Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Monday, December 4, 2017

Secebis Perubahan di Luar Bandar


Semoga Tahun 2018 membawa banyak perubahan.

Perubahan pada diri

Perubahan pada masyarakat

Perubahan pada sekolah

Perubahan pada pendidikan

Sebab kita adalah ejen-ejen perubahan tersebut. 
Anasir Taghyir


Thursday, August 31, 2017

Antara terbuang dan dibuang


Kes disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah ni benda biasa sebenarnya. Antara serius atau tidak sahaja. Tahun ni disiplin sekolah aku agak merosot sikit. Aku sedar perkara ni bila Cg Salim dah berpindah ke sekolah sebelah. Masa nilah ramai budak-budak yang keluar tanduk.

Tahun ni juga. Kami buang ramai pelajar. Atas sebab mereka ni akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Nak-nak tahun depan exam besar (SPM). So daripada majoriti ni dirosakkan oleh minoriti, ada baiknya jika golongan sedikit-tapi bermasalah-tak-sedar-diri-pula-tu ini dikeluarkan.

Ada yang sempat aku jumpa, aku nasihat. Terima atau tidak itu hal dia. Aku kurang percaya yang hukuman ni dapat meluruskan manusia dan membetulkan kesilapan secara total. Kalau boleh biarlah dia berubah dengan rasa hati dan kesedaran diri sendiri. Dari ramai, tinggal sedikit, dan semakin hari semakin sedikit.
Budak ragbi pun makin kurang. Sebab budak ragbi biasanya memang yang nakal-nakal. Yang baik-baik, badan sedap tapi penakut dan bacul. Benda mcam ni jugak yang buat aku menyampah kadang-kadang tu.

Biarlah apapun yang terjadi, dalam hati ni sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada pelajar yang dibuang atau terbuang dari sekolah. Semoga selamat menjadi manusia dan bermanfaat kepada orang lain.


Nikmat Allah luas, cuba cari dan kenali potensi diri.

Sunday, May 28, 2017

Ramadhan Di Parit


Kira-kira balik, dah dekat setahun aku kat Parit ni.
Start dari January hari tuh, tak terasa langsung masa bergerak. Akhirnya dah sampai Ramadhan.

Tahun lepas aku bersahur dan berbuka bersama pelajar Sains Selangor.
Tahun before that bersahur dan berbuka bersama pelajar SMAP Labu.

Tahun ni bersahur dan berbuka sendirian. Tenang dan rilex sikit. Tapi kalau tahun depan aku confirm jadi warden, kena bersahur dan berbuka dengan pelajar di Parit lah.

Actually seronok juga berpuasa dengan pelajar. Dapat berjemaah solat fardhu dan tarawih bersama. beri sedikit tazkirah, tadarrus bersama dan pelbagai lagi aktiviti kerohanian bersempena dengan bulan ramadhan.

Cuma aktiviti kemasyarakatan akan berkurang sebab ko kena selalu hadap pelajar berbanding masyarakat. Boleh je, kita yang kena pandai cari dan curi masa.
InsyaAllah Allah permudahkan.

Selamat menyambut Ramadhan
Bonne Eid Ramadhan !

Friday, April 14, 2017

Adapt and adopt



Kalau dulu teramat jauh, kini rasa dekat sangat.
Kalau dulu rasa jemu dan bosan, sekarang dah tak berkira datang ke sekolah walaupun sabtu dan ahad.
Tak rasa penat stay up petang untuk train kadet bomba, tak rasa sia-sia rasa stay kat panas mentari train budak ragbi.

Sebab at last, aku dah boleh terima kenyataan.
Mulai redha akan hakikat keputusan Tuhan.
Allah takdirkan rezeki aku kat sini.
Kita ditempatkan di mana kita diperlukan.

Try hard,
To adapt and adopt.
8 months and still counting.

Saturday, October 29, 2016

Etre et avoir (to be and to have)


Je me souviens quand la première fois que je suis arrivé ici – il était très frustrant surtout lors que je me rends compte que cet établissement ne possède pas la salle françaises (La salle pour travailler le Français).

Comment peut-on exécuter l’apprentissage de langue dans une classe pas si convenable ? Loin de la réalité. 

Cependant, après avoir vécu quelques mois à l’entourage de plus en plus, la solution s’expose – clair et brillant.

Etant un prof, nous ne pouvons pas être très idéaliste. Un bon prof sera capable de manipuler tous les astuces qu’il en a. Porter plaindre n’aide pas dans l’amélioration. Cela mènera à la situation encore pire.

Vraiment.

2 mois, c’est vraiment très court. On n’a pas de droit de venir à la conclusion. Pas encore – surtout quand la lettre de confirmation pour la poste n’arrive pas encore. Soyez prudent le nouveau prof !
Alors soyez content pour avoir la poste ; d’avoir être postulé.


C’est difficile maintenant à trouver le job. A Allah nous prions. InchaAllah tous sera Ok. 

Thursday, August 18, 2016

Bonjour bonjour


Akhirnya selepas hampir setahun menunggu penempatan, alhamdulillah Allah kabulkan cita-cita untuk menjadi seorang pendidik.

First time terima surat dari JPN Perak, agak terkejut bila ditempatkan di kawasan PPD Perak Tengah.
Ada ke sekolah kluster atau SBP area ni?

French biasanya diajar di sekolah SBP dan juga kluster kecemerlangan.
Sebagai nilai tambah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang telah lama hebat.

Surat dibuka dan aku ditempatkan di sebuah sekolah yang terletak jauh di kawasan Parit, Perak.
Lebih kurang 16 km dari Bandar Seri Iskandar. 
SMK Iskandar Syah dengan band 4.
Dalam hati mampukah pelajar ini menguasai French bilamana English dan Bahasa Melayu mereka masih terumbang ambing? Entah mengapa aku jadi sedikit pesimis.

Mungkin selepas 6 bulan, aku boleh buat Action Research bahawa adakah penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan mempengaruhi penguasaan pelajar dalam Bahasa Perancis.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam mendidik anak bangsa.

Ingatlah, kita ditempatkan di mana kita diperlukan.

Monday, June 20, 2016

Sampai ke Destinasi

Lepas 2 jam drive, aku sampai di Bandar Sri Permaisuri walaupun traffic agak jammed tadi.
Lambai tangan ke arah Pak Guard dan terus naik ke perkarangan asrama. Ada 3 blok Aspura.
Ketuk pintu warden yang  Cg Rosnah suruh aku tumpang, dua kali ketuk, dia keluar.

« Eh mung da sampai, ingatkan nak mari lepas buke ».
« Saje mari awal, takut sesat, first time kan ».
Tangan pun bersalaman.

Angkut barang-barang dari kereta naik ke asrama (rumah warden yang di-renovate sebuah dorm dan bilik gosok). Rumah agak besar sebab ada 3 bilik. Fully furnished.
Quite ok lah untuk aku. Sangat ok sebenarnya kalau nak buat perbandingan dengan SBP-SBP yang pernah aku ajar dulu. Banyak ke SBP aku pernah mengajar?

Ok, for the records, sekolah ni adalah sekolah yang ke -4 selepas SEMESRA, SMAP LABU, dan MOZAC.
Kiranya SBP ke-4 dan boleh kata dah agak masak dengan sikap dan helah pelajar SBP.

Mata terasa mengantuk dan ingat nak off dulu. Rehat cukup-cukup sebab esok nak Lapor Diri dan semak tugasan baru.
Doakan semuanya berjalan lancar.
Allahu Rabbuna Yusahhil.


Friday, March 25, 2016

Peluang Kedua Selalu Ada


I believe that everyone in this world deserve a second chance.

Peluang kedua wujud disebabkan peluang pertama tidak berjaya dimanfaatkan. Atau mungkin ada insiden yang berlaku dan menyebabkan peluang pertama itu gagal direalisasikan. Sebagai contoh ;

1)   Peluang kedua dalam percintaan setelah curang pada kesempatan yang pertama.

2)  Peluang kedua untuk repeat exam setelah first attempt dihabiskan dengan poya-poya dan Dota.

3) Peluang kedua untuk memohon maaf setelah mengkhianati seorang rakan yang memberikan kepercayaan.

And the list continues

Pernah dengar peluang kedua dalam kehidupan?

Bilamana kau pernah sia-siakan nyawa dan usia lampau untuk berjimba dan melakukan jahiliah dan terlibat dalam benda lagha. Lagi parah bila kau berbangga dengan setiap kejahilan yang dilakukan.

Bermandi dalam dosa jahiliah.
Masih bolehkah berubah?

Memang boleh asalkan kau nak.

Allah maha pengampun

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ

Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?(QS. At Taubah: 104


1.       First step to move on

Menyesal atas dosa lalu dan berazam untuk berubah.
Starting from this point, cuba tinggalkan sikit-sikit jahiliah yang selalu kau buat.
Dari perkara yang paling besar kepada perkara yang paling kecil.
Dari pergi clubbing sampailah anything yang membuang masa.
Perlahan-lahan.
InsyaAllah boleh.

2.       Bina circle of friends yang baik

Cuba berjinak-jinak dengan masjid. Masjid di kawasan bandar is better sebab kebanyakan dari mereka open minded untuk bergaul dengan pendosa. Libatkan juga diri dalam setiap aktiviti masjid dan kemasyarakatan yang dijalankan. Lama-lama hubungan akan terbina dengan ahli kariah masjid dan sikap-sikap positif dari circle of friends ini akan perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam diri kita.Dalam masa yang sama, cuba perlahan-lahan tinggalkan kelompok jahiliah tadi. Jika rasa diri kau cukup kuat dan sayangkan rakan-rakan yang lain, tarik mereka sekali ke arah yang lebih baik. For sure dalam 10 orang yang kau ajak,akan ada seorang yang terkesan. Contoh yang paling baik adalah diri kita sendiri. Pamerkan akhlak yang menarik dan menegur mereka dengan cara yang paling berhemah.

3.       Hadirkan diri ke majlis ilmu

Ini antara point yang paling penting. Kita dah berubah. Tapi bagaimana untuk sustain dengan perubahan itu dan berkembang untuk jadi lebih baik.
Dengan ilmu, martabat seseorang itu akan dinaikkan. Sebab itulah pendakwah banyak bercerita tentang perbezaan antara Alim dengan Abid. Kita mungkin sudah menjadi Abid (Ahli Ibadah), tapi Islam lebih menekankan untuk penganutnya menjadi alim (orang yang berilmu). Jadi cuba luangkan masa untuk mendengar tazkirah, ceramah, dan majlis-majlis ilmu yang berdekatan dengan lokaliti anda dahulu.

Dekat. Dan dapat save minyak kan (Jangan kedekut sangat k). Bila dah bersedia untuk spend lebih sikit wang dan tenaga, cuba risik-risik ceramah dan konferens yang dihadiri oleh speaker-speaker hebat dan boleh thiqah (percaya) dengan ilmunya. Mungkin kadangkala kita fikir medium youtube adalah yang paling mudah. Tak perlu bergerak ke sana ke sini dan menjimatkan pembelanjaan. Kat sinilah hadirnya mujahadah (kesungguhan) dalam menuntut ilmu. Keberkatan menghadiri majlis-majlis ilmu itu seperti berada di dalam taman-taman syurga. Pasti mengujakan bukan.

Lagi satu, sudah tentu berbeza perasaan kita apabila menyaksikan match bola sepak di hadapan TV berbanding berada di bangku penonton itu sendiri. Hoyeah.

4.       Abaikan kritikan dan buang segala negative vibes

Ini juga antara paling penting di Fasa awal perubahan. Pasti akan ada suara-suara sumbang dan mulut-mulut tiada insurans yang akan berusaha untuk menghalang perubahan yang baik ini. Biasalah, benda baik. Banyak halangannya. Terutamanya dari rakan-rakan rapat kita sendiri yang bengang bila kita dah tak mahu ikut mereka clubbing dan mencipta pelbagai jenis alasan untuk tidak terlibat lagi dalam perkara-perkara lagha (sia-sia). Sampai satu masa, kau akan rasa down dan tak mahu teruskan perubahan.

Jangan. Dan jangan putus asa.

Kalau mereka tak menyokong perubahan itu, cukuplah keluarga dan diri kau sendiri yang menyokong kaebaikan itu. Kalau tiada siapa mahu bersama kau, cukuplah Allah sebagai tempat mengadu.

5.       Lembaran Baru

Mulakan hidup baru.
Lupakan sejarah silam.
Jangan lihat pada permulaan kita.
Tapi lihat pada pengakhiran agar kita terus istiqamah (konsisten) dalam perubahan yang dilakukan.

"Seorang muslim takkan jatuh ke dalam perangkap yang sama untuk kali ke-2."

Selamat Berubah.


Thursday, March 10, 2016

Bermulanya Satu Tarbiah

"Cantik bendera-bendera yang berkibar di lereng bukit itu, nampak megah dan gah", puji Kak Fatimah, seorang guru senior di sekolah tersebut.

"Untung sekolah kita dapat cikgu yang rajin, tambah Kak Mis yang sedari tadi asyik melayan whatsapp.

Dah seminggu sebenarnya bendera itu terpacak di situ. Aku yang pasang sendiri atas alasan malas mengganggu pelajar yag sedang mengambil peperiksaan. Nanti mereka penat. Nanti pelajaran mereka terabai.

Atas keyakinan itulah aku kuatkan diri untuk pasang semua bendera tersebut walaupun kalau ikutkan hati,rasa malas juga sebenarnya. Iyelah sekolah bayar aku pun untuk ajar BM jek.Jumlah gaji tu pun tak sampai gaji minimum yang kerajaan tetapkan.

Tapi kat sini, kerja aku lebih dari tuh. Kalau cikgu dari sekolah lain pasti menyangka yang aku ni paling low pun DG 48. Antara yang kanan dalam sekolah.

Bagus ke tidak nih?

Entahlah.
Dari segi respect yang aku dapat, memang best.
Pelajar hormat, guru pun hormat.

Dari segi bebanan kerja pula, memang banyak lah jugak.haha

Tapi dalam hidup ni orang cakap kita mesti ikhlas,lagi-lagi dalam mendidik anak-anak bangsa yang kehausan ilmu.

Kene ikhlas
Yup harus ikhlas dalam mentarbiah akhlak remaja. Perkataan tarbiah terlalu sukar untuk dihadamkan . Perkataan yang zaman moden ini kedengaran cliche itu membawa mindaku hilang dari suasana sekeliling. Telinga aku juga gagal menangkap sebarang bunyi dari mulut-mulut guru wanita yang berada di hadapanku.
Aku tercampak ke suatu sudut yang cukup asing.
Perlahan-lahan memoriku terbuka satu persatu.
Bibit-bibit itu mula menerjah.

Bagaimana aku boleh terjebak dengan tarbiah?
Bayangan 4 tahun yang lalu mampir bertalu-talu.

Friday, January 1, 2016

Tak cukup perhatian


Minggu-minggu last persekolahan, semua guru sibuk untuk tanda kertas dan key in marks dalam ISIS dan kertas ujian yang ada bahagian esei memang makan masa yang agak lama untuk habiskan. Contoh, BM, sejarah, Bio, Chemistry, dan Physics.

Aku mengajar sejarah dan BM. So faham-faham jelah. Meja memang berselerak. Pagi tu aku tak masuk kelas sebabnya nak habiskan tanda semua kertas. Lagipun budak-budak ni dah pulangkan buku teks, jadi memang tak boleh nak buat revision. Lagipun kalau aku ajar, mungkin mereka dah malas nak ambil pusing. Minggu last kan.

Lepas penat tanda kertas-kertas sesei semua tuh, petang tu aku flat. Tak sempat turun padang pun. Tambah-tambah lagi bilik ada aircond. Memang masyuk lah.

Malam tu aku turun musolla lepas maghrib untuk sesi tazkirah bersama pelajar. Lepas tazkirah, aku keluar dari musolla. OTW keluar, sorang pelajar approach aku. Budak yang aku ajar. Nakal la juga budak nih.
Apalah budak ni nak dari aku. Mesti nak cari masalah ni.

-Cikgu, mengapa cikgu dah lama tak masuk kelas ?
-Eh baru 2 hari saya tak masuk, habiskan tanda kertas awaklah.
-Oh, ingatkan cikgu dah tak nak ajar kiktaorang.
- eh takdelah sampai macam tuh

Dalam hati aku nak je cakap. Memang malas masuk kelas korang pun, sebab korang degil.
Kadang-kadang murid yang nakal nilah yang perlukan perhatian.
Budak-budak, memang perlukan perhatian.

*Untuk kertas sejarah akhir tahun, ada yang dapat A, B, dan C. As conclusion, soalan kali ni memang ikut Taxonomie Bloom lah.




Thursday, September 24, 2015

Last Page Of RPH ; The Untold Chapter



Suatu hari nanti, kalian akan mengerti yang penjenayah hebat bukanlah penjenayah yang badannya sado dan bertatu. Mereka juga bukannya golongan-golongan yang mempunyai senjata api seperti pistol dan machine gun. Bukan.

Memang akan ada  pihak yang mengatakan mereka ini penjenayah. Tapi penjenayah ini cuma hiasan cerita, mati pun tak bernama. Kalau kene tangkap dengan polis, merayu-rayu untuk dilepaskan dan kalau kene sebat dengan rotan penjara, confirm mengalir airmata. Penjenayah bullshit.

Penjenayah yang Monsieur maksudkan kat sini adalah penjenayah yang senjatanya adalah pen dan otak. Berkot dan bertali leher. Segak ke sana ke mari dengan kereta mewah. Pusat operasinya ber- aircond. Dan golongan ini takkan kene sebat sebabnya nak bawak golongan ni ke muka pengadilan sangatlah sukar. Andai dibicarakan sekalipun, selalunya mereka akan menang dengan wang dan akan memanipulasi sistem kehakiman. Inilah penjenayah Rasuah dan Pecah Amanah. Penjenayah yang paling tinggi martabatnya.

Yang sado-sado dan bertatu itulah yang menjadi kuli taiko-taiko hebat ini. Mengapa Monsieur bagitahu awak semua ini?

Sebabnya kebanyakan golongan penjenayah hebat ini lahirnya di SBP !
Sebab tu jugalah Monsieur terapkan banyak kali yang modal insan itu sangat penting.

Tak guna kalau pandai melangit tapi rompak harta orang miskin.
Tak guna pointer tinggi kat Universiti kalau tak mampu nak selami realiti masyarakat.

Sebab tu Monsieur banyak kali pesan,
Bukan filem korea yang yang akan selamatkan kamu dik.
Bukan jugak novel-novel yang bahasanya pincang yang akan jadi panduan hidup kalian.

Peganglah pada dua,
Setialah pada isinya,
Al Quran dan Hadith,
Panduan sepanjang masa.

ILMU, IMAN , dan AMAL,
Perhalusi makna dan konotasinya.



Thursday, September 10, 2015

Atas nama siapa ?

Image result for sbp



Batch awak mesti buktikan
 yang awak lagi hebat berbanding batch yang sebelumnya !

Batch ini adalah batch yang terbaik.

Batch inilah yang paling mencetuskan banyak masalah disiplin.


Antara dialog positif dan negative yang seringkali menghentak gegendang telinga kita tatkala ini.
Budak –budak SBP or MRSM, biasanya akan kuat semangat batchnya. Bertanding siapa yang paling hebat. Siapa yang paling menonjol di sisi guru-guru dan pandangan pentadbir. Nama rumah sukan dan nama sekolah (alma mater) akan datang kemudian. Selepas menunjukkan batch siapa yang paling menonjol, automatik mereka akan menyokong ahli rumah masing-masing dan barulah semangat kesatuan sekolah itu muncul.

Sebagai contoh, di SDAR, setiap SDARIAN akan menyebut nama batchnya terlebih dahulu berbanding benda lain. Beberapa puluh tahun dahulu, mereka menamakan batch mereka dengan tahun SPM. Dan generasi hari ini menamakan batch mereka dengan pelbagai nama-nama yang eksotik dan elegan.

Secara jujurnya, saya melihat bahawa yang semangat sekolah itu perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding semangat rumahsukan dan semangat batch. Sebagai contoh, jika anda seorang pelajar TKC (Tengku Kurshiah College), ahli rumah sukan merah dan batch 0105, maka first priority adalah membawa dan menjaga nama TKC. Asalkan itu pelajar TKC yang mewakili sesuatu pertandingan, maka seluruh warganya akan berbangga dengan pencapaian tersebut.Kemudian barulah datangnya semangat setiakawan rumah sukan dan akhir sekali semangat batch itu sendiri.

Jangan terlalu bangga dengan nama batch.
Sepatutnya kita berbangga dengan nama sekolah
Sebabnya di sekolah itulah kita dibentuk.
Tidak kiralah dia batch mana, asalkan dia dari alma mater yang sama,

Maka kita sebenarnya BERSAUDARA.

Monday, August 17, 2015

Debat Bahasa Melayu-rebranding;penjenamaan semula

Salam bersidang dari meja Kerajaan
Salam membantah dari meja pembangkang 

Sudah lama rasanya aku meninggalkan dunia perdebatan.
Dulu kita berdebat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dan bijak dalam memanipulasi fakta.

Aku tinggalkan dunia ini kerana sedar yang bahas diadakan bukanlah untuk itu.
Tujuan bahas yang sebenar adalah untuk mencari kebenaran

Walaubagaimanapun, baru-baru ni aku train budak bahas sebab Kak Limah, guru debat minta tolong.
Dia bersalin dan tak dapat nak tengok latihan pelajar.

So dengan ilmu yang terbatas, aku just sharing apa yang aku tahu, base on my experience.
Dorang ni ok, cume level of confident tu rendah sangat .
And, dorang kurang membaca menyebabkan kesukaran dalam menghurai maklumat.

Team bahas Bahasa Melayu Menengah Rendah 


Setiap kali habis training, aku akan buat refleksi untuk dorang luah apa yang dorang rasa dan sampaikan apa yang dorang dapat pada hari latihan tersebut.Sesi Curhat (curahan hati) sebenarnya.

Sekali sekala dengar dorang curhat tu, kadangkala rasa sebak pula.
Papepun doakanlah yang terbaik untuk team bahas Bahasa Melayu nih.

Pemain baru dalam debat Bahasa Melayu


Nasihat yang diberikan Lutfi, bekas pembahas tingkatan 5

Team forum yang sama-sama berlatih

Dalam bilik caklempong pun boleh jadi jek latihan 

Guru Bahas Bahasa Melayu 2015




Monday, August 10, 2015

Wind Orchestra 2015 Finale

Siapa sangka after 7 years , masih lagi berpeluang ke sana.

Bezanya kali ini tak semeriah tahun-tahun sebelumnya 

Bermula di Dewan Philharmonic KLCC, kemudian beralih ke PICC dan akhirnya kerana kesuntukan bajet dari SBP dan kementerian, tahun ni buat kat UKM.


Dewan Canselor UKM



Kalau-kalau tahun sebelum ini aku datang sebagai penonton yang memberi support kepada junior-junior MOZAC dan menjadi juri tak berbayar untuk Finale, kali ni aku datang as pengurus fotografer dan urusetia yang menguruskan WO 2015.

Tag dan tentatif majlis 

Kerja kali ni banyak bermain di backstage dan bahagian PA system. Berpeluang la jugak tengok sesi latihan dan warmup dorang. memang mantap.

Skuad petugas majlis Finale WO 2015


Pemandangan dari backstage

Tahun ni semua pasukan menunjukkan prestasi yang mengagumkan. Chapeau to SERATAS and SESMA. Kali ni nampak banyak sangat improvement. SSP kali ni kurang menyengat and melody dia pun tak berapa nak catchy.MCKK dan SDAR still maintain macam biasa.

Keputusan diumumkan

Winner goes to MCKK, second SDAR, and third SERATAS. SESMA hanya layak dapat saguhati dan SSP as expected membawa pulang hadiah saguhati juga.

ALL boys this year !

Dalam perjalanan nak meninggalkan dewan, terserempak Sir Mus yang pernah ajar kami dulu as instructor. 8 tahun yang lalu. Tahun ni dia bawak SESMA. Patutlah seakan ada improvement. heh

Dalam kalut-kalut, sempat jugak sekeping. Sir Mus dah banyak berubah

Congrats kepada semua pasukan yang bertanding,
Semoga dapat meningkatkan lagi mutu persembahan pada tahun akan datang. 


Dari petugas WO 2015

Monday, July 27, 2015

Sedikit kerajinan

Aku still pegang dengan slogan Erti hidup untuk memberi walaupun ayat ni macam dah cliche bagi sesetengah orang. Apa yang kita ada, belum tentu milik kita, Tapi apa yang kita bagi, pasti akan ada ganjarannya.

Projek ni bermula masa aku start praktikum di Smap Labu. Masuk-masuk je untuk lapor diri , terus pengetua tanya apa projek untuk sekolah sebelum tamat praktikum nanti.

Masa tu menggelabah puyuh juga aku nak jawab. Yelah tak pernah pulak urus projek besar-besar kat SBP kan. Last-last aku sebut je mural walaupun aku takde kelebihan pun untuk melukis.

Seminggu sebelum berakhirnya praktikum, aku tukar projek untuk mencantikkan salle de langue (bilik French). Sebab masa tu aku terfikir yang lagi better jika aku mencantikkan bilik french dengan mengecat dan memasang bendera France dengan Jalur Gemilang kat situ.


Sebelum bermulanya projek

Work in progress

In progress. Ada bantuan dari pelajar

Refining in progress

Tangga ni ako mohon dari technician

Final project done. Berpeluh aku drill dinding untuk pasang bracket bendera tu.
Semoga usaha-usaha ni tak disia-siakan oleh pelajar.

Bendera France ni budak-budak perempuan 2 Battani yang jahit