Wednesday, April 29, 2015

Monsieur dan rugby




Last Monsieur main rugby adalah pada tahun 2013, masa tu Monsieur balik sekejap cuti summer kat Malaysia. Ada friendly antara Mozac senior (alumni) dengan Mozac junior.

Masa 2007 dan 2008. Monsieur pernah main untuk MSSN Melaka dan final biasanya kitaorang jumpa dengan KYS.Kalau setakat scrum, rucking, tackle and dropkick memang Monsieur ingat. Rules semua still in my heart.

Tapi sekarang ni dah tahun 2015, dah lebih 5 tahun Monsieur tak praktis. Stamina pun dah merosot. Lari 5 round padang dah pancit. Semalam kene 7 round memang mencungap jugak. Tapi sebab nak kasi korang semangat, Monsieur bantai jek.

Ni jersi Monsieur kat skolah dulu.
Position prop and lock.

Kat Universiti dulu main juga, tapi dah kurang aktif.

Nanti dah habis sekolah, jangan lupa datang balik untuk train junior-junior rugby korang.
Sekolah-sekolah yang hebat ni sebab alumni dia hebat dan komited untuk sekolah.

Alumni korang came plak?
Sendiri mau jawablah 

Thursday, April 9, 2015

Poyo bukan budaya SBP





Abaikan jika suatu hari nanti jika kalian berjumpa dengan pelajar-pelajar yang gilakan jawatan tapi tak pandai buat kerja. Abaikan juga pelajar yang beriya-iya nak wakili sekolah untuk sesuatu event tapi effort takde langsung nak menangkan sekolah dan hanya nak dapat sijil dan berjalan-jalan keluar sekolah, ataupun hanya nak usya budak laki atau awek-awek sekolah lain.

Ataupun rakan –rakan kalian yang poyo nak masuk nasyid kononnya nak jadikan medan berdakwah. Hakikatnye pentas itu cumalah menjadi pentas riya’ dan tabarruj. Nauzubillah.

Monsieur dah terlalu biasa dengan perangai-perangai bajet bagus ni. Kat Sekolah Menengah, Monsieur dah jumpe pelajar yang gilakan kuasa dan jawatan tapi output takda langsung. Monsieur juga dah jumpa kat Universiti/ IPG geng-geng yang bajet bagus dalam semua hal dan merendah-rendahlan orang lain terutamanya dalam bab kepimpinan dan ilmu, sedangkan geng-geng ni hanya  dapat menganjurkan majlis-majlis yang bersifat dalaman dan lokal. Bukanpun yang bersifat Antarabangsa seperti Monsieur dan geng2 kami yang pernah anjurkan di Perancis yang melibatkan peruntukan dan tetamu berskala besar. Tentang ilmu pula, ada jugak yang suka memandai-mandai (keyboard warrior) walaupun martabat ilmu tak sehebat manapun.


Mereka-mereka ini datang dalam hidup kita untuk menjadi panduan dan kadangkala jadi pengajaran. Nasihat monsieur kepada kalian semua ; Ikutlah resmi padi, semakin berisi , semakin menunduk ke bumi, bukannya resmi lalang dan tin kosong yang berdentang-dentung mencari perhatian. 

Harap kalian semua bukan begitu ;)

Wednesday, April 1, 2015

Peneguhan positif untuk semua




Hadiah ini untuk kamu-kamu yang berjaya dapat markah tertinggi dalam kelas Monsieur. Hadiah ni tak seberapa pun,tapi as compliments untuk korang yang dah bersusah payah untuk score dalam subjek French

Kalau hafal ayat tu pun Monsieur kira effort jugak dan frankly speaking bukan semua orang boleh buat. « Tupperware » tu kalau nak guna esok boleh. Kalau nak simpan tunjuk kat parents pun boleh supaya dorang boleh bangga dengan korang yang belajar dekat SBP ni. Zaman sekarang bukan senang nak masuk SBP dik, ade yang form 4 baru dapat masuk, ada yang tak dapat masuk langsung.

Zaman Monsieur dulu susah nak dapat hadiah-hadiah ni. Biasanya Mme. Khoo Giok Peng akan kasi coklat. Pernah sekali Monsieur dapat novel Jules Verne « Le tour de monde en 80 jours » version mini dan sampai sekarang buku ni still ada kat rumah Monsieur.

Benda yang kita susah nak dapat , kita akan lebih sayang.
Papepun bonne continuation.