Sunday, December 26, 2010

PAkat mai sini~!



After berponek lolah mencari tempat pelancongan yang sesuai, akhirnya kami berjaya merancang perjalanan ke PUlau Penang, walaupun cuma bersifat local,eden totap lah bersyukur. Telah lama rasanye aku dh tak g penang ni..

Penang ni yg bestnyer makanan murah,melantak la ko sepuas hati.Tapi harta tanah kt sini agak mahal sikit(maybe disebabkab ia pulau kot)so,sesaper yg nak wt umah kt cni kne piker banyak kali la jugak…

Apepun den berjayo jugak lawat umah pak2 dara den…Pak Malek,pak Atan , n Uncle bodger. Banyak tempat gak yg dilawati.antaranya tokong ular,taman rerame,pagoda n beberapa muzium di sana…

KAmi menghabiskan 3 hari 2 malam di sana.On the way balik, kami singgah jap di Pulau PAngkor.sje nak beli sket barang n snap pictures.Setelah penat kami pun pulang ke rumah di masjid tanah..

Thursday, December 16, 2010

Proud to be a malaysian


I love U Malaysia~
a simple phrase to mention after winning 2-0 against Vietnam...
Hopefully u can do the same in Hanoi...(4 the second Quarter half)...
Tribute to all of u especially saffee,kunalan,and fahmi..

All the best~!
Dont ever give an inch before the last buzzer sound..
INdonesia~its payback time ~!!!

Wednesday, December 8, 2010

I LOve it


Setelah 5 kurun bertapa di rumah, akhirnya minat ku telah terdorong kepada bidang photography (bukan pornography k)
Semuanya bermula setelah aku membelek –belek beberapa buah kamera SLR (single lens reflex) milik ayahku. Dari saat itu, aku mula mengenali apakah yang dimaksudkan dengan shutter speed n focal length.

Walaupun nampak simple,namun benda alah ni sangat penting bagi menghasilkan gambar yang mempunyai nilai estetika tersendiri,(bukan main tangkap je)

Lantaran minat dan disokong dengan kemahiran sedia ada,aku melanjutkan pengajian mengenai composition,attachment,micro picture (close-up),dan pelbagai lagi skill yang memerlukan ketelitian seperti teknik panning dan bounced flash.Ternyata,untuk menghasilkan sekeping gambar yang mengandungi perasaan,nilai karya,dan daya kreatif bukan sesuatu yang mudah.Jom kita berphotography!!!

Namun hobi photography ini memerlukan modal yang tinggi..apa yg korunk perlukan
At least..
~sebuah kamera SLR yang rata-ratanya berharga 2 ribu ke atas.
~Attachment(zoom lens,flash,hood,cover,dan pelbagai lagi bergantung kepada keperluan.
~tripod

Attachment sebenarnya bergantung kepada keperluan dan kemampuan…
Lebih baik lagi jika anda mempunyai buku panduan SLR(digital version)

Kepada sesiapa yang berminat,adalah amat digalakkan kerna hobi ini kadangkala bley menghasilkan duit (dengan membuat studio dan pakej perkahwinan) .INsyaallah dalam masa terdekat saya akan (bahasa skema) berusaha untuk mendapatkan sebuah lagi kamera SLR yang lebih baik seperti D90 yang mempunyai banyak kelebihan.

WISH ME LUCK~!

Tuesday, December 7, 2010

My ideA~


Dia masih di situ,
Mengetuk kepingan kotak,
Persis paluan kompang dan genderang,
Masih enggan pulang,
Ke bumi kenyalang.
Dia masih di situ,
Menagih sepasang sepatu,
Inginkan kemeja baru,
Dengan not yang berwarna biru,
6 keping…sudah tentu.
Dia masih di situ,
Menjamah nasi,membaham segenap inci,
Udang,cendawan,dan telur dadar.
Tanpa gelisah,tanpa keluh kesah,
Tanpa rasa bersalah…
Dia masih di situ,
Menanti waktu yang mustahil,
Merencana adegan degil,
Menagih tamparan,
Menuntut beberapa siri cubitan.
Dia masih di situ,
Kejadiannya atas satu ketentuan,
Dewasanya dalam era penuh kegelapan,
Dirinya dibaluti anasir kejahatan,
Diwarisi dari keluarga berdarah syaitan.
Dia masih di situ,
Menggarap sekeping harapan,
Agar diberi kesempatan,
Kerna kelahirannya adalah suratan,
Bukan satu kebetulan.