Friday, March 25, 2016

Peluang Kedua Selalu Ada


I believe that everyone in this world deserve a second chance.

Peluang kedua wujud disebabkan peluang pertama tidak berjaya dimanfaatkan. Atau mungkin ada insiden yang berlaku dan menyebabkan peluang pertama itu gagal direalisasikan. Sebagai contoh ;

1)   Peluang kedua dalam percintaan setelah curang pada kesempatan yang pertama.

2)  Peluang kedua untuk repeat exam setelah first attempt dihabiskan dengan poya-poya dan Dota.

3) Peluang kedua untuk memohon maaf setelah mengkhianati seorang rakan yang memberikan kepercayaan.

And the list continues

Pernah dengar peluang kedua dalam kehidupan?

Bilamana kau pernah sia-siakan nyawa dan usia lampau untuk berjimba dan melakukan jahiliah dan terlibat dalam benda lagha. Lagi parah bila kau berbangga dengan setiap kejahilan yang dilakukan.

Bermandi dalam dosa jahiliah.
Masih bolehkah berubah?

Memang boleh asalkan kau nak.

Allah maha pengampun

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ

Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?(QS. At Taubah: 104


1.       First step to move on

Menyesal atas dosa lalu dan berazam untuk berubah.
Starting from this point, cuba tinggalkan sikit-sikit jahiliah yang selalu kau buat.
Dari perkara yang paling besar kepada perkara yang paling kecil.
Dari pergi clubbing sampailah anything yang membuang masa.
Perlahan-lahan.
InsyaAllah boleh.

2.       Bina circle of friends yang baik

Cuba berjinak-jinak dengan masjid. Masjid di kawasan bandar is better sebab kebanyakan dari mereka open minded untuk bergaul dengan pendosa. Libatkan juga diri dalam setiap aktiviti masjid dan kemasyarakatan yang dijalankan. Lama-lama hubungan akan terbina dengan ahli kariah masjid dan sikap-sikap positif dari circle of friends ini akan perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam diri kita.Dalam masa yang sama, cuba perlahan-lahan tinggalkan kelompok jahiliah tadi. Jika rasa diri kau cukup kuat dan sayangkan rakan-rakan yang lain, tarik mereka sekali ke arah yang lebih baik. For sure dalam 10 orang yang kau ajak,akan ada seorang yang terkesan. Contoh yang paling baik adalah diri kita sendiri. Pamerkan akhlak yang menarik dan menegur mereka dengan cara yang paling berhemah.

3.       Hadirkan diri ke majlis ilmu

Ini antara point yang paling penting. Kita dah berubah. Tapi bagaimana untuk sustain dengan perubahan itu dan berkembang untuk jadi lebih baik.
Dengan ilmu, martabat seseorang itu akan dinaikkan. Sebab itulah pendakwah banyak bercerita tentang perbezaan antara Alim dengan Abid. Kita mungkin sudah menjadi Abid (Ahli Ibadah), tapi Islam lebih menekankan untuk penganutnya menjadi alim (orang yang berilmu). Jadi cuba luangkan masa untuk mendengar tazkirah, ceramah, dan majlis-majlis ilmu yang berdekatan dengan lokaliti anda dahulu.

Dekat. Dan dapat save minyak kan (Jangan kedekut sangat k). Bila dah bersedia untuk spend lebih sikit wang dan tenaga, cuba risik-risik ceramah dan konferens yang dihadiri oleh speaker-speaker hebat dan boleh thiqah (percaya) dengan ilmunya. Mungkin kadangkala kita fikir medium youtube adalah yang paling mudah. Tak perlu bergerak ke sana ke sini dan menjimatkan pembelanjaan. Kat sinilah hadirnya mujahadah (kesungguhan) dalam menuntut ilmu. Keberkatan menghadiri majlis-majlis ilmu itu seperti berada di dalam taman-taman syurga. Pasti mengujakan bukan.

Lagi satu, sudah tentu berbeza perasaan kita apabila menyaksikan match bola sepak di hadapan TV berbanding berada di bangku penonton itu sendiri. Hoyeah.

4.       Abaikan kritikan dan buang segala negative vibes

Ini juga antara paling penting di Fasa awal perubahan. Pasti akan ada suara-suara sumbang dan mulut-mulut tiada insurans yang akan berusaha untuk menghalang perubahan yang baik ini. Biasalah, benda baik. Banyak halangannya. Terutamanya dari rakan-rakan rapat kita sendiri yang bengang bila kita dah tak mahu ikut mereka clubbing dan mencipta pelbagai jenis alasan untuk tidak terlibat lagi dalam perkara-perkara lagha (sia-sia). Sampai satu masa, kau akan rasa down dan tak mahu teruskan perubahan.

Jangan. Dan jangan putus asa.

Kalau mereka tak menyokong perubahan itu, cukuplah keluarga dan diri kau sendiri yang menyokong kaebaikan itu. Kalau tiada siapa mahu bersama kau, cukuplah Allah sebagai tempat mengadu.

5.       Lembaran Baru

Mulakan hidup baru.
Lupakan sejarah silam.
Jangan lihat pada permulaan kita.
Tapi lihat pada pengakhiran agar kita terus istiqamah (konsisten) dalam perubahan yang dilakukan.

"Seorang muslim takkan jatuh ke dalam perangkap yang sama untuk kali ke-2."

Selamat Berubah.


Saturday, March 19, 2016

Masih adakah gitar itu? | Edisi Khas |


Orang panggil dia Cikgu Bis. Nama sebenar beliau ialah Bistamam Bin Talib. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka adalah sekolah pertama yang dia posting dan kekal di situ sehinggalah hari persaraannya. Semua ex-mozac pasti mengenali susuk ini.

Mungkin tak banyak perkara yang aku ketahui tentang dirinya. Tapi apa yang aku ingat dia antara susuk yang berjaya menjadi inspirasi untuk aku teruskan karier ini. Karier yang hebat cabarannya, tidak hidup famous dan menjanjikan kekayaan. Sifat paling baik yang boleh dicontohi dari beliau adalah Ikhlas. Beliau bukan seorang guru 25 haribulan yang hanya menantikan gaji dan kerja ala kadar, tapi beliau seorang pendidik yang action speaks louder than words. Dia kata dia buat, dia mahu, dia cuba realisasikan.

Kalau hari ini cikgu-cikgu hebat memandu ke sekolah dengan kereta keluaran BMW, Camry, Alphard, dan Vellfire - even cikgu baru posting pun sudah mampu pakai Honda City dan Almera, Cikgu Bistamam tetap gah memandu van putihnya pada zaman itu. Kelibat van itu, bunyi enjinnya sudah dikenali di segenap inci dan ruang di atas bukit ini. Mungkin dia percaya bahawa kenderaan yang hebat tidak menunjukkan bahawa pedagogi juga turut hebat. Dia tunjukkan bahawa pembelajaran yang hebat hanya dapat dihasilkan dengan bakat dan kesungguhan seorang murabbi (pendidik).

Pada era globalisasi, dia masih menggunakan campuran teknik kontemporari dan teknik klasik dalam bilik darjah. Pelajar yang gagal menjawab soalan dan menyiapkan tugasan akan didenda dengan cara lama; berdiri atas kerusi, berdiri atas meja, berdiri di luar kelas dan sebagainya. Beliau juga tidak akan berganjak dari silibus yang diajar jika masih ada pelajar yang gagal memahami konsep yang cuba diajarkan. Walaupun kelas lain sudah advance 1-2 bab ke hadapan !

Aku ingat sebabnya aku adalah antara pelajar yang lambat nak faham konsep matematik. Bila kami dah faham barulah dia bergerak. Dia juga banyak buat kelas malam untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti PMR (PT3). Tak berkira sangat dengan alasan rumah dia dekat dari sekolah.

Pernah sekali di waktu pagi pada sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, aku lalu belakang kantin dan nampak van putih. Dia baru sampai sekolah. Di terus keluar dari van dan mencapai sesuatu di atas kerusi belakang - sebuah gitar di dalam sarungnya. Aku ucap salam dan terus bertanya.

Mengapa cikgu bawa gitar,
cikgu pandai main gitar ke?

Eh saja je ni, mana lah tahu MC panggil untuk buat persembahan, at least ada backup.

 Malangnya pada hari tersebut MC terlupa nak jemput beliau untuk persembahan dan lagi teruk aku terlupa nak bagitahu MC perihal gitar di dalam van putih itu. Akibatnya sampai sekarang aku rasa bersalah. Sebak sekejap.

Pada pertemuan baru-baru ini di Casa Del Rio, aku sempat bergambar dengan beliau. Banyak amanah yang dititipkan untuk menjadi seorang guru yang baik. Bagaimana mendekati pelajar dan teknik menganggap mereka sebagai anak sendiri. Untuk cikgu-cikgu baru, mungkin ini salah satu anekdot yang dapat memberi inspirasi dalam memilih jalan yang penuh dengan tribulasi dan mehnah ini.
           
Untuk guru-guru berpengalaman  yang kadangkala terasa penat, lelah, dan putus asa - akibat sikap pelajar dan parents yang acapkali gagal membezakan tugas guru dengan baby sitter, mungkin boleh mengambil iktibar bagaimana Cikgu Bis mampu keep the flame sepanjang perkhidmatannya dalam dunia pendidikan.

Bersama-samalah mendoakan susuk ini agar sentiasa sihat dan sentiasa gembira di samping keluarga tercinta. Akhir sekali,


TERIMA KASIH CIKGU BISTAMAM !

Thursday, March 10, 2016

Bermulanya Satu Tarbiah

"Cantik bendera-bendera yang berkibar di lereng bukit itu, nampak megah dan gah", puji Kak Fatimah, seorang guru senior di sekolah tersebut.

"Untung sekolah kita dapat cikgu yang rajin, tambah Kak Mis yang sedari tadi asyik melayan whatsapp.

Dah seminggu sebenarnya bendera itu terpacak di situ. Aku yang pasang sendiri atas alasan malas mengganggu pelajar yag sedang mengambil peperiksaan. Nanti mereka penat. Nanti pelajaran mereka terabai.

Atas keyakinan itulah aku kuatkan diri untuk pasang semua bendera tersebut walaupun kalau ikutkan hati,rasa malas juga sebenarnya. Iyelah sekolah bayar aku pun untuk ajar BM jek.Jumlah gaji tu pun tak sampai gaji minimum yang kerajaan tetapkan.

Tapi kat sini, kerja aku lebih dari tuh. Kalau cikgu dari sekolah lain pasti menyangka yang aku ni paling low pun DG 48. Antara yang kanan dalam sekolah.

Bagus ke tidak nih?

Entahlah.
Dari segi respect yang aku dapat, memang best.
Pelajar hormat, guru pun hormat.

Dari segi bebanan kerja pula, memang banyak lah jugak.haha

Tapi dalam hidup ni orang cakap kita mesti ikhlas,lagi-lagi dalam mendidik anak-anak bangsa yang kehausan ilmu.

Kene ikhlas
Yup harus ikhlas dalam mentarbiah akhlak remaja. Perkataan tarbiah terlalu sukar untuk dihadamkan . Perkataan yang zaman moden ini kedengaran cliche itu membawa mindaku hilang dari suasana sekeliling. Telinga aku juga gagal menangkap sebarang bunyi dari mulut-mulut guru wanita yang berada di hadapanku.
Aku tercampak ke suatu sudut yang cukup asing.
Perlahan-lahan memoriku terbuka satu persatu.
Bibit-bibit itu mula menerjah.

Bagaimana aku boleh terjebak dengan tarbiah?
Bayangan 4 tahun yang lalu mampir bertalu-talu.

Tuesday, March 1, 2016

Cinta Hati Abah; keluar dari cliché

Tamat sudah drama ‘Cinta Hati Abah’yang ditayangkan jam 10 malam setiap Isnin – Rabu.

Agak menarik sebab tak banyak latar tempat yang digunakan dan hanya berkisar di Kawasan Masjid Tanah, Melaka.

Secara overall, pelakon biasa-biasa sahaja. Plot pun biasa-biasa sahaja sebab kadang-kadang cerita tak berapa nak (coherence).

Ex: Sesat di Bandar Masjid Tanah sehingga malam. Bagi orang luar, mungkin logik, tapi bagi warga Masjid Tanah, agak mustahil sebab teksi selalu ada dan warganya agak (friendly) untuk tunjukkan jalan pulang kepada Angah dan Adik.
Adapun begitu, drama ini berbeza dengan drama-drama lain kerana memaparkan realiti hidup masyarakat yang sebenar berbanding dengan drama-drama cliché yang lain.

-Pak Saleh hidup susah, anaknya juga hidup susah.
-Marzuki jadi kaya bukan sebab warisi harta bapanya (kilang keropok lekor), tapi berdikari dengan menjadi pembekal lembu berjaya. Berbeza dengan drama-drama lain yang anak-anak hanya mewarisi harta bapa dan berjaya dan menjadi CEO pada umur 24 tahun.

Di mana realitinya di situ?

Maka lahirlah anak-anak muda yang kuat berangan mahu jadi CEO tanpa mahu berusaha!