Wednesday, April 27, 2011

DSLR,aku masih keliru


Agak lama juga sebenarnya aku tak update blog ni. Bukan aku malas menulis,tapi disebabkan aku akan menghadapi peperiksaan penting pada jun ini,aku kene korban sikit aku punya masa.Then,aku kene urus banyak benda untuk hari sukan yang akan berakhir tak lama lagi.Akibatnya blog yang sepi ini menjadi semakin sepi.

Sejak kebelakangan ni aku jadi ghairah dengan Camera(DSLR) dan aku tak tahu sebab ape.Selalu gak aku survey blog member2 aku yg suka wt entry pesal photography ni.Bila lama berkenalan,aku pun makin minat kt gadget ni n timbullah plak perasaan untuk memilikinya sebagai peneman hidup aku yg agak sepi ni.Tp aku confius na
k beli yang mane sebab kalau ikut cakap member memang banyak model yg bagus.Untuk kepastian adalah aku wt sket research kt internet dan wt comparaison. ANtara model yg telah menarik perhatian aku adalah:

D90

D3100

550D
Aku tak tahu sebenarnya nak beli D90 second hand or D3100 yang baru.Walaupun D90 ni dh macam ketinggalan,but still performance dia best.D3100 plak memang ok tp untuk level beginner n takde built in motor.Sekali pandang 550D pun cun gak.Ntahlah,nnty lepas exam baru aku fikir balik bende ni,serabut la pulak.KAlau ader sesiapa yg ader suggestion bley la kongsi...

Wednesday, April 20, 2011

Sutera Bidadari,ketibaannya dinantikan


salam ...first of all,ader ke kat sini yang berminat dengan novel. x kesah la Melayu ke,english ke ,or even French,yg penting novel.Sebenarnya budaya membaca ni sangat dituntut bagi menghasilkan generasi yang berilmu.Cakap pun tak gune,sekarang aku nak promote sebuah novel melayu yang akan berada di pasaran tak lama lagi.

Aku tak sabar nak baca...serius

Sebuah novel Ramlee Awang Mursyid,novelis thriller no. 1 in malaysia.Novel ini adalah pelengkap kepada Bagaikan Puteri,Cinta Sang Ratu,Hijab sang Pencinta,dan Cinta Sufi.Agaknya mengapa aku duk heboh2 nak promote bende ni?Sebagai seorang pencinta novel dan bahasa kebangsaan,aku tau mana yang terbaik.Novel ni gak bagus dijadikan bahan bacaan ketika sedang bosan ataupun ketika diri anda dilanda kekecewaan,dengan kata lain sebagai pengubat tekanan.

Bagi sesiapa yang berminat mendapatkan maklumat dan sinopsis novel ini,bley lah klik di sini.

P/S= Kepada sesiapa yang dh beli nnty bagilah aku pinjam yer.Selama ni pun aku tak pernah beli dan asyik meminjam dari seorang kawan yang bernama Solah...

XOXO

Saturday, April 16, 2011

I got number 2


I'm officially 2o by now.My age and my life decrease as its cannot be topped up like the game that i play now.if i got number 1 before(19),it now changed to number 2(20),which i hate the most.I'm getting older and older,bigger and bigger.I dont understand really why certain peoples like to be an adult when reminiscing all the past is the most beautiful memories ever...

I miss badly my pass,it has completely changed n this is our new destiny...

Lollypop turns into cigarettes,
The innocent ones turn into sluts,
soft drink becomes alcohol,
kisses turn into sex,
remember when getting high meant swinging at the playground?
when protection meant wearing a helmet?
when the worst thing that u could get from boys was cooties?
dad's shoulders were the highest and mum was ur hero?
race issues were about who ran the fastest?
the only drug u knew was cough medicine?
and goodbye only meant until tomorrow?
and yet all we wanted was to grow up fast?

P/S= sori kalau entry kali ni berbahasa inggeris bagi mengelakkan aku mengarut dengan lebih panjang kerana adalah maklum bahawa vocab aku dalam english ni ader limitnyer

XOXO

Friday, April 15, 2011

Kegagalan bukan pengakhiran


Kalau kita gagal,kita sering menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan diri kita sendiri. Cikgu tak ajar lah, soalan susah lah,tak cukup bersedia lah,dan bermacam lagi alasan yang direka bagi menyelamatkan diri sendiri. Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri kesilapan diri kita yang mendorong kepada berlakunya sebuah kegagalan?Adakah kita gagal sebab kita bodoh,atau sebenarnya kita memang tak berminat dengan bidang yang kita ceburi?Jawapannya ada pada anda.

Bagaimana pula dengan orang yang sudah berusaha lebih daripada orang lain,namun masih gagal dalam mencapai keputusan yang diingini? Pada masa inilah kita kena slalu ingat bahawa Allah hendak menguji kita.Allah takkan berikan hambanya beban yang mereka tak mampu tanggung! Kalau hari ini kita gagal,bukan selamanya kita akan gagal.Tak lepas target bukanlah satu kegagalan,namun satu kejayaan yang tertunda.Hakikatnya Allah nak beri lebih pada kita.Kalau kita pass pun cukup2 makan,percyalah tiada gunanya.

Kepada yang pernah gagal,anggaplah percubaan anda seperti acara lompat jauh.Mengapa kita perlu berundur dan mengambil lajak yang panjang untuk menjadi atlet terbaik lompat jauh adalah kerana kita hendak menghasilkan momentum yang lebih berbanding dengan mengambil lajak yang sedikit.Dengan momentum inilah kita akan mampu pergi dengan lebih jauh berbanding dengan mereka yang mangambil lajak dari platform.(jarak sikit)

Jangan bersedih,ini bukan pengakhiran kepada sebuah kehidupan,namun satu permulaan kepada kejayaan...bilamana anda bersedih,ingatlah ayat ini

Jusq'ici tout va bien
l'importance n'est pas la chute,
c'est l'atterisage

XOXO

Wednesday, April 13, 2011

Kawanku instrument


Bila check facebook tadi,banyak la plak invitation tuk menghadiri WO(wind orchestra) SBP yang akan diadakan dalam bulan April ini. Masa ni aku terkenang kembali zaman kegemilangan aku berada dalam team wind orchestra ni. Sebab masuk band lah aku dapat berjalan banyak tempat,dari utara ke selatan berjalan kerana team kami banyak menerima jemputan dan menyertai pelbagai pertandingan.Masa ni jugaklah terkenang balik kenangan pahit dimarahi oleh guru band tapi pengalaman ni tak kekal lama kerana ditutup oleh kenangan manis yang lebih banyak mewrnai hidup kitaorang.

Bender besar gabak nilah yang aku main dulu

Aku sebenarnya memang minat sangat main instrument yang dipertanggungjawabkan kepada aku,iaitu sebuah tuba yang telah usang.Lantaran terlalu minat dengan alat ini,pernah suatu hari aku bercadang nak beli sebijik dari kawan aku yang nak jual murah,bayangkan tuba yang baru guna dia nak jual kat aku 5000.Gile murah kalau nak dibandingkan dengan harga market.Tapi aku tak beli sebab aku nak beli motor.Nasib baiklah aku tak beli,kalau tak tak tahu nak wt ape dengan bender alah tue kt sini.Hopefully tahun ni dapatlah sekolah aku wt yang terbaik untuk pertandingan ni.InsyaALLAH,kalau ader kelapangan memang aku nak g SSP tengok band competition ni....

XOXO

Friday, April 8, 2011

Sahabat,hormat,dan ego


Bila makna hormat tiada erti,
Rasa angkuh mula beraja di hati,
Rakan bukan lagi satu prioriti,
Kita jadi insan yang pentingkan diri.

Toleransi kita sangkal,
Altruisme kita penggal,
Sahabat kita tinggal,
Perhubungan yang tidak akan kekal.

Musuh kita puja,
Kekasih kita junjung,
Syaitan kita angkat,
Hedonisme kita dewakan.

Sedar dan bangkitlah,
Dari dunia picisan kau,
Hari ini kau pergi dengan ketakburan,
Esok atau lusa kau akan ditinggalkan,
Seperti hari kelmarin.

Ketika kau dia khianati,
Kau mudah menerimanya kembali,
Harga dirimu terserlah hari ini,
Setaraf dengan sekeping roti.

10.00 pagi/Kuala Lumpur

Wednesday, April 6, 2011

Rakaman gambar panas dari Melaka


Setelah kebosanan melanda aku selepas peperiksaan,aku pun
google n cari pesal teknik photography.Tetiba aku jmpe satu blog ni yang bagi tips2 yang kekadang aku tak jumpe dalam buku2 yang l
ain. Kalau nak tau
klik sini...kat blog ni memacam teknik for the beginners or
professionals.


Aku pun tak pikir panjang straight grab my DSLR olympu
s(murah jek,ak
u blum mampu nak beli gear yang mahal2 mcm korunk)hahah
.Lagip
un menurut blog tadi,camera yang terbaik adalah camera yang ada
pada kita.Kita kne bersyukur dengan apa yang kita ada.Camera tak bape nak penting,yang paling p
enting adalah skills..INGAT tu..
.Setelah mencuba beberapa teknik dan bereksperime
ntasi,lahirlah
beberapa karya aku yang tak hebat ni..


Potret anak buah aku,high shutter speed and large aperture...long focal point!

Mencuba teknik potret dan menggabungkan effect soft focus(anak buah aku gak)


Imej api yang membentuk sesekor pelanduk atau kancil(ni main snap jek,xde teknik pun)


Gambar potret black n white dengan gabungan soft focus(nama beruk ni Dolah)


Antara gambar closeup kebanggan aku dulu,kini,dan selamanya



Satu lagi gambar menggunakan teknik micro


Gambar orkid sekadar penghias laman rumahku

Bunga yang berwarna merah juga hasil teknik micro,higher shutter speed

Teknik potret(anak buah aku jadi model percuma)


Imej ni sangat cantik dijadikan wallpaper... lol


Focus point disasarkan ke buah,bukan ke kelopak bunga


Bunga raya,fine close up sampai bley kire bape biji kuning kat hujung pollen tube tu


P/S=Aku ngah kumpul duit tuk beli canon 600D NIKON P100.Kepada sesiapa yang ader gear yang dah tak nak pakai tu sedekah la kat aku yer.Thanx kepada semua model tak berbayar aku.Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Allah

XOXO


Sunday, April 3, 2011

Apabila kesakitan menjadi teman,laptop menjadi rakan


Aku membuka mata,
menyalakan suis ASUS,
mengetuk papan aksara,
merencana sebuah cerita.

Aku ingin pergi ke sana,
melihat pameran kamera,
mencuba gadjet yang aku suka,
mendapatkan teknik dan panduan berguna.

Malangnya aku tak berdaya,
kesakitanku sukar dibicara,
sengsaranya luar biasa,
menjalar seluruh bisanya.

terpuruk aku dalam satu ruang maya,
merenung jauh ke awan raya,
menembusi sebuah jendela lama,
terkenang hambatan kenangan lama,

Dan pabila tersedar,
cerah mentari semakin pudar,
fikiran aku terbejat, seolah mahu hilang akal,
untuk terus menulis lagi,
untuk hari ini,
Cukup dengan satu entry!!!

XOXO

Saturday, April 2, 2011

Dayuskah Anda?

Dayuskah aku?satu persoalan yang aku tak mampu nak
jawab sebab aku belum punyai isteri mahupun anak perempuan,namun kepada sesiapa yang dah berkahwin dan mempunyai isteri serta anak,mungkin anda boleh menilai samada diri anda seorang imam yang baik kepada institusi keluarga ataupu
n sekadar seorang lelaki yang berkahwin tanpa memahami konsep sebuah perkahwinan.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Adakah anda mahu isteri anda begini(katakan ya)



Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-


1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

P/S: Keputusan terletak kepada anda,anda nilai,anda lakukan perubahan

Friday, April 1, 2011

Professional vs amateur


Dah banyak kali aku dengar orang kutuk klinik@hospital kerajaan ni lembab la,tak effisien la,doktor tak punyai pengalaman dan kriteria ya
ng sepatutnya dan berbakul lagilah sumpah seranah yang keluar daripada mulut mereka.

Semalam sekali lagi aku terdengar kata2 yang tidak baik tentang klinik kerajaan semasa aku pegi klinik tuk check kaki aku yang dah terseliuh.Aku jumpe seorang makcik ni yang merungut2 pesal klinik tu..Dia bagitau yang doktor suro dia tukar ubat masa dia datang appointment tuk minggu lepas,tapi bila check ari ni,doktor tu marah dia sebab pepandai tukar ubat tanpa preskripsi yang sah(ditandatangani oleh doktor tersebut la maksudnya).Menurutnya lagi,kalau diikutkan hati,mahu saja dia mendapatkn rawatan di klinik SWASTA,malangnya dia bukan orang yang berkemampuan

Lbey kurang macam nila masa makcik tu cakap ngan aku

Walaubagaimanapun,aku tak salahkan klinik tersebut mahupun makcik itu.Bagi aku kita mestilah saling memahami.Makcik tu sememangnya rakyat biasa yang mengharapkan yang terbaik daripada klinik itu,itu aku paham sebab aku berada dalam situasi yang sama!
sememangnya satu kesilapan kalau kita compare klinik kerajaan ngan klinik swasta dari segi kemahiran dan servis.Klinik kerajaan selalunya menggunakan khidmat pembantu doktor(MA) untuk memeriksa pesakit.Selain itu,dari segi gaji,doktor di klinik swasta 2 kali ganda lebih banyak compared to doktor kerajaan,masa kerja lagi,kene pikir sume tue.So mintak maaflah kadangkala servis yang ditawarkan tak menepati ciri2 yang dikehendaki.Bagaimanapun sebagai rakyat yang bertanggungjawab,seharusnya kite berterima kasih kepada doktor2 ini yang telah banyak berkorban masa dan tenaga...

P/S: Diharapkan selepas ini,takdelah orang yang kutuk klinik kerajaan dan compare kan dengan klinik swasta..

XOXO