Monday, October 19, 2015

Au revoir kelantan






Au revoir Kelantan
See you next year maybe
or next to the next year perhaps.

Saturday, October 17, 2015

Pelajar Tanpa Homework

Kalau tiada homework baik tak payah mengajar -  dalam hidup sebagai pelajar mestilah ada homework. Gila apa kalau tiada – mungkin lagi bagus jika tiada,sebabnya pelajar tak penat dan guru juga tidak letih.

Equality for all
Happy teachers
Happy students

Masa di Universiti dulu pun ada homework lecturer bagi suruh siapkan base on due date yang ditetapkan. Setiap minggu akan ada kuiz berkenaan topik yang akan diuji. So siapa pulak yang memandai-mandai kata hidup di Universiti full of freedom and happiness. Maybe depend on course juga.

Dalam pedagogi pun aku belajar yang students perlu diberi Homework : Practice makes perfect. Dan disebabkan itu juga parents akan rasa berbaloi untuk bayar buku-buku latihan yang diwajibkan di sekolah-sekolah. Sebab at least buku itu digunakan di rumah dan mereka dapat tengok hasilnya. Takdelah nanti they all complaint masa perjumpaan PIBG yang sekolah paksa pelajar beli buku tapi tak digunakan. So homework memang diperlukan.

Tapi persepsi ni berubah bila aku jadi guru ganti Bahasa Melayu sementara di sebuah sekolah (kelas terakhir) dan Homework bukanlah sesuatu yang ideal untuk dipraktikkan. Mulanya memang aku beri homework tapi ada juga yang tak siap walaupun aku dah garang gila dah. Rotan, denda kat luar, touch, semua dah buat, tapi still tak berubah. Murid-murid jenis ni biasanya dah tak takut dengan hukuman. Mereka memang kurang minat dan motivasi untuk belajar.

Kalau touch pun, dorang akan takut dan cuba siapkan. Tapi dengan cara meniru – dan perbuatan ni tak efektif untuk improve level diorang.
Untuk pelajar macam ni, teknik dia mudah je sebenarnya.

Kau masuk kelas dan kau ajar semuanya berkenaan dengan silibus, then akan ada pelajar yang tak faham. Tugas kau adalah « clearkan » keserabutan tersebut. Lepas tu kau bagi latihan ( same as homework) – Cuma tugasan itu perlu disiapkan sebelum tamat masa. Siapa siap awal boleh balik awal.

Mula-mulanya memang susah. Lepas beberapa minggu kau akan nampak hasilnya. Kau dah tak perlu stress nak paksa depa hand in homework and expect them not being a copycat. Kau hanya perlu pastikan dorang faham, buat tugasan di dalam kelas, dan bersedialah menantikan kenaikan keputusan yang mendadak. Gantikan homework kepada Classwork !

From my honest opinion,

The Neo Teacher

Thursday, October 1, 2015

Tentang Buku dan Masa Depan

Kalau satu hari nanti, umur masih panjang dan produktif (punyai anak-anak kecil dan cerdik) – seraya menuding jari ke arah koleksi buku-buku yang aku miliki di bookshelves yang disusun mengikut kategori – politik, humanisme, pendidikan,bahasa, linguistic, etc. Dan bertanyakan mana datangnya buku-buku itu, aku akan menjawab kepadanya secara terus terang.

Ada buku-buku yang kawan ayah hadiahkan sempena Hari Lahir dan Majlis Perpisahan. Bukan sekadar kawan, guru-guru dan ustaz-ustaz juga ada berikan sebagai tanda penghargaan dan dorongan untuk mencintai ilmu . Dan ada di antara buku-buku itu adalah karangan mereka sendiri – ada yang dah jadi bestseller.

Kebanyakan buku-buku itu ayah beli di MPH atau Kinokuniya  - dengan baucer buku rm 250 yang diberikan oleh kerajaan ; Antara sumbangan terbesar kerajaan Barisan Nasional ketika itu (walaupun kadangkala banyak kekurangannya). Baucer yang sering disalahgunakan oleh mahasiswa untuk membeli komik dan alatan sukan. Ada juga buku yang terbeli hasil dari perit jerih ayah bekerja sebagai guru ganti dengan gaji serendah RM 600 sebulan dan kemudian mendapat tawaran yang lebih baik sebanyak RM 1800 sebulan. Lebihan wang belanja itulah ayah guna untuk beli buku dan baca kandungannya. Sebab ayah cintakan kecerdikan dan kebijaksanaan (sapiosexual).

Kerana itu banyak buku ayah yang bersifat deep thinker dan banyak bermain dengan konsep ketuhanan, tetapi tidaklah sampai ke tahap pemikir Nietchze yang digelar “pembunuh tuhan”. Cuma sekadar mempersoalkan hukum yang direkayasa agar tidak menjadi taqlid buta – seorang mahasiswa harus membuat kajian dan fakta, bukan sekadar percaya kepada cerita penglipur lara dan ustaz-ustaz FB seperti Ustaz Abu Syafiq yang suka menabur fitnah atas nama agama. Lazimnya buku-buku deep thinker ni ayah dapatkan dari seorang kawan yang baik dan berpendidikan, Loqman Karimn (telah kembali ke Rahmatullah). Al Fatihah untuk beliau yang terlibat dalam tragedi Gunung Kinabalu 2015.

Zaman kau nanti, ayah tau dah tak banyak publisher yang nak publish buku-buku yang dicetak. Ramai yang akan baca ebook, pdf dan menggunakan kindle dan gajet-gajet lain. Yang nampak lebih cool dan urban – Tapi ayah tak pernah suka semua itu (boleh panggil ayah oldskool). Sebabnya bila membaca buku, bukan kandungan semata-mata yang diinginkan, tapi kepuasan membaca helaian demi helaian dan bau aroma buku itu sendiri. Especially buku-buku lama yang baunya mampu menarik kau ke zaman itu, Syahdu !

Mungkin juga syarikat-syarikat buku Indie akan bertambah banyak atau mungkin juga Fixi, Lejen Press, Dubook, Buku Hitam dan yang seangkatan dengannya akan pupus dan gulung tikar kerana tiada isu baru dalam masyarakat yang harus diketengahkan.

Tarbiah maksudnya apa ayah ? (jika ada soalan seperti itu)
Oh , ada satu kategori “tarbiah”di satu sudut paling kanan. Apa maksud tarbiah ? Susah nak explain kepada kanak-kanak sekecil kamu. Kerana tarbiah jugalah kamu lahir – mungkin. Dan mungkin kerana tarbiah juga kau mampu bertanya soalan yang sofistikated ini kepada ayah. Ayah tak mahu ceritakan segala pengalaman tarbiah yang diperoleh dalam hidup bermula dengan peluang belajar ke luar negara (Perancis) itu kerana kau juga akan merasai nikmatnya.

Ayah cuma mahu kau ikut jejak Pakcik Ammar yang syahid ketika menuntut ilmu di Turki – kau patut baca buku itu, ada banyak publisher yang menulis tentangnya, dan buku itu ada di rak tersebut. Atau kau juga boleh jadi seperti Salim Fillah dan Fathi Yakan yang banyak menulis untuk manfaat orang lain. Tetapi sebelum menulis, kau harus banyak membaca.
Percaturannya mudah ;
Baca
Baca
Baca
Dan tulis.

Jika Gilgamesh berjaya mendapatkan ubat kepada kematian iaitu penulisan, kau juga mampu menemukan untuk terus hidup dalam keabadian melalui penulisan.
Bacalah banyak buku sebab itu sahaja cara untuk melepaskan diri (emansipasi ) dari kebodohan mutlak dan abadi. Jangan hanya mengikut tanpa ilmu. Harus berani sesekali untuk meningkah. Jika hanya pandai mengikut membuta tuli, lebih baik jadi bebiri. 
Ada juga orang yang tahu sesuatu benda itu salah tapi masih mengikut dan mengamalkannya – untuk menjaga kepentingannya. Jangan pernah kau jadi penjilat, pengampu, dan pembodek untuk kemewahan yang sementara ini.

Panjang huraian ayah berkenaan buku ini. Suatu hari nanti, bila anak-anak ini menginjak sedikit dewasa, mungkin dia akan bertanya tentang muzik dan fotografi. Dan waktu itu, aku perlu menulis sekali lagi.

Dan apa yang penting, rak buku itu semakin lama, semakin sempit.