakkan perlahan-lahan ke dalam periuk,mengacau² sedikit lantas memasukkan perencah kari.Telur dipecahkan dan dituang ke dalam periuk bersama beberapa potongan sosej dan sayur.Wap kari memenuhi ruang dapurnya.Tak sampai 5 minit hidangan makan malamnya sudah siap. Simple and delicious.Buat ape susah2,orang bujang kan.

Mangkuk berisi maggi ditatang masuk ke biliknya dan diletakkan bersebelahan dengan macbook.Heater dikuatkan bagi membanteras dingin malam yang sampai ke tulang.Tambahan lagi dia hanya berkain sarong dan memakai singlet pagoda .Dari satu tab terus ke satu tab yang lain.Google chrome sahaja sudah ade 7 tab, ditambah lagi dengan safari dan mozilla.Total 15 tab tentang perkembangan berita kehilangan kapal terbang kini berada di depan mata.Sumber dari Vietnam,Australia,USA,France, dan MAS diteliti satu persatu. Blog beatifulnara, ohbulan,dan rotikaya juga tidak dilupakan bagi mencari koherens dan percanggahan isu ini.

Dalam banyak2 kisah itu dia tertarik kepada kisah gossip co-pilot pesawat itu dan kehebatan bomoh yang telah melempang seekor buaya tembaga.Dia jadi teruja dan cuba meringkaskan semua spekulasi-spekulasi yang dijangkakannya akan memberi manfaat kepada orang lain.
Setelah diringkaskan,dia copy paste semua link dan share di laman² sosial miliknya dan dihashtagkan dengan #prayforMH370



Tak sampai sehari video² dan artikel itu sudah mencapai ratusan like.Gilalah, dia tambah teruja.
Rokok winston blue dikeluarkan dari kotak dan dicucuh,asap rokok memenuhi segenap inci biliknya.Buat jadi stimulan untuk dia terus berjaga dan membalas beratus² komen.Ade yang bersetuju dengannya,ade juga yang mempertikaikan kesahihan berita tersebut.Dia terasa kredibilitinya dicabar dan rakus menempelak komen² itu berdasarkan prinsip hidupnya; Haters gonna hate and haters is everywhere.Baru padan muka mereka.Ini Meon lah ,perintis isu semasa.


Di Perairan Selat Melaka pula, anggota penyelamat sedang bertungkus-lumus mengesan punca dan petanda² yang boleh memberikan klu kepada penemuan terbaru dan tidak putus² berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan memudahkan usaha mereka.

Di ruang udara,puluhan helikopter dan pesawat ringan masih menjalankan aktiviti mencari MH370 dan dilaporkan anggota penyelamat giat menjalankan gerakan mencari sehinggakan mereka terpaksa berkampung di beberapa lokasi operasi.

Dan

Di sebelah rumahnya, Surau Al Falah baru selesai menunaikan solat Isyak berjemaah dan solat hajat mendoakan agar dipermudahkan pencarian pesawat itu.Jika di langit,turunkanlah,jika di laut, timbulkanlah dan jika di darat, tunjukkanlah.

Persoalannya.Bagaimanakah Meon mengetahui cerita benar tentang kehilangan ini walhal dia tidak berada dalam mana² situasi yang dinyatakan?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. Al Hujurat : 6)


Friday, March 7, 2014

Anda minat menulis? Give it a try !


Korang banyak masa dan korang minat menulis,bertukar² idea,suka berkenalan dengan orang baru dan ada gaya² oldskool,maka aku rasakan ini sesuai untuk korang.

Ramai sekarang ni orang yang suka menulis,tapi actually menaip.Sebut saja semua medium facebook,twitter,tumblr dan sebagainya.Memang best menaip ni,tapi feeling dia tak sama macam menulis, dengan kata lain manuscript.Tak percaya?

Ingat lagi masa tiap² tahun korang dapat kad raya dan sekarang sms dan facebook sebagai pengganti.
Ingat x lagi zaman surat yg terlipat kemas dalam drawer meja yang disembur perfume,tapi sekarang dah digantikan dengan whatsapp dan emoticon² yang comel. eheh.

Surat² dan kad² ni simpan nilai sentimental sebenarnya.Seriously .Before aku cerita panjang lagi,try usya² gambar kat bawah.




Inilah postcrossing namanya. Dengan method ni korang dapat melatih menulis dan tahu serba sedikit tentang negara orang tanpa perlu baca buku dan melancong ke sana.

Prosedur dia memang sangat simple,just register and create u own profile,then ask adress,bila korang dapat adress,korang kene hantar poskad tu berdasarkan preference penerima yg tertera di biodata.

Then akan ade user lain yang akan hantar poskad kat u oll.Lagi banyak korang hantar lagi banyak la korang dapat bersesuaian dengan konsep semakin banyak kita memberi semakin banyak yang kita akan dapat.

Lepas korang terima poskad,korang kene registered no series poskad tu,sila rujuk detail kat site rasmi postcrossing.

Selamat menulis,selamat menambah kenalan

Ilmu itu ibarat binatang buruan, ikatlah ia dengan tulisan