Thursday, March 22, 2012

Kerna kita tak pernah bersyukur !


Kita selalu tidak berpuas hati dengan apa yang kita miliki.Bahkan kadangkala kita menyalahkan tuhan kerana tidak memberi kita nikmat yang kita hajati.Aku cerita pengalaman aku pesal bab bersyukur ni....

Dulu,aku ada sorang rakan di Matrikulasi Melaka. Berbadan tegap,tinggi dan boleh diklasifikasikan sebagai hensem,pintar dan bergaya.Kalau dia lalu mesti gegirlz akan pandang dua tiga kali sebab mamat ni memang hensem dan osem.Ramai jugaklah awek yang terpikat dengan dia nie.Ramai jugaklah awek yang dia dapat dan dia rembat.Awek matrik aku dulu pun dia rembat gak (hampeh !).

Kekadang tue aku pikir mengapalah aku tak osem dan hensem mcm dia.Tapi aku tak kesah sangat masa tue sebab aku punyai ramai kawan kalau nak dibandingkan dengan mamat nih.Aku memang rapat lah dengan mamat ni sebab mse kelas biologi ngan kimia kiteorng slalu buat praktikal bersama.Dia slalu ajar aku kimia dan aku slalu ajar dia bio.Ada suatu hari tue dia puji aku sebab aku pandai tulis sajak dan artikel majalah serta pandai bermain musik (aku tak anggap tue sebagai kelebihan pun).Then aku puji dia balik,aku cakap dia hensem dan pandai main gitar.Dengan kelebihan tue,dia bley usya ramai perempuan termasuklah bekas awek aku dulu.Dia tergelak besar dan menumbuk bahuku. Namun riak wajahnye semacam tidak senang dengan pujian itu.

Suatu petang tue aku ngan dia joging kat padang.Masa tue hari Sabtu.Lepas penat.kiteorang lepak kat kafe blok C.Masa tuelah dia cerita masalah yang dihadapinya selama ini.Rupa-rupanya di sebalik wajahnya yang hensem,dia menghidapi penyakit buah pinggang yang serius.Tambah menakutkan,dia juga mengalami kegagalan fungsi hati selain beberapa penyakit lain. Petang tue barulah aku tahu beruntungnya aku kerna dikurniakan kesihatan yang baik,Alhamdulillah,walaupun aku tak hensem, sehingga kini aku tidak pernah menghidapi penyakit yang serius (insyaallah).Masa tue jugak aku sedar yang selama ini,aku tak pernah bersyukur dengan apa yang aku ada...Astaghfirullah,memang khilafku.Mulai hari itu,aku tak kisah walaupun aku tak sekacak dia  kerna aku yakin bahawa aku ada kelebihan lain yang tak dimiliki oleh sesiapa...

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA,INSYAALLAH ALLAH AKAN MENAMBAH NIKMAT TERSEBUT.


Friday, March 16, 2012

Sayonara Jahiliyah



Garuda puaka mencicip tinggi,
bersamanya kalung maksiat.
Darah,danur, dan dosa kelmarin
tersebar baunya diterkam puing-puing angin.
Deruman marga terus menongkah arus.

Terbangnya kian rendah meneliti mangsa,
di kakinya ada genta sumpahan iblis sang pendosa.
Pelukis seni rompak,rasuah,pecah amanah,dan zina.
Karya malapetaka untuk masyarakat berhati buta,
tandus ,dan legap.

Di atas bukit berdiri seorang wira
bersiaga,busar dan anak panah di sisinya,
memicing pandangan melangkaui belantara,
sayap angkuh cuba dibidiknya.
Dalam waspada terlafaz kalam agung,
panahan cahaya merentasi benua dan samudera .

Raungan lidah zalim kedengaran kuat,
gegak gempita menggegar jagat raya.
Paruh taghut tersembam ke bumi.
Menyembah tuhannya,pasrah !



Wednesday, March 7, 2012

Etika dalam penulisan!


Tentera Syria letupkan jambatan pemberontak

07/03/2012 2:30am

DAMSYIK 7 Mac - Tentera Syria semalam bertindak membedil kubu kuat penentang dan meletupkan sebuah jambatan yang biasa digunakan oleh pemberontak untuk melarikan diri ke Lebanon, menurut kumpulan pemantau.
Tindakan itu susulan pengumuman Presiden Bashar al-Assad, yang berikrar untuk menentang keganasan sehingga ke akar umbi.
“Rakyat Syria sekali lagi membuktikan kapasiti mereka untuk mempertahankan negara dan membina Syria baru melalui ketetapan untuk meneruskan reformasi bersama menentang keganasan yang didalangi pihak asing,” katanya kepada sebuah agensi berita.
Dalam serangan yang berlaku di bandar herak, wilayah selatan Daraa itu, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh semalam termasuk seorang kanak-kanak perempuan, menurut kumpulan pemantau. - AFP 

Klik sini untuk link asal

HAHAHA
 Nampak bodoh sangat bilamana golongan manusia yang ingin menegakkan kebenaran digelar PEMBERONTAK.
Perjuangan untuk mengembalikan maruah agama dan negara dipanggil KEGANASAN...

Pelapor Zionisme memang tak pernah sedar akan kesalahan asalkan perutnya buncit dibanjiri makanan!