Friday, September 23, 2011

Siapa pengkhianat negara sebenar?

Hello,

Sebelum aku fly,aku diwajibkan untuk menghadiri program BTN(satu program yang dianjurkan untuk memupuk semangat patriotik)...Pada mulanya memang aku rasa macam tak best,tapi bila dh abs rasa mcm best plak.Tapi aku wonder mengapa BTN tak diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia?

Bukan apa,baru2 ni aku terlihat Di youtube,ada satu bangsat ni(ayat agak kasar)kutuk2 Malaysia.Maybe korang masih ingat orang yang kutuk lagu malaysia dulu..Nama dia Namewee.Dia kutuk Malaysia,lagu Malaysia,TNB dan POLIs.Tp yang menghairankan,takdepun tindakan ISA ke atas dia dikenakan.Bagi aku org macam ni dh kira mengancam ketenteraman negara.Sumbat je dalam ISA,baru padan muka dia ni...Alahai,kalaulah ISA digunakan secara berkesan dan kalaulah Namewee ini diwajibkan menyertai BTN pasti benda macam ini takkan berlaku.

Aku sangat kesal sebab video tue dah tersebar ke seluruh dunia,europe terutamanya dan perkara ini memalukan kita sebagai rakyat Malaysia

...Sangat berharap ada tindakan berat diambil ke atasnya...




Antara video yang memprovok kesabaran aku...

Friday, September 16, 2011

French Kiss..emmmmm

Hello,
Dah seminggu rupanya aku kat ni. Kelas dah mula dan homework pun dah mula banyak (antara benda yang aku tak suka). Takde ape2 nak citer just nak beritahu apa yg aku suka dan apa yang aku tak suka selama berada di sini (review terhad di BESANCON)
Aku suka:
~Sikap pemandu di sini yg mengutamakan pejalan kaki.
~Sikap peramah yang rata2 dimiliki oleh orang tua.
~Pemuda Perancis yang matang dan memikirkan tentang negara mereka.
~Kopi kat sini sangat wangi dan sedap (yang ni aku tak taw sebab apa)
~Banyak aktiviti budaya dianjurkan di sini.
~Pemeliharaan bangunan lama dan klasik sebagai monument
~Menjadikan tabiat membaca sebagai amalan
~Banyak aktiviti budaya dianjurkan di sini.
Aku tak suka:
~Kena pakai sweater slalu (bergantung,tp mmg slalu lah)
~Makanan yg tak menepati citarasa aku (ssh nak cari ayam goreng ngan kicap manis)
~Air kat cni banyak sangat kapur
~Susah nak cari tempat tinggal
~org perancis banyak kerenah
~Sistem birokrasi yang sangat menyusahkan
So far stakat ni je kot,kalau ada pape lagi aku taip nnty,sekarang ada banyak assignments,nil ah gambar yg aku snap drpd tingkap bilik aku.(click gambar kalau nak besarkan)










Sunday, September 11, 2011

Perjalanan ke Bumi Asing

Hello France, goodbye to Malaysia…

Akhirnya aku sampai di bumi heksagon ini. Perjalanan selama 13 jam bersama MAS(ekonomi) sangat memenatkan,walaupun dihidangkan dengan pelbagai menu dan makanan.

Sampai je kt Paris,pemandu bas dh tggu,masa tu hujan renyai2,perjalanan ke Besancon selama 6 jam menambahkan pening ngan jet lag aku. Apa yg pasti bas tu lambat sampai sbb boleh dikatakan semua pemandu di Perancis adalah skema dan mengikut peraturan.Let say papan tanda cakap tak bley bawak lbey 100,then mmg takder sesaper akan exceed the limit,sbb nak amik lesen kat cni sangatlah susah.

Setibanya di Besancon,bermulalah kepayahan apabila terpaksa membawa beg2 yg berat ke rumah baru,mmg berat beb.Ada lah dalam 40 kilo semuanya !

Dh selesai penginapan,aku tumpang rumah senior sbb banyak lagi tak beres.Sangat2 memerlukan bantuan mereka yg berpengalaman,dh 2 cash pun mmg takder kat tangan,nasib baik dorang sudi pinjamkan.Tp aku dh bayar balik bila bank aku berjaya diaktifkan.Kesian kat dorang sebab elaun dorang tuk bulan ni pun belum masuk sebenarnya

Minggu ni aku busy nak uruskan semuanya,12 haribulan ni dh mula kelas,CLA nak letak aku kat mne2 kelas pun aku tak kisah sbb aku datang cni mmg aku kosong dan aku nak blajar.Doakan aku berjaya yup.~