Tuesday, July 2, 2013

Berkenalan dengan makhluk lain : Mengapa saya pilih lebah?

Lebah...
Dalam Bahasa Perancis disebut  l'abbeille.
Serangga kecil yang comel dengan jalur hitam dan kuning di buntutnya
Saya suka tengok lebah bukan kerana pada rupanya yang cute itu,tapi juga atas dasar sikapnya . 
Sesungguhnya serangga ini terlalu istimewa.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T merakamkan perihal lebah dalam Surah An-Nahl Ayat 67-68, menceritakan peranan lebah dalam kehidupan manusia dan khasiat madu sebagai penyembuh (yang original la,kalau yang fake tu pengundang kencing manis).

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
[QS. An-Nahl : 69]

Sifat lebah juga boleh kita jadikan contoh untuk melahirkan muslim yang bermanfaat kepada orang lain :

  • Di mana sahaja dia hinggap,ia tidak akan merosakkan tempat tersebut. Meskipun makanan (madu) diambil dari bunga,namun bunga dan dahan tidak pernah dirosakkan.
  • Lebah hanya mengambil dan mengeluarkan yang baik sahaja. Makanannya ialah pati bunga yang dipilih dan dikeluarkan untuk kegunaan. Madu ialah makanan yang sangat tinggi khasiatnya. Inputnya dari yang baik,outputnya juga yang baik.
  • Lebah tidak mengganggu haiwan atau makhluk lain.Apabila diganggu,lebah akan menuntut maruahnya.Walaupun haiwan atau makhluk yang mengganggunya terjun ke dalam air,lebah tetap menanti di atasnya.

Hakikatnya meskipun ramai di antara kita yang pernah disengat lebah (sakit ouii) serta <beephobie> dengan serangga kecil ini,kita perlu sedar bahawa ia telah banyak menyumbang manfaat kepada makhluk di sekelilingnya. Sudahkah kita memberi manfaat kepada orang lain hari ini?




"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain"