Tuesday, June 28, 2016

Comfort Zone


Selama beberapa bulan ni, memang aku menantikan untuk posting.
Bengang bila orang asyik tanya bila nak kerja and mendirikan rumah tangga.

Dan dalam tempoh tersebut dah banyak pekerjaan yang telah dicuba aku kira.
Dari seorang guru ganti, penjual kek, pembancuh pastry, pekerja kilang, cashier , dan kembali ke tugas sebagai seorang guru ganti.

Musim berubah, zaman beralih dan aku pun sampai malas nak berharap dan mempertikaikan bagaimana orang atas buat kerja mereka.
Nanti jawablah sendiri yup.

Semalam aku check laman SPP apabila dimaklumkan dari seorang rakan,
Alhamdulillah ,  aku lulus temuduga tu ; walaupun ketika menjawab soalan Dato' Azmi tu, banyak benda yang rasanya aku mengarut. Mengarut gila-gila.
Tapi kuasa Allah kan.

Masalahnya hati mula berbelah bagi samada untuk meneruskan kerja di tempat kerja sekarang yang dah boleh rasa selesa. Berat nak lepaskan bila kita dah boleh adapt.

Tempat baru menuntut banyak pengorbanan terutamanya jika kedudukan kau is far away from home.
Dan apapun, Allah paling berkuasa, maka aku memohon agar dipermudahkanlah segalanya.
Tempat baru, pengalaman baru.

Wednesday, June 22, 2016

Sindrom Forever Alone


Lepas praktikum selama 3 bulan, pengetua minta aku gantikan seorang guru Bahasa Melayu yang bersalin. Sebab yang biasanya bersalin adalah guru Bahasa melayu, Sejarah, dan agama Islam. Subjek lain kurang rezeki. (anak adalah rezeki, sepatutnya bersyukurlah dikurniakan anak yang ramai).

Masa tu bulan puasa, dan menjadi budaya SBP ni, warden mesti ada ketika pelajar berbuka.
Aku tinggal di asrama, jadi dikira sebagai warden juga.
Maka beramai-ramailah berbuka di Dewan Makan.

Tahun ni, alhamdulillah rezeki lagi bila dapat jadi guru ganti di SMSS.
Menetap di asrama dan dikira juga seperti warden.
Maka sekali lagi beramai-ramailah ke Dewan Makan untuk berbuka.

Lepas Tarawih tadi terus buka FB, penuh timeline member-member yang dah kahwin duk tayang makanan yang bini dia masak walaupun just sayur goreng dengan Ikan goreng jek. Best sebab dapat makan berdua.

Bila lah pula aku nak merasa bini masakkan ni.

Mungkin tahun depan aku pulak yang duk tayang gambaq makan dengan zaujah.
Bersederhana, cukuplah.

Tuesday, June 21, 2016

Mana Kad Raya Saya ?


Betapa aku terkejut mereka katakan tak pernah menulis poskad dan menerima poskad semur hidup mereka. Walaupun sekurang-kurangnya sekali. Masakan begitu ?

Semua ucapan di hari Krismas, Raya Cina, Deepavali, dan Aidilfitri hanya hadir dalam bentuk whatapps, emoticon-emoticon yang nampak cantik. Mungkin hasil dari tangan seseorang dan seterusnya di copy paste ke dalam grup whatapps yang banyak dan terus berkembang.

Lalu aku teringat zaman-zaman berutus surat. Meletakkan sekeping kad cantik bertulisan tangan yang disembur dengan minyak wangi. Di sampingnya ada Ferrero Rocher atau jika bajet rendah, cukuplah dengan sebungkus Sugus.
Kenangan itu, ahhhhh. mengharukan.

Aku kenalkan mereka dengan satu site yang diberi nama " postcrossing " untuk melatih mereka menulis dan berinteraksi dengan cara yang lebih real, lebih ada " sentiment " walaupun poskad mesti ditulis dalam Bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya mereka dapat berlatih mengekspresikan diri dan melihat dunia dengan cara yang berbeza.

Mendidik anak dengan teknologi sehingga kehilangan keupayaan untuk mengekpresi diri.
Terlalu kejamkah kita ?


Monday, June 20, 2016

Sampai ke Destinasi

Lepas 2 jam drive, aku sampai di Bandar Sri Permaisuri walaupun traffic agak jammed tadi.
Lambai tangan ke arah Pak Guard dan terus naik ke perkarangan asrama. Ada 3 blok Aspura.
Ketuk pintu warden yang  Cg Rosnah suruh aku tumpang, dua kali ketuk, dia keluar.

« Eh mung da sampai, ingatkan nak mari lepas buke ».
« Saje mari awal, takut sesat, first time kan ».
Tangan pun bersalaman.

Angkut barang-barang dari kereta naik ke asrama (rumah warden yang di-renovate sebuah dorm dan bilik gosok). Rumah agak besar sebab ada 3 bilik. Fully furnished.
Quite ok lah untuk aku. Sangat ok sebenarnya kalau nak buat perbandingan dengan SBP-SBP yang pernah aku ajar dulu. Banyak ke SBP aku pernah mengajar?

Ok, for the records, sekolah ni adalah sekolah yang ke -4 selepas SEMESRA, SMAP LABU, dan MOZAC.
Kiranya SBP ke-4 dan boleh kata dah agak masak dengan sikap dan helah pelajar SBP.

Mata terasa mengantuk dan ingat nak off dulu. Rehat cukup-cukup sebab esok nak Lapor Diri dan semak tugasan baru.
Doakan semuanya berjalan lancar.
Allahu Rabbuna Yusahhil.


Saturday, June 4, 2016

Kopi Di Celah Lorong


Tabiat minum kopi yang salah.

Kajian kata kopi baik untuk kesihatan. Kopi ni bukannya bermula dari Eropah, malahan sejak zaman nabi lagi. Orang Islam minum kopi untuk kekal segar pada malam harinya untuk beribadah. Ekstrak dari biji organik itu mampu memberi kesegaran pada badan dan aromanya merangsang deria dan mata agar lebih terbuka.

Tapi bila orang kita semakin gemarkan kopi, semakin tinggi pula risikonya untuk dipotong kaki. Diabetes.

Maka timbul fitnah terhadap kopi. Orang tuduh kopilah puncanya kencing manis.
Sebenarnya amalan kita yang salah. Gula dicampur bersudu-sudu ke dalam cawan. Memang mendapatlah. Kerana nature kopi yang pahit, kita tak terasa sangat manisnya gula padahal kandungan gula yang kita letak sebentar tadi sudah over the limit.
Dan lagi satu amalan yang salah tentang kopi adalah kita minum kopi untuk hilangkan haus.Sorry, kalau nak hilangkan haus, sila minum air mineral atau air buah. Kopi bukan untuk hilangkan haus.

SEMUA KOPI ADALAH SAMA?

Teringat kenangan masa zaman belajar di Eropah dulu. Sebenarnya sebelum ni pun aku tak tahu sangat tentang kopi ni. Yang aku tahu kopi cap tupai. Kalau yang mahal sikit, Starbuck lah. Bila dah tahu ni, memang dah tak beli dah Starbuck. Bukan hanya kerana boikot, tapi sebab harga starbuck agak overprice - secawan starbuck sama harga dengan kambing bakar-. Dan dia bagi fake representation terhadap nature kopi itu sendiri ; untuk ini boleh rujuk google.

KOPI YANG DIBREW

  Apa maksud brew? Brew adalah teknik mengekstrak kandungan kopi menggunakan air panas. Senang cakap kita tuang air panas atas serbuk kopi dan tunggu beberapa ketika,  itupun sudah boleh dipanggil proses brew. Tapi bagaimana cara untuk mendapatkan rasa kopi yang sebenar? 

Dapatkan biji kopi.Boleh didapati di Supermarket ataupun biji kopi kampung (lagi kaw rasa dia dan lebih organik)
Grind / kisar biji kopi tersebut sehingga hancur dan menjadi separa serbuk.
Gunakan French Coffee Press, boleh dapatkan di supermarket atau kalau nak murah, boleh beli kat DIY.
Tuang serbuk kopi dalam French Coffee press dan masukkan air panas. Pastikan suhu air tak melebihi 80 darjah celcius (tak nak ada rasa terbakar). Biarkan 4 minit.
Selepas 4 minit, tekan press dan tuang kopi ke dalam cawan.
Minum perlahan2 kopi tu, kalau pahit sangat, campurkan sikit gula.
Jangan minum laju-laju. Minum sikit-sikit dan biarkan kopi tu berada di bawah lidah buat sementara sebelu masuk ke tekak. Ketika itulah sepatutnya kita menikmati rasa sebenar kopi tersebut. Macam hisap rokoklah, hold sulu sekejap dan lepas dekat hidung. cewah.

Tapi bagi orang yang berduit, tak perlulah anda ikut semua langkah-langkah ni. Better to you untuk beli cafetier (mesin kopi) yang boleh grind dan brewkan kopi untuk korang. Full automatic. Tak perlu susah-susah untuk dapatkan rasa kopi yang sebenar.

        So ini basic how to make a cup of coffee. Then, kalau nak pelbagai jenis mcm latte, cappucino, mocha, americano, dan lain-lain, bolehlah google ikut preference sendiri.
Sekarang tahu kan sedikit sebanyak tentang kopi. Ada certain orang prefer kopi dia ada lukisan-lukisan kat permukaan (bentuk daun, love, panda, etc) supaya nampak lagi artistik.Kalau korang nak boleh minta Barista tolong buatkan. Dorang ni memang mahir dalam bab-bab kopi ni. Harap-harap semua dapat faham dan lepas ni takde miss conception lagi tentang minuman kopi.
Selamat mengopi.




Friday, June 3, 2016

Cadangan ketika kebosanan


Sampai satu masa atau satu tahap, otak kita akan mengalami kebosanan atau sedikit tertekan ; Lantaran masalah sekeliling dan tekanan kerja.
Saya try perkara berikut dan terbukti berkesan.

  1. Pergi ke bilik air dan basuh muka.
  2. Buka laptop, connect Internet dan baca newsfeed. Tinggalkan komen.
  3. Buat review untuk Trip advisor dan Goodreads.
  4. Makan sebentar di Kantin,
  5. Ambil power nap.