Saturday, August 17, 2013

Puisi : Uban sudah di kepala, puting masih di mulut


Lampu neon bersinar cemerlang
Terbias warna-warna terang,
ramai veteran di warung itu,
menghirup cangkir-cangkir kopi.
Rutin harian

Di televisyen, ada siaran bola,
bila gol,mereka bertempik riang,
bila digolkan, mereka memaki lantang.
Wasap kretek dan aroma kopi mencanak naik,
sesekali terdengar hilaian puaka.

Lepas siaran bola,siaran wrestling pula,
bertambah rancak malam itu,
bertandak di tepi meja,
berdendang tanda gembira.
Kewajipan kepada tuhan masih belum tertunai biarpun muazzin sudah menjalankan tanggungjawabnya.

Golongan tua yang belum cukup dimasak.
Uban di kepala,puting masih di mulut,
umur yang terbazir ,hanya sia-sia,
bukan pendukung bangsa,malahan fitnah kepada agama.

Asyraf Damien
13 Ogos 2013, 7:15 pagi
Teratak Anirus

Sunday, August 4, 2013

Jangan Pernah Salahkan Mereka


Usai solat terawih,kita melihat ke belakang.
Terkejut.

Hanya tinggal satu saf dipenuhi jemaah yang dah beruban di kepala
Poofff ! Yang muda dah hilang entah ke mana.
Moreh pun orang dah tak suka


Situasi  biasa di masjid dan surau di Malaysia setiap Ramadhan.

Semakin berakhirnya Ramadhan,semakin kurang tetamu di rumah Allah itu.
Kita suka menghabiskan masa mengeteh roti canai dan maggi goreng di mamak dan bermain futsal sampai ke sahur dari melakukan iktikaf di masjid mengejar lailatulqadar.



Kesedaran tentang kelebihan lailatulqadar

Berapa ramai antara kita yang didedahkan dengan kelebihan lailatulqadar sehingga kita sanggup tinggalkan futsal yang memachokan diri dan restoran mamak yang membuatkan nafsu makan kita mencanak naik ke tahap yang tertinggi? Memang ada yang sanggup tinggalkannya,tapi ini golongan minoriti.
Golongan yang faham akan keistimewaan bulan barakah ini. Bukan golongan yang tahu tapi tak mahu memahamkannya.



Fobia dengan masjid

Ya, mungkin kedengaran lucu.Tapi ada di antara kita yang tak nak terawih di masjid sebab fobia dimarahi pesara polis yang melentik misainya ketika zaman kanak2nya.Sikap jemaah masjid yang menganggap kanak2 sebagai mengganggu kekusyukkan solat harus diperbetulkan. Solat memang tak khusyu', salahkan kanak2 pula ! Masjid mestilah menjadi tempat tarikan untuk golongan muda dan kanak2,bukannya tempat yang digeruni dan ditakuti.



Pengaruh media massa

Lagu raya dan berdendang di kedai2 dan supermarket sejak first Ramadhan lagi.Ini bukan mainan media ke? Sepatutnya semangat Ramadhan yang kita perlu naikkan,bukannya memberi keghairahan kepada makcik2 dan nenek2 untuk bershopping raya!Kalau kat Tv pulak,waktu solat terawih la ade mcm2 citer super best yang menggugah iman kita. Sepatutnya channel2 ni kenalah peka dengan keperluan rakyat kita. Tak dinafikan memang ada certain channel yang bagus mcm Kalamullah, Qari Junior dan beberapa channel lain yang islamik.Tapi dari segi ratio bilangannya , memang program2 ni kalah teruk dengan bermacam2 movie yang merosakkan iman.



Pilihan di tangan kita.

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari jek lagi, boleh masuk dah gear 5 tanpa ragu2.Semoga ibadah kita terus melaju, semoga diri kita sentiasa dipandu.

Ehh, kanak2 tadi telah kembali ke saf kedua,

Oooh, mereka ambil wuduk di luar rupanya,bukan meninggalkan masjid sepeti yang kita sangka !

XOXO