Thursday, August 18, 2016

Bonjour bonjour


Akhirnya selepas hampir setahun menunggu penempatan, alhamdulillah Allah kabulkan cita-cita untuk menjadi seorang pendidik.

First time terima surat dari JPN Perak, agak terkejut bila ditempatkan di kawasan PPD Perak Tengah.
Ada ke sekolah kluster atau SBP area ni?

French biasanya diajar di sekolah SBP dan juga kluster kecemerlangan.
Sebagai nilai tambah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang telah lama hebat.

Surat dibuka dan aku ditempatkan di sebuah sekolah yang terletak jauh di kawasan Parit, Perak.
Lebih kurang 16 km dari Bandar Seri Iskandar. 
SMK Iskandar Syah dengan band 4.
Dalam hati mampukah pelajar ini menguasai French bilamana English dan Bahasa Melayu mereka masih terumbang ambing? Entah mengapa aku jadi sedikit pesimis.

Mungkin selepas 6 bulan, aku boleh buat Action Research bahawa adakah penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan mempengaruhi penguasaan pelajar dalam Bahasa Perancis.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dalam mendidik anak bangsa.

Ingatlah, kita ditempatkan di mana kita diperlukan.