Monday, August 17, 2015

Debat Bahasa Melayu-rebranding;penjenamaan semula

Salam bersidang dari meja Kerajaan
Salam membantah dari meja pembangkang 

Sudah lama rasanya aku meninggalkan dunia perdebatan.
Dulu kita berdebat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dan bijak dalam memanipulasi fakta.

Aku tinggalkan dunia ini kerana sedar yang bahas diadakan bukanlah untuk itu.
Tujuan bahas yang sebenar adalah untuk mencari kebenaran

Walaubagaimanapun, baru-baru ni aku train budak bahas sebab Kak Limah, guru debat minta tolong.
Dia bersalin dan tak dapat nak tengok latihan pelajar.

So dengan ilmu yang terbatas, aku just sharing apa yang aku tahu, base on my experience.
Dorang ni ok, cume level of confident tu rendah sangat .
And, dorang kurang membaca menyebabkan kesukaran dalam menghurai maklumat.

Team bahas Bahasa Melayu Menengah Rendah 


Setiap kali habis training, aku akan buat refleksi untuk dorang luah apa yang dorang rasa dan sampaikan apa yang dorang dapat pada hari latihan tersebut.Sesi Curhat (curahan hati) sebenarnya.

Sekali sekala dengar dorang curhat tu, kadangkala rasa sebak pula.
Papepun doakanlah yang terbaik untuk team bahas Bahasa Melayu nih.

Pemain baru dalam debat Bahasa Melayu


Nasihat yang diberikan Lutfi, bekas pembahas tingkatan 5

Team forum yang sama-sama berlatih

Dalam bilik caklempong pun boleh jadi jek latihan 

Guru Bahas Bahasa Melayu 2015




Monday, August 10, 2015

Wind Orchestra 2015 Finale

Siapa sangka after 7 years , masih lagi berpeluang ke sana.

Bezanya kali ini tak semeriah tahun-tahun sebelumnya 

Bermula di Dewan Philharmonic KLCC, kemudian beralih ke PICC dan akhirnya kerana kesuntukan bajet dari SBP dan kementerian, tahun ni buat kat UKM.


Dewan Canselor UKM



Kalau-kalau tahun sebelum ini aku datang sebagai penonton yang memberi support kepada junior-junior MOZAC dan menjadi juri tak berbayar untuk Finale, kali ni aku datang as pengurus fotografer dan urusetia yang menguruskan WO 2015.

Tag dan tentatif majlis 

Kerja kali ni banyak bermain di backstage dan bahagian PA system. Berpeluang la jugak tengok sesi latihan dan warmup dorang. memang mantap.

Skuad petugas majlis Finale WO 2015


Pemandangan dari backstage

Tahun ni semua pasukan menunjukkan prestasi yang mengagumkan. Chapeau to SERATAS and SESMA. Kali ni nampak banyak sangat improvement. SSP kali ni kurang menyengat and melody dia pun tak berapa nak catchy.MCKK dan SDAR still maintain macam biasa.

Keputusan diumumkan

Winner goes to MCKK, second SDAR, and third SERATAS. SESMA hanya layak dapat saguhati dan SSP as expected membawa pulang hadiah saguhati juga.

ALL boys this year !

Dalam perjalanan nak meninggalkan dewan, terserempak Sir Mus yang pernah ajar kami dulu as instructor. 8 tahun yang lalu. Tahun ni dia bawak SESMA. Patutlah seakan ada improvement. heh

Dalam kalut-kalut, sempat jugak sekeping. Sir Mus dah banyak berubah

Congrats kepada semua pasukan yang bertanding,
Semoga dapat meningkatkan lagi mutu persembahan pada tahun akan datang. 


Dari petugas WO 2015