Friday, July 27, 2012

Dialog Ramadhan dan pembunuhan




Suatu pagi, seorang ayah melihat anaknya yang berumur 14 tahun kelihatan sugul termenung di tangga.

Ayah: "Selamat pagi..."

Anak: "Ya, selamat pagi ayah. Sekarang pukul berapa?"

Ayah: "11.30 pagi."

Anak: "Ayah ibu baru bangun, ya?" 

Ayah: "Hari minggu kan. Biasalah. Syok tidur lepas Subuh. Hehe."

Anak: "Ibu dah habis tengok drama Korea malam tadi?"

Ayah: "Ayah rasa dia dah habis tengok malam tadi. Pukul 2.30 pagi dia tdo malam tadi. Ayah balik pukul 2 pagi tadi dari kedai kopi makan colek buah dengan member, ibu duk menonton lagi. Ayah terus tidur tak tunggu dia dah. Bangun-bangun dah sahur."

----
Anak: "Oh..."

Ayah: "Duk menung jauh nampak. Fikir awek kat sekolah ek? Hee"

Anak: "Emm..ayah tau tak Burma tu kat mana?"

Ayah: "Err..er.."

Anak: "Dulu namanya Burma. Sekarang namanya Myanmar. Negara tu terletak sebelah dengan Bangladesh. Dulu kerajaannya dipimpin kerajaan tentera sampai 2011. Sekarang baru kerajaan demokrasi. Dah ada presiden namanya Thein Sein."

Ayah: "Err..kenapa dengan Burma ni?

Anak: "Saya baca dekat internet, kat sana ada 800 ribu penduduk Rohingya yang mana mereka ni tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka. Ramainya antara mereka orang Islam macam kita. Masyarakat majmuk juga macam negara kita. Kat wilayah yang ada penduduk Rohingya tu ada puak Buddha yang besar orang panggil Buddha Rakhine."

Ayah: "Ok. Ayah tak faham. So?"

Anak: "Kat sana telah berlaku rusuhan antara agama. Buddha lawan Islam. Islam telah lama didiskriminasi di sana. Tapi kali ini telah sampai ke kemuncaknya. Tahun ni hingga ke bulan Ramadhan ni, berpuluh-puluh ribu umat Islam dibunuh oleh fanatik Buddha. Masjid-masjid dibakar bersama jemaah di dalamnya, yang membantu baiki masjid dipenjara, wanita-wanita dirogol sampai mati, mayat-mayat umat Islam dihumban ke sungai ke laut tanpa boleh dikebumikan, dibiarkan dimakan anjing-anjing dengan mayat2 dibogelkan tidak berpakaian. Moga Allah melaknat kezaliman melampau yang sedang berlaku. Allah..Allah.."

Ayah: "Owh. Jadi kamu risaukan mereka?"

Anak: "Ya. Tapi saya lagi risaukan kita umat Islam seluruhnya."

Ayah: "Eh, nak risau apa. Jauh lagi tu. Kita duk dalam Malaysia ni aman la. Tiap-tiap tahun boleh sambut malam countdown Tahun Baru dengan meriah. Siap bunga api, konsert dan tarian. Rilek.."

Anak: "Itulah yang saya bimbangkan. Jika semua umat Islam sama seperti kehidupan kita; masih seronok menonton drama/filem kesukaan, masih bersembang sakan dengan rakan-rakan sampai lewat malam di kedai kopi, kedai mamak..tidur lewat, bangun lewat... maka di manakah perubahan?"

Ayah: "Alah..sekali-sekala je hari minggu pe.."

Anak: "Ya, saya lihat pada diri saya sendiri je. Balik sekolah, balik tuisyen malam dah penat. Tidur lewat. Bangun dh subuh. Tahajjud terlepas. Kemudian berulang lagi rutin setiap hari begitulah. Ibu ayah kerja pun begitulah. Balik keje dh penat. Esok ulang lagi keje."

Ayah: "Erm..."

Anak : "Sejujurnya kita tidak betul-betul doa untuk umat Islam yang menderita di seluruh dunia. Masa yang terluang, diisi dengan laman sosial, tenet, outing dgn kawan, buat benda yang kita suka dan sebagainya. 

Jadi, bila kurangnya doa, seluruh umat Islam tidak bersatu hati berdoa, tidak sudi berdoa, agak-agak Allah sudi tak memberikan pertolongan dengan usaha kita yang tak seberapa? Sedangkan makin kita taqarrub(dekat diri) pada Allah, Allah makin dekat pada kita mengabulkan doa-doa kita, kan?"

Ayah: "..."

Anak: "Dahlah. Saya pun tak tahu nak buat macam mana. Saya tak boleh pergi berperang, saya tak boleh berdemonstrasi, apa yang saya mampu buat hanya berdoa dan berikan derma pada mereka. Maaf ayah..saya pergi buat keje sekolah dulu."

Ayah terdiam memikirkan kata-kata anaknya.

--
Story by: Syabab Musafir Kasih

Sunday, July 8, 2012

Kebetulan tak pernah wujud




Mengapa asyik-asyik aku je yang kena?
Semua orang dah takder ke dalam dunia ni
Haisyhh,mentang-mentanglah aku diam jek,senang-senang jek dorang nganjing aku


(anonymous 2012)

Terbaca status ni di twitter dan tatkala ni jugak aku terkenang kembali yang aku dulu pun pernah merungut seakan-akan begini lantaran terpaksa menguruskan fail-fail, cukai, borang kemasukan universiti,dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan kelas aku lantaran tanggungjawab sebagai ketua kelas semasa cuti summer,ketika rakan-rakan yang lain bergembira bersama keluarga.

Teringat juga  aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga kucing, yang mengundang masalah ketika aku mahu menghabiskan baki cuti summer di Barcelona. Nasib baik lah ada rakan kelas aku yang faham dan tolong jagakan ketika ketiadaan aku.Perbezaannya aku tidaklah terlalu noob sampai nak post kan ketidakpuasan hati dan biarkan semua orang tahu tentang perkara2 sensitif sebegini.

Namun semuanya berubah dan perasaan redha merangkak masuk ke dalam hati step by step setelah mendapat isi kupasan al-muntalaq 1-5,makna di sebalik konsep itsar dan tarbiyyah yang berkesan dari seorang bro yang terlalu sempoi pengucapan awamnya.Bulatan gembira ini mengajar aku hikmah kejadian yang berlaku dalam hidup kita dan balasan bagi yang menerima dengan hati yang redha.
Itsar secara kasarnya menjelaskan sifat yang sanggup mengorbankan diri sendiri demi kesenangan orang lain dan termasuk dalam salah satu sifat mahmudah yang membantu kepada keampuhan Kerajaan Islam zaman dahulukala.Untuk keterangan lanjut tentang cerita Itsar dan konsep yang menyeluruh, boleh lawat Blog Bintang Siarah.

Kadang-kadang kita terasa Allah telah membebankan kita dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang mengganggu aturan hidup kita,namun kita terlupa bahawa Allah bukan mahu menguji kita kerana sifat Allah itu maha mengetahui,tapi dia ingin menunjukkan kepada dunia tentang keupayaan dan kapasiti kita dalam menghadapi sutuasi sukar dan menaikkan nilai diri kita di mata manusia.