Thursday, September 24, 2015

Last Page Of RPH ; The Untold Chapter



Suatu hari nanti, kalian akan mengerti yang penjenayah hebat bukanlah penjenayah yang badannya sado dan bertatu. Mereka juga bukannya golongan-golongan yang mempunyai senjata api seperti pistol dan machine gun. Bukan.

Memang akan ada  pihak yang mengatakan mereka ini penjenayah. Tapi penjenayah ini cuma hiasan cerita, mati pun tak bernama. Kalau kene tangkap dengan polis, merayu-rayu untuk dilepaskan dan kalau kene sebat dengan rotan penjara, confirm mengalir airmata. Penjenayah bullshit.

Penjenayah yang Monsieur maksudkan kat sini adalah penjenayah yang senjatanya adalah pen dan otak. Berkot dan bertali leher. Segak ke sana ke mari dengan kereta mewah. Pusat operasinya ber- aircond. Dan golongan ini takkan kene sebat sebabnya nak bawak golongan ni ke muka pengadilan sangatlah sukar. Andai dibicarakan sekalipun, selalunya mereka akan menang dengan wang dan akan memanipulasi sistem kehakiman. Inilah penjenayah Rasuah dan Pecah Amanah. Penjenayah yang paling tinggi martabatnya.

Yang sado-sado dan bertatu itulah yang menjadi kuli taiko-taiko hebat ini. Mengapa Monsieur bagitahu awak semua ini?

Sebabnya kebanyakan golongan penjenayah hebat ini lahirnya di SBP !
Sebab tu jugalah Monsieur terapkan banyak kali yang modal insan itu sangat penting.

Tak guna kalau pandai melangit tapi rompak harta orang miskin.
Tak guna pointer tinggi kat Universiti kalau tak mampu nak selami realiti masyarakat.

Sebab tu Monsieur banyak kali pesan,
Bukan filem korea yang yang akan selamatkan kamu dik.
Bukan jugak novel-novel yang bahasanya pincang yang akan jadi panduan hidup kalian.

Peganglah pada dua,
Setialah pada isinya,
Al Quran dan Hadith,
Panduan sepanjang masa.

ILMU, IMAN , dan AMAL,
Perhalusi makna dan konotasinya.



Thursday, September 10, 2015

Atas nama siapa ?

Image result for sbp



Batch awak mesti buktikan
 yang awak lagi hebat berbanding batch yang sebelumnya !

Batch ini adalah batch yang terbaik.

Batch inilah yang paling mencetuskan banyak masalah disiplin.


Antara dialog positif dan negative yang seringkali menghentak gegendang telinga kita tatkala ini.
Budak –budak SBP or MRSM, biasanya akan kuat semangat batchnya. Bertanding siapa yang paling hebat. Siapa yang paling menonjol di sisi guru-guru dan pandangan pentadbir. Nama rumah sukan dan nama sekolah (alma mater) akan datang kemudian. Selepas menunjukkan batch siapa yang paling menonjol, automatik mereka akan menyokong ahli rumah masing-masing dan barulah semangat kesatuan sekolah itu muncul.

Sebagai contoh, di SDAR, setiap SDARIAN akan menyebut nama batchnya terlebih dahulu berbanding benda lain. Beberapa puluh tahun dahulu, mereka menamakan batch mereka dengan tahun SPM. Dan generasi hari ini menamakan batch mereka dengan pelbagai nama-nama yang eksotik dan elegan.

Secara jujurnya, saya melihat bahawa yang semangat sekolah itu perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding semangat rumahsukan dan semangat batch. Sebagai contoh, jika anda seorang pelajar TKC (Tengku Kurshiah College), ahli rumah sukan merah dan batch 0105, maka first priority adalah membawa dan menjaga nama TKC. Asalkan itu pelajar TKC yang mewakili sesuatu pertandingan, maka seluruh warganya akan berbangga dengan pencapaian tersebut.Kemudian barulah datangnya semangat setiakawan rumah sukan dan akhir sekali semangat batch itu sendiri.

Jangan terlalu bangga dengan nama batch.
Sepatutnya kita berbangga dengan nama sekolah
Sebabnya di sekolah itulah kita dibentuk.
Tidak kiralah dia batch mana, asalkan dia dari alma mater yang sama,

Maka kita sebenarnya BERSAUDARA.