Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

Nasihat di dalam surau


Di dalam surau di suatu ketika, berpesan seorang ustaz kepada jemaah yang mendengar tazkirah yang diberi olehnya. Antara yang terdengar adalah :

Hidup mukmin ini sering dimusnahkan oleh 2 perkara, dan perkara ni telah menjadi darah daging kita.
Cuba betulkan dan kita akan nampak perbezaannya.

Angan-Angan
dan
Sifat bakhil

Sedangkan ajal itu lebih dekat dengan kita. Kita berangan-angan seolah-olah akan hidup lebih lama, dan dalam masa yang sama kita bakhil untuk mengumpul harta.

Berani untuk hadapi realiti, berani untuk berubah.


RIP Sukun (2015-2016)

Monday, November 21, 2016

Tiada tajuk khas


Lain padang, lain belalang,
Lain orang lain ragam.

Apa yang paling penting ?
Kerjasama.

Mengarut...

Paling penting, kau tak kacau orang dan dalam masa yang sama kau cuba expect orang takkan kacau kau.
Hidup ni indah sebenarnya tatkala kau tahu mana satu nak ambil perhatian dan mana satu yang kau just kena letgo.

Bayangkan kau dalam sebuah perjalanan yang sangat panjang dan banyak betul anjing di sepanjang jalanan itu. Kalau setiap anjing yang datang kau nak lemparkan batu, bila masanya kau nak sampai ke destinasi ?

Mesti takkan sampai , if sampai pun akan delay sangat-sangat.

Cuma, kalau anjing tu kacau kau gila-gila dan dah melampaui batas, kau henjut jelah pakai batu besar kasi mampus.
Mana boleh diam je. Even besi pun kalau selalu kena panas yang melampau akan lebur. Inikan pula hati manusia yang super lembut.

Gittew.

Tuesday, November 8, 2016

Teringat

Beberapa bulan selepas posting. 
Gaji pun udah masuk dan masyuk. haha

Suasana dan pengalaman mempercepatkan proses penyesuaian.
Tapi biasa lah, lain padang, lain belalang, lain orang, lain ragam.

Di sekolah kampung ni, walaupun bukan sekolah agama, tapi undang-undang dan suasana hampir tiada bezanya. Untuk part ni, aku bersyukur.

Cuma, terkadang itu, rindu juga pada sekolah - sekolah di mana aku pernah berkhidmat.

Mana boleh lupa kuarters dan rumah warden di Smap Labu yang aku tidur di dalamnya.
Pada subuhnya bangun mengejutkan pelajar dan berjemaah bersama-sama.
Berjiran pula dengan seorang Ustaz yang pernah jadi johan Qari Antarabangsa 2011.
Susah nak lupa.

Tak mungkin juga lupa rumah warden Mozac yang aku tidur dan tonton Memori Cinta Suraya hampir setiap petang, beriadah dan memaki budak-budak ni kaw-kaw kerna kadang aku lupa aku ni siapa?
Guru atau senior.

Dan mustahil juga nak lupa rumah warden yang aku duduk bersama-sama Jep dan Nazrul. Tiga orang bujang terlajak laris di Sains Selangor.
Selesai berjemaah, kami akan round asrama dan selepas tu HEM (cg Zul) akan belanja kuew teow Sani. Berjoging dan mencari pokemon go di Tasik Permaisuri nan menghimpun ribuan gayboy.

Di tempat baru banyak cikgu-cikgu veteran yang berfikiran juga cara veteran.
Dan, cikgu bujang cuma ada aku ( ada seorang lagi, umur dah hampir 50)
Setiap hari mengingatkan aku tentang pentingnya membina keluarga dan meneruskan sunnahnya.
Bukannya aku tak faham tanggungjawab dan tuntutan, tapi kita kena terima kita ni tak sama.

Komitmen aku agak besar,
Rumah sewa, minyak, bil air dan elektrik, internet, topup, makan, beri lgi pda parents.
dan masih ada sikit yang berbaki.
Cukup untuk membuat pelaburan untuk pembelian rumah pertama.
Kumpul sikit-sikit.

Anak muda sekarang hidup dalam keadaan yang tersepit
ekonomi meleset,
ditambah pula dengan sikap kerajaan yang suka menggigit.
minyak petrol naik, minyak masak naik, gas naik,
confirm la perbelanjaan katering juga akan naik.
Keadaan tak semudah yang disangkakan.

Aku memang faham ada benarnya cakap mereka.
Namun, dari sisi lain, ada juga silapnya.
Dan teringat indahnya ketika zaman menjadi students dulu
Carefree life with empty mind.

Wednesday, July 27, 2016

Memang Selalu Begitu Saudaraku


Setiap perjuangan selalu melahirkan, sejumlah pengkhianat dan para penjilat.
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita,
pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang.
Jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang,
selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian,
dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan ini diberkati.

Amin.








Friday, July 22, 2016

Sebelum Terlambat


Adalah normal dalam hidup bila kau ada perasaan inginkan apa yang orang lain ada.

                Kehidupan mewah, kereta besar, isteri cantik, asset riban-riban dan semua yang indah-indah. Untuk capai semua tu, ko korbankan banyak benda dan bekerja bagai nak gila. Jadi hamba duit. Dalam mencapai objektif tu, banyak juga kau terlepas benda menarik di sekeliling kau.

                Bila harta dah menimbun dan ketika itu umur kau sudah mencapai penghujung, kau tersedar yang sepatutnya kau menikmati waktu-waktu bahagia itu lebih awal. Ingin bersosial dengan rakan-rakan, bersukan dan melakukan aktiviti sihat ; hiking, travelling, and so on.

                At the moment, dari segi financial kau memang mantap. Tapi tenaga dan kudrat dah tak membenarkan. Masa tu juga kau belum menunaikan umrah ataupun haji walaupun dah tahap mampu giler. Anak-anak pula dah membesar dan menguruskan hal-hal penting di tempat kerja. Sama ketika kau masih muda.

                Kau rasa sesak nafas. Penyakit kau memang semakin hari semakin serius. Terfikir sejenak bila kau tiada di dunia ini, siapakah yang betul-betul akan mengingati kau.
                Harta yang banyak itupun nanti akan diwarisi. Di kerusi mala situ, kau menanggung sakit sendiri. Pendengaran semakin lama, semakin hilang.

Ini semua dunia. Dunia.
Kematian itu ditemani perabot-perabot dan ruang sunyi.

Enjoy your life to the fullest before everything is too late.


Sunday, July 17, 2016

Hai Orang Muda


Orang muda (baru bekerja) kena faham satu benda.
Mentaliti menilai financial status seseorang berdasarkan kereta yang dipandu adalah mentaliti bobrok lagi merosakkan.

Dan disebabkan pemikiran seperti ini, ramai orang muda yang kurang akalnya menjadi mangsa. Terpaksa menanggung hutang yang dicipta oleh sistem kapitalis yang reput.

Seronok dalam derita, bahagia dalam terpaksa.

Pelaburan yang terbaik ketika ini adalah pelaburan emas dan hartanah. Hartanah ni main puluh ribu, so kena ada juga modal nak starting. Boleh juga buat loan, tapi dah rugi sikit untuk bayar interest.

Untuk emas, boleh start sekarang sebab modal tak banyak dan boleh jual anytime bila memerlukan duit (kecairan tunai yang pantas)

Kalau nak hidup bahagia di kemudian hari, kenalah beringat sedikit.

Kekayaan kan hak milik setiap insan.

Thursday, July 14, 2016

Kaca mata hitam ketika mendung ; kitakah ?


Orang pakai shades waktu cahaya mentari mencucuk mata untuk melindungi mata,bukan ketika mendung yang gelap gelita.

Masalahnya kebelakangan ni, kita yang suka pakai shades walaupun keadaan tak memerlukan. So that, kita akan nampak semua subjek di hadapan kita gelap dan hitam – disebabkan perspektif di sebalik shades.

Lagi bahaya apabila kita melihat certain manusia dan rakan² kita melaui kaca mata perspektif ini. Biarpun kulit dorang putih tahap putih susu, brilliant dan memancar, kita tetap akan nampak wajah dorang gelap,malap, dan legap. As consequence, perkara dan cadangan baik yang keluar dari rakan kita akan sentiasa dianggap membawa konotasi negative dan menjatuhkan.

Nasihat jadi sindiran
Putih jadi hitam
Kasih saying jadi benci
Besar hati jadi makan hati

Bukannya susah nak tanggalkan shades itu ketika bercakap dengan member² kita.Kita jek yang suka pakai shades sebab nampak macam cool. Dengan manusia lain,kita mampu tanggalkan shades dan pakai spec biasa,tapi bila berhadapan dengan certain member,kita akan kenakan balik shades itu tanpa teragak-agak.Dan semestinya perspektif di sebalik shades mempengaruhi logik kognitif kita ke atas sesuatu benda.

Lagi bahaya kalau kita tak mampu berpisah dengan shades ketika menjalankan kerja dakwah dan tarbiyyah
…Mengeluh sambil reguk green tea brand Arizona…

Nasihat saya, tanggalkan sahaja shades branded yang nampak cool itu dan gantikan dengan spec biasa.

Dan kita akan nampak rakan kita seperti biasa.
Kalau dia cokelat,cokelatlah,
Kalau dia putih,putihlah
Kalau dia hitam,hitam jugaklah kan,hahaha

Tak perlu hitamkan yang putih dengan shades. Simpan shades anda  kerana anda akan memerlukannya ketika soltis musim panas.
Mata dan kening anda terlalu cantik untuk dicover dengan shades yang berat itu.


Wednesday, July 13, 2016

Sekilas tentang Insurans


Dalam tempoh tak sampai sebulan, banyak benda yang aku blaja.
Kalau dulu aku bangga sebab ada Medical Card ( dapat sebab ambil insurans). Masuk Hospital confirm layanan baik dan boleh claim.
Bila jumpa guru-guru kat sini, dorang terangkan yang sebenarnya manfaat yang ada dalam setiap insurans itu adalah too good to be true. Agen tak habis explain. Bukan semua kes yang insurans boleh cover.

As a government servant, awak ada privilege bila masuk Hospital Kerajaan. Kos perubatan semua ditanggung free. First class lagi.
Rasa sakit dan procedure rawatan sama je untuk setiap Hospital. Yang berbeza, mungkin layanan.
Jadi untuk itu, daftar satu insurans dah cukup. Dan insurans yang mesra dengan pekerja kerajaan adalah Quepacs. Bayaran bulanan pun tak lah mahal sangat. Baki duit lebih boleh simpan buat pelaburan dan bisnes. ROI akan lagi tinggi.

Adik-adik yang akan jadi government servant nanti, bijak-bijaklah memilih insurans yup. Semoga Allah permudahkan.

Wednesday, June 22, 2016

Sindrom Forever Alone


Lepas praktikum selama 3 bulan, pengetua minta aku gantikan seorang guru Bahasa Melayu yang bersalin. Sebab yang biasanya bersalin adalah guru Bahasa melayu, Sejarah, dan agama Islam. Subjek lain kurang rezeki. (anak adalah rezeki, sepatutnya bersyukurlah dikurniakan anak yang ramai).

Masa tu bulan puasa, dan menjadi budaya SBP ni, warden mesti ada ketika pelajar berbuka.
Aku tinggal di asrama, jadi dikira sebagai warden juga.
Maka beramai-ramailah berbuka di Dewan Makan.

Tahun ni, alhamdulillah rezeki lagi bila dapat jadi guru ganti di SMSS.
Menetap di asrama dan dikira juga seperti warden.
Maka sekali lagi beramai-ramailah ke Dewan Makan untuk berbuka.

Lepas Tarawih tadi terus buka FB, penuh timeline member-member yang dah kahwin duk tayang makanan yang bini dia masak walaupun just sayur goreng dengan Ikan goreng jek. Best sebab dapat makan berdua.

Bila lah pula aku nak merasa bini masakkan ni.

Mungkin tahun depan aku pulak yang duk tayang gambaq makan dengan zaujah.
Bersederhana, cukuplah.

Saturday, June 4, 2016

Kopi Di Celah Lorong


Tabiat minum kopi yang salah.

Kajian kata kopi baik untuk kesihatan. Kopi ni bukannya bermula dari Eropah, malahan sejak zaman nabi lagi. Orang Islam minum kopi untuk kekal segar pada malam harinya untuk beribadah. Ekstrak dari biji organik itu mampu memberi kesegaran pada badan dan aromanya merangsang deria dan mata agar lebih terbuka.

Tapi bila orang kita semakin gemarkan kopi, semakin tinggi pula risikonya untuk dipotong kaki. Diabetes.

Maka timbul fitnah terhadap kopi. Orang tuduh kopilah puncanya kencing manis.
Sebenarnya amalan kita yang salah. Gula dicampur bersudu-sudu ke dalam cawan. Memang mendapatlah. Kerana nature kopi yang pahit, kita tak terasa sangat manisnya gula padahal kandungan gula yang kita letak sebentar tadi sudah over the limit.
Dan lagi satu amalan yang salah tentang kopi adalah kita minum kopi untuk hilangkan haus.Sorry, kalau nak hilangkan haus, sila minum air mineral atau air buah. Kopi bukan untuk hilangkan haus.

SEMUA KOPI ADALAH SAMA?

Teringat kenangan masa zaman belajar di Eropah dulu. Sebenarnya sebelum ni pun aku tak tahu sangat tentang kopi ni. Yang aku tahu kopi cap tupai. Kalau yang mahal sikit, Starbuck lah. Bila dah tahu ni, memang dah tak beli dah Starbuck. Bukan hanya kerana boikot, tapi sebab harga starbuck agak overprice - secawan starbuck sama harga dengan kambing bakar-. Dan dia bagi fake representation terhadap nature kopi itu sendiri ; untuk ini boleh rujuk google.

KOPI YANG DIBREW

  Apa maksud brew? Brew adalah teknik mengekstrak kandungan kopi menggunakan air panas. Senang cakap kita tuang air panas atas serbuk kopi dan tunggu beberapa ketika,  itupun sudah boleh dipanggil proses brew. Tapi bagaimana cara untuk mendapatkan rasa kopi yang sebenar? 

Dapatkan biji kopi.Boleh didapati di Supermarket ataupun biji kopi kampung (lagi kaw rasa dia dan lebih organik)
Grind / kisar biji kopi tersebut sehingga hancur dan menjadi separa serbuk.
Gunakan French Coffee Press, boleh dapatkan di supermarket atau kalau nak murah, boleh beli kat DIY.
Tuang serbuk kopi dalam French Coffee press dan masukkan air panas. Pastikan suhu air tak melebihi 80 darjah celcius (tak nak ada rasa terbakar). Biarkan 4 minit.
Selepas 4 minit, tekan press dan tuang kopi ke dalam cawan.
Minum perlahan2 kopi tu, kalau pahit sangat, campurkan sikit gula.
Jangan minum laju-laju. Minum sikit-sikit dan biarkan kopi tu berada di bawah lidah buat sementara sebelu masuk ke tekak. Ketika itulah sepatutnya kita menikmati rasa sebenar kopi tersebut. Macam hisap rokoklah, hold sulu sekejap dan lepas dekat hidung. cewah.

Tapi bagi orang yang berduit, tak perlulah anda ikut semua langkah-langkah ni. Better to you untuk beli cafetier (mesin kopi) yang boleh grind dan brewkan kopi untuk korang. Full automatic. Tak perlu susah-susah untuk dapatkan rasa kopi yang sebenar.

        So ini basic how to make a cup of coffee. Then, kalau nak pelbagai jenis mcm latte, cappucino, mocha, americano, dan lain-lain, bolehlah google ikut preference sendiri.
Sekarang tahu kan sedikit sebanyak tentang kopi. Ada certain orang prefer kopi dia ada lukisan-lukisan kat permukaan (bentuk daun, love, panda, etc) supaya nampak lagi artistik.Kalau korang nak boleh minta Barista tolong buatkan. Dorang ni memang mahir dalam bab-bab kopi ni. Harap-harap semua dapat faham dan lepas ni takde miss conception lagi tentang minuman kopi.
Selamat mengopi.




Thursday, April 14, 2016

Awek Usrah, Zaujah Jahiliah [ Cerpen ]

Dengan gaji sebanyak ini, aku faham sebenarnya mengapa dia menolak peminangan itu tempoh hari.
Aku tak pernah salahkan dia. Dengan gaji sekecil ini dan tinggal di Kuala Lumpur sekarang sememangnya seakan mustahil untuk membina sebuah keluarga.

Lagi-lagi bila Najib menghadiahkan kenaikan harga minyak ditambah lagi dengan beban GST. Memang orang muda macam aku akan memikirkan alternatif lain dari berkahwin. Lagi murah, takde langsung komitmen dan responsibility, but i realised itu satu dosa besar yang menjebakkan diri ke neraka.

Cincin itu aku tenung, terbayang-bayang wajah ibu dan saudara-saudaranya yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti rombongan meminang itu. Last-last mereka terpaksa pulang dengan wajah kehampaan. Tapi aku tau ada di antara mereka yang gembira. Sebabnya dia mahu aku kahwin dengan anaknya sejak dulu lagi tapi aku menolak mentah-mentah atas alasan ingin mengembangkan keluarga kami yang sedia kecil ini.

Ehh jap. Mungkin aku terlepas pandang.
Sekarang ni tahun 2015.

Kita hidup dalam era kemodenan. Melayu urban, melayu kontemporari.

Relevan lagikah budaya merisik dan meminang ini ? 

Risik dan pinang ni zaman atuk nenek aku dulu. Sekarang ni bercinta, bercanda, dan kadangkala terlepas berzina barulah hendak berkahwin.
Semua orang tidak kisah.

Parents juga tidak kisah apabila membenarkan anak perempuan mereka disorong ke sana ke sini oleh jantan yang mereka masih tak kenal.
Parents si jantan juga seakan merestui apabila anaknya mengangkut ke hulu ke hilir anak gadis itu biarpun ke kamar di banglo miliknya.
Bagi mereka pihak lelaki takkan luak, takkan terjejas apabila berlaku apa-apa kepada gadis tersebut.

Jika perutnya bunting, dia yang akan malu,
Jika dia membunuh diri akibat malu dengan perbuatan itu, pihak berkuasalah yang perlu bertindak dahulu.
Mereka takkan mahu campur tangan. Lontar batu sembunyi tangan.

Inilah golongan Syaitan yang sepatutnya dihapuskan.
Cuba bayangkan yang mengandung tidak berbapa itu anak kau. Yang bunuh diri tu kakak ko dan yang ternoda berkali-kali itu ibu ko. Pasti ko malu dan ingin membalas dendam kan?


Aku malas nak jawab. Ko fikir sendiri.

bersambung . . .

Thursday, October 1, 2015

Tentang Buku dan Masa Depan

Kalau satu hari nanti, umur masih panjang dan produktif (punyai anak-anak kecil dan cerdik) – seraya menuding jari ke arah koleksi buku-buku yang aku miliki di bookshelves yang disusun mengikut kategori – politik, humanisme, pendidikan,bahasa, linguistic, etc. Dan bertanyakan mana datangnya buku-buku itu, aku akan menjawab kepadanya secara terus terang.

Ada buku-buku yang kawan ayah hadiahkan sempena Hari Lahir dan Majlis Perpisahan. Bukan sekadar kawan, guru-guru dan ustaz-ustaz juga ada berikan sebagai tanda penghargaan dan dorongan untuk mencintai ilmu . Dan ada di antara buku-buku itu adalah karangan mereka sendiri – ada yang dah jadi bestseller.

Kebanyakan buku-buku itu ayah beli di MPH atau Kinokuniya  - dengan baucer buku rm 250 yang diberikan oleh kerajaan ; Antara sumbangan terbesar kerajaan Barisan Nasional ketika itu (walaupun kadangkala banyak kekurangannya). Baucer yang sering disalahgunakan oleh mahasiswa untuk membeli komik dan alatan sukan. Ada juga buku yang terbeli hasil dari perit jerih ayah bekerja sebagai guru ganti dengan gaji serendah RM 600 sebulan dan kemudian mendapat tawaran yang lebih baik sebanyak RM 1800 sebulan. Lebihan wang belanja itulah ayah guna untuk beli buku dan baca kandungannya. Sebab ayah cintakan kecerdikan dan kebijaksanaan (sapiosexual).

Kerana itu banyak buku ayah yang bersifat deep thinker dan banyak bermain dengan konsep ketuhanan, tetapi tidaklah sampai ke tahap pemikir Nietchze yang digelar “pembunuh tuhan”. Cuma sekadar mempersoalkan hukum yang direkayasa agar tidak menjadi taqlid buta – seorang mahasiswa harus membuat kajian dan fakta, bukan sekadar percaya kepada cerita penglipur lara dan ustaz-ustaz FB seperti Ustaz Abu Syafiq yang suka menabur fitnah atas nama agama. Lazimnya buku-buku deep thinker ni ayah dapatkan dari seorang kawan yang baik dan berpendidikan, Loqman Karimn (telah kembali ke Rahmatullah). Al Fatihah untuk beliau yang terlibat dalam tragedi Gunung Kinabalu 2015.

Zaman kau nanti, ayah tau dah tak banyak publisher yang nak publish buku-buku yang dicetak. Ramai yang akan baca ebook, pdf dan menggunakan kindle dan gajet-gajet lain. Yang nampak lebih cool dan urban – Tapi ayah tak pernah suka semua itu (boleh panggil ayah oldskool). Sebabnya bila membaca buku, bukan kandungan semata-mata yang diinginkan, tapi kepuasan membaca helaian demi helaian dan bau aroma buku itu sendiri. Especially buku-buku lama yang baunya mampu menarik kau ke zaman itu, Syahdu !

Mungkin juga syarikat-syarikat buku Indie akan bertambah banyak atau mungkin juga Fixi, Lejen Press, Dubook, Buku Hitam dan yang seangkatan dengannya akan pupus dan gulung tikar kerana tiada isu baru dalam masyarakat yang harus diketengahkan.

Tarbiah maksudnya apa ayah ? (jika ada soalan seperti itu)
Oh , ada satu kategori “tarbiah”di satu sudut paling kanan. Apa maksud tarbiah ? Susah nak explain kepada kanak-kanak sekecil kamu. Kerana tarbiah jugalah kamu lahir – mungkin. Dan mungkin kerana tarbiah juga kau mampu bertanya soalan yang sofistikated ini kepada ayah. Ayah tak mahu ceritakan segala pengalaman tarbiah yang diperoleh dalam hidup bermula dengan peluang belajar ke luar negara (Perancis) itu kerana kau juga akan merasai nikmatnya.

Ayah cuma mahu kau ikut jejak Pakcik Ammar yang syahid ketika menuntut ilmu di Turki – kau patut baca buku itu, ada banyak publisher yang menulis tentangnya, dan buku itu ada di rak tersebut. Atau kau juga boleh jadi seperti Salim Fillah dan Fathi Yakan yang banyak menulis untuk manfaat orang lain. Tetapi sebelum menulis, kau harus banyak membaca.
Percaturannya mudah ;
Baca
Baca
Baca
Dan tulis.

Jika Gilgamesh berjaya mendapatkan ubat kepada kematian iaitu penulisan, kau juga mampu menemukan untuk terus hidup dalam keabadian melalui penulisan.
Bacalah banyak buku sebab itu sahaja cara untuk melepaskan diri (emansipasi ) dari kebodohan mutlak dan abadi. Jangan hanya mengikut tanpa ilmu. Harus berani sesekali untuk meningkah. Jika hanya pandai mengikut membuta tuli, lebih baik jadi bebiri. 
Ada juga orang yang tahu sesuatu benda itu salah tapi masih mengikut dan mengamalkannya – untuk menjaga kepentingannya. Jangan pernah kau jadi penjilat, pengampu, dan pembodek untuk kemewahan yang sementara ini.

Panjang huraian ayah berkenaan buku ini. Suatu hari nanti, bila anak-anak ini menginjak sedikit dewasa, mungkin dia akan bertanya tentang muzik dan fotografi. Dan waktu itu, aku perlu menulis sekali lagi.

Dan apa yang penting, rak buku itu semakin lama, semakin sempit.


Thursday, September 24, 2015

Last Page Of RPH ; The Untold Chapter



Suatu hari nanti, kalian akan mengerti yang penjenayah hebat bukanlah penjenayah yang badannya sado dan bertatu. Mereka juga bukannya golongan-golongan yang mempunyai senjata api seperti pistol dan machine gun. Bukan.

Memang akan ada  pihak yang mengatakan mereka ini penjenayah. Tapi penjenayah ini cuma hiasan cerita, mati pun tak bernama. Kalau kene tangkap dengan polis, merayu-rayu untuk dilepaskan dan kalau kene sebat dengan rotan penjara, confirm mengalir airmata. Penjenayah bullshit.

Penjenayah yang Monsieur maksudkan kat sini adalah penjenayah yang senjatanya adalah pen dan otak. Berkot dan bertali leher. Segak ke sana ke mari dengan kereta mewah. Pusat operasinya ber- aircond. Dan golongan ini takkan kene sebat sebabnya nak bawak golongan ni ke muka pengadilan sangatlah sukar. Andai dibicarakan sekalipun, selalunya mereka akan menang dengan wang dan akan memanipulasi sistem kehakiman. Inilah penjenayah Rasuah dan Pecah Amanah. Penjenayah yang paling tinggi martabatnya.

Yang sado-sado dan bertatu itulah yang menjadi kuli taiko-taiko hebat ini. Mengapa Monsieur bagitahu awak semua ini?

Sebabnya kebanyakan golongan penjenayah hebat ini lahirnya di SBP !
Sebab tu jugalah Monsieur terapkan banyak kali yang modal insan itu sangat penting.

Tak guna kalau pandai melangit tapi rompak harta orang miskin.
Tak guna pointer tinggi kat Universiti kalau tak mampu nak selami realiti masyarakat.

Sebab tu Monsieur banyak kali pesan,
Bukan filem korea yang yang akan selamatkan kamu dik.
Bukan jugak novel-novel yang bahasanya pincang yang akan jadi panduan hidup kalian.

Peganglah pada dua,
Setialah pada isinya,
Al Quran dan Hadith,
Panduan sepanjang masa.

ILMU, IMAN , dan AMAL,
Perhalusi makna dan konotasinya.



Thursday, July 23, 2015

BANGKAI

Biar mulut setajam pisau bila berbicara, asal ada kejujuran dalam kata.

Daripada mulut semanis madu tapi ada bangkai disebaliknya.

Monday, July 6, 2015

Belajar dengan alam

I don't believe teaching and learning within the four walls.

(Baharuddin Burhan,2007)


Pembelajaran sebenarnya bermula apabila kita memaknakan apa yang kita lihat, kita percaya, dan kita rasa.

Cuba hari ini kita perhati dan rasa apa yang ada di sekeliling kita. Kita akan perasan sedikit kebesaran, keajaiban,keistimewaan dan pengajaran (ibrah) yang ada pada alam ciptaan Allah ini

Insya Allah, kita ikhtiar dan kita cuba. Sama-sama memerhatikan.
Keindahan yang dicipta Tuhan

Tuesday, June 30, 2015

Bazir

Kalau beli makanan mahal, tapi habis licin, tu dikira tak membazir.

Kalau beli makanan murah-murah tapi tak habis dan dibuang, itu lagi membazir.

Jangan ikut perangai setan.

Setan kene ikat, kita pula jadi setan.

-Bazar Ramadhan 2015-