Sunday, October 31, 2010

One day in "orphelin"

Hari ni kami berjaya juga mengadakan lawatan ke Rumah penyayang di Banting di bawah program etik yang dikendalikan oleh ustazah Kamariah..

Act,bnde ni dh lama rancang(sejak 3 minggu lagi),tp disebabkan masalah mendapatkan kenderaan.so ari ni lah baru dpt pergi..so kt cni aku nak melaporkan sikit la ape yg terjadi...Antara aktiviti yang dilakukan adalah majlis suai kenal bersama fasilitator yang terdiri daripada pelajar kohot 1 dan kohot 5,pengajaran bahasa perancis melibatkan abjad dan angka, kuiz yang menguji kecekapan berfikir melalui teka teki,dan soalan yang menguji pengetahuan pendidikan islam pelajar..alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan...JOm check gallery ~


Papan tanda masuk ke rumah penyayang
Pintu besar menuju ke Rumah Penyayang


Sumbangan yang berjaya dikutip


Sesi soal jawab dan kuiz
Antara krew yang menjayakan aktiviti ini


Adik2 mendengar penerangan dengan tekun


Final ucapan drp U.Kamariah

Banyak pengalaman yang dapat ditimba sepanjang kami berada di sini bersama2 mereka.Hormatilah ibu bapa kita semasa mereka masih ada.Insyaallah kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah ibu bapa pelajar di sini.
Al-Fatihah
semoga roh mereka dicucuri rahmat..

Wednesday, October 27, 2010

Goodbye 303//101D


Huh...finally
November is coming soon,
Leaving all those obstacles n hardships,
Wiping all the tears before.

I'm sure that this celestial month,
will bring me a lot of happiness,
unless ..//<>//..sumthing than cannot be mentioned happens.

Sunday, October 24, 2010

My research (filem MAGIKA)


Td aku g GSC tengok magika..
Movie ni best..banyak memaparkan peristiwa sejarah suatu masa yang dahulu..
Kebanyakannya berlaku di melaka(negeri kelahiranku)
Ada satu babak yang mengimbau kembali peristiwa Lembing Awang pulang ke Dayang...
aku just nak bagitau bende ni benar2 berlaku suatu ketika dahulu di negeri JOhor(mse tu dlm jajahan mlaker)...nak tau citernye...bacalah

Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tiga segi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunangan Awang dirampas anak penghulu, Bachuk

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 232 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.

Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang membalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakan pemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.

Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang.

Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yang mengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor, Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasi terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

“Sebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjikan untuk pulang tepat pada masanya,” katanya.

Sebaik saja Awang mengetahui tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus ke rumah pengantin dan melihat orang ramai memenuhi segenap ruang menyaksikan persandingan dua mempelai itu.

Ketibaan Awang mengejutkan banyak pihak terutama keluarga pengantin. Awang mencabar Bachuk bertarung di gelanggang dan belum sempat pengantin baru menyahut cabaran, lembing Awang terus menikam dadanya.

Bachuk sempat mencabut lembing di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tetapi terkena tetamu lain. Lembing itu dicabut mangsa kedua dan dibaling semula ke arah orang lain, seolah-olah lembing terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu dan yang terakhir ialah bapa Dayang.

Bapa Dayang menyerahkannya kepada Dayang yang sedang menangis melihat tragedi berdarah tidak disangka berlaku di depan matanya. Anehnya, lembing itu seolah-olah mati sebaik saja berada di tangan Dayang. Antara yang terkorban ialah bapa Dayang, ibunya, ibu bapa Awang dan ibu bapa Bachuk.

Disebabkan lembing meragut 99 nyawa itu diserahkan kepada Dayang, pengkaji sejarah menamakan tragedi itu sebagai Lembing Awang Pulang ke Dayang.

“Semua mangsa dikebumikan dalam kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digelar Makam 99. Kubur itu tidak bertanda tetapi penduduk di situ percaya ia memang terletak di situ,” katanya.

Akhirnya, Awang lari membawa diri dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.

INFO:
Kejadian berlaku di Padang Terbakar, Muar

Semua mangsa korban dikebumikan di sebuah kebun di Parit Raja dan dikenali sebagai Makam 99.

suicidal...

Thursday, October 21, 2010

satan's letter



(SuratDari Iblis)(Surat ini akan
membuat anda benar-benar berfikir)
SURAT DARI SETAN
UNTUK MU
Aku melihatmu kemarin, saat engkau
memulai aktiviti harianmu.Kau bangun
tanpa sujud mengerjakan
subuhmuBahkan kemudian, kau juga
tidak mengucapkan "Bismillah"
sebelum memulaisantapanmu, juga
tidak sempat mengerjakan solat Isha'
sebelum berangkat ketempat
tidurmu. Kau benar2 orang yang
bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak
dapat mengungkapkan betapa
senangnya aku melihatmu

tidakmerubahcara hidupmu.Hai
Bodoh, Kamu millikku.Ingat, kau dan
aku sudah bertahun-tahun
bersama,dan aku masih belum bisa
benar2 mencintaimu .Malah aku masih
membencimu, kerna aku benci

Allah.Aku hanya menggunakanmu
untuk membalas dendamku kepada
Allah.Dia sudah mencampakkan aku
dari surga, dan aku akan
tetapmemanfaatkanmusepanjang
masa untuk mebalaskannyaKau lihat,
ALLAH MENYAYANGIMU dan dia
masih memiliki rencana-
rencanauntukmudihari depan.Tapi kau
sudah menyerahkan hidupmu
padaku,dan aku akan membuat
kehidupanmu seperti neraka.Sehingga
kita bisa bersama dua kali dan ini akan
menyakiti hati ALLAHAku benar-benar
berterimakasih padamu, karena aku
sudah menunjukkankepadaNYA siapa
yang menjadi pengatur dalam
hidupmu dalam masa2 yang
kitajalaniKita nonton film 'porno'
bersama, memaki orang, mencuri,
berbohong,munafik,makan
sekenyang-kenyangya, bergosip,
manghakimi orang, menghujam
orangdaribelakang, tidak hormat pada
orang tua ,Tidak menghargai Masjid,
berperilaku buruk.TENTUNYA kau tak
ingin meninggalkan ini begitu
saja.Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar
bersama, selamanya.Aku masih
memiliki rencana2 hangat untuk
kita.Ini hanya merupakansurat
penghargaanku untuk mu.Aku ingin
mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana
sudah mengizinkan ku memanfaatkan
hampir semua masa hidupmu.Kamu
memang sangat mudah dibodohi, aku
menertawakanmu.Saat kau tergoda
berbuat dosa kamu menghadiahkan
tawa.Dosa sudah mulai mewarnai
hidupmu.Kamu sudah 20 tahun lebih
tua, dan sekarang aku perlu darah
muda.Jadi, pergi dan lanjutkanlah
mengajarkan orang-orang muda
bagaimanaberbuatdosa.Yang perlu
kau lakukan adalah merokok, mabuk-
mabukan,
berbohong,berjudi,bergosip, dan
hiduplah se-egois mungkin.Lakukan
semua ini didepan anak-anak dan
mereka akan menirunya.Begitulah
anak-anak .Baiklah, aku persilakan kau
bergerak sekarang.Aku akan kembali
beberapa detik lagi untuk menggoda
mu lagi.Jika kau cukup cerdas, kau
akan lari sembunyi, dan bertaubat
atasdosa-dosamu.Dan hidup untuk
Allah dengan sisa umurmu yang
tinggal sedikit.Memperingati orang
bukan tabiatku, tapi diusiamu
sekarang dan tetap melakukan dosa,
sepertinya memang agak aneh.Jangan
salah sangka, aku masih tetap
membencimu.Hanyasaja kau harus
menjadi orng tolol yang lebih baik
dimata ALLAH.
Catatan: Jika kau benar2
menyayangiku , kau tak akan
memberi surat ini dengan sesiapapun..

Wednesday, October 13, 2010

Turki dalam 2 wajah berbeza


Selepas kelas ASC td(blajar tentang union europeen)aku terus usya pesal turki.Negara yg ingin menyertai europe tp kene reject sejak sekian lama...dan selepas wt research dalam i jam setengah aku jumpa jawapannya....Apakah sebenarnya Turki?

  1. negara tinggalan Empayar Islam Uthmaniah
  2. terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia
  3. Perdana Menteri Turki sekarang : Recep Tayyip Erdogen
Kerana terlalu ingin bersatu dengan kesatuan eropah,banyak yg telah dilakukan turki,antaranya:
  1. memulihkan sistem demokrasi di negara Turki sejak ia mula menjadi negara republik pada 1923
  2. mengamalkan sistem pilihanraya yang telus demi menjaga kesamarataan hak asasi penduduk sehingga sebuah parti fahaman Islam sepenuhnya iaitu Parti Islam Refah memenangi pilihanraya pada 1992 dan telahpun dibubarkan oleh tentera
  3. pelaksanaan Islam secara sekular di bawah pemerhatian tentera untuk membuka mata Kesatuan Eropah terhadap kegigihan Truki menyertai Eropah
  4. pelaksanaan urbanisasi yang memandang ke Barat di mana negara-negara Barat dijadikan contoh untuk urbanisasi di negara Turki
  5. menyokong segala kempen ketenteraan yang pernah di jalankan oleh negara-negara Barat sebelum ini termasuklah menyertai latihan udara bersama pakatan Zionis Israel
  6. memperjuangkan Islam sekular dan segala pembangunan yang pro-Islam sepenuhnya akan dikecam
Sebab2 kenapa UE harus menerima turki:
  1. perkembangan pesat di Turki : ketika Perang Dunia kedua kebanyakan kampung-kampung kecil pantas menjadi bandar-bandar maju
  2. pengisytiharan Kamal Atartuk bahawa Turki adalah sebuah negara "westernised" di mana mengamalkan cara kehidupan Barat
  3. kelahiran pelbagai parti politik yang diterima dalam memastikan keutuhan sistem demokrasi di Turki dan melengkapkan syarat-syarat Turki untuk menyertai EU
  4. menjadi syurga pelancongan yang bakal membangunkan ekonomi Turki yang secara tidak langsung memberikan pulangan yang tinggi kepada EU dalam industri tersebut

Situasi penerimaan negara-negara EU :

  1. wujud krisis antara Turki dengan Greek kerana berebutkan Kepulauan Cyprus. Tentera Turki pernah mendarat di Kepualaun tersebut yang pada ketika itu telah pun diteroka oleh Greek iaitu pada 1974. Turki meguasai bahagian utara dan Greek menguasai bahagian selatan
  2. Negara-negara Eropah masih melihat Turki sebagai sebahagian dari negara Islam
  3. presiden Perancis, Nicholas Sarkozy membuat kenyataan bahawa Turki tidak bersama Eropah secara fizikal

Kronologi permohonan Turki untuk menyertai EU :

  1. seorang ahli media bebas Turki menjelaskan bahawa keinginan Turki menyertai EU telah bermula sejak abad ke-13 dan berlanjutan sehingga abad ke-16 setelah penguasaan Kerajaan Uthmaniah terhadap beberapa negara Eropah seperti Poland dan Teluk Parsi
  2. Perdana Menteri Turki pada 1959, Adnan Menderes mengumumkan keinginan Turki untuk menyertai European Community; sekarang EU tetapi pihak EC tidak bersetuju
  3. satu perjanjian dimeterai pada 1963 untuk membolehkan Turki memohon menyertai EU
  4. hanya pada 1999 Turki menjadi calon rasmi untuk menyertai EU dan pelbagai rundingan telah dilakukan sehingga 2005
  5. sehingga kini Turki masih lagi belum diterima oleh EU

Situasi semasa EU dan Turki :

  1. Turki semakin menjauhi negara-negara Barat dan mula beralih untuk memberikan sokongan penuh terhadap negara Islam
  2. Islam diamalkan sedikit demi sedikit sejak pemerintahan Erdogen yang sememangnya pro Islam walaupun masih lagi memperjuangkan fahaman sekular
  3. Turki telah menghentikan latihan ketenteraan udara bersama Israel
  4. Presiden Turki menjadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Mahmoud Ahmadinejad; Presiden Iran diatas kesungguhan dalam membincangkan isu nuklear US dan Israel yang pasti menganggu-gugat keamanan dunia
berdasarkan keadaan-keadaan yang telah diterangkan, sebenarnya usaha Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah telah lama bermula. namun ia masih lagi tidak kesampaian mungkin kerana imej Turki yang masih dimonopoli oleh majoriti penduduk Islam. dan jika dilihat pada hari ini sebenarnya Turki sudah penat meminta-minta dari EU.

Tuesday, October 12, 2010

man ANA


-->
Assalamualaikum…telah lamanya juga sebenarnya kita tidak berbicara tentang keagungan tuhan ataupun al-khaliq yang mencipta kita sebagai makhluknya..
Walaupun kerapkali kita menghadiri usrah ataupun tazkirah,kita masih tetap mengulangi kesalahan yang
remeh-temeh seperti melewat2kan solat,tidak menutup aurat,mengumpat,dan sebagainya.Agak-agaknya mengapa perkara ini terjadi kepada kita ?(sape btol dapat cokolat)
Hakikatnya usrah dan tazkirah yg kita dengar tak dapat merubah diri kita..~!
Baru2 ini saya mendapat undangan menghadiri tazkirah yang diadakan oleh seorang senior kami.Inputnya agak padat dan berkesan.Namun adakah tazkirah itu benar2 berbekas di hati?Allah saja yang tahu..Kat sini saya nak bg tips supaya ceramah or tazkirah or whatever yang kita dengar dapat melekat di dalam hati.
Apabila menghadiri tazkirah kita haruslah mengamalkan 4 prinsip asas yang jarang diberitahu oleh ustaz2 dan tuan2 guru..Prinsip itu adalah:
1 TAKZIM-membesar2kan majlis dakwah yg dihadiri kerana di dlmnya trdapat seribu berakah dan malaikat turut mendokan kesejahteraan ahli Jemaah.
2TAWADDU’-merendahkan diri anda dan jangan sesekali bongkak dengan ilmu anda,walaupun tazkirah berkenaan terlalu commun dan dh 1000 kali anda dengar
3TAWAJJUH-mendengar dengan bersungguh2.Klau bley tulis(ilmu itu ibarat binatang buruan,ikatlah ia denga tulisan)
4TABLIGH-menyampaikan ilmu yang anda miliki walaupun sedikit
kerana ilmu yang sedikit lebih baik dari menyimpannya tanpa memberitahu org lain.
Diharapkn seleps ini anda mencubanya dan mendapat segala rahmat dan barakah dari Allah.Insyaallah.

Wednesday, October 6, 2010

Starting to hate her


i dunno what is the hell is going on here,but since last week all things was going up n down.
She keep on blaming me 4 no reason

This annoying feeling simply written in this masterpiece...

I got sucked here,
Between the four walls,
Underneath the rainbow,
Freezing by the air cond,
trembling and shaking,
Staring at all those annoying things.

Why did she talks a lot,
Without reason,
With fake destination,
Within millions of seconds.

Sometimes she got confused,
Raised her spectacles,
combing her hair with bare hand,
Showing her wrath of nothing,
there a new HADES,

Its time already,
Returning us all the piece of junks,
With red ink all over there,
like always,
correction becoming a friend...
P/s~>Kalau salah sume tunjuk kat aku,,,orang nye salah pun aku gak yang kene....