Friday, April 15, 2011

Kegagalan bukan pengakhiran


Kalau kita gagal,kita sering menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan diri kita sendiri. Cikgu tak ajar lah, soalan susah lah,tak cukup bersedia lah,dan bermacam lagi alasan yang direka bagi menyelamatkan diri sendiri. Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri kesilapan diri kita yang mendorong kepada berlakunya sebuah kegagalan?Adakah kita gagal sebab kita bodoh,atau sebenarnya kita memang tak berminat dengan bidang yang kita ceburi?Jawapannya ada pada anda.

Bagaimana pula dengan orang yang sudah berusaha lebih daripada orang lain,namun masih gagal dalam mencapai keputusan yang diingini? Pada masa inilah kita kena slalu ingat bahawa Allah hendak menguji kita.Allah takkan berikan hambanya beban yang mereka tak mampu tanggung! Kalau hari ini kita gagal,bukan selamanya kita akan gagal.Tak lepas target bukanlah satu kegagalan,namun satu kejayaan yang tertunda.Hakikatnya Allah nak beri lebih pada kita.Kalau kita pass pun cukup2 makan,percyalah tiada gunanya.

Kepada yang pernah gagal,anggaplah percubaan anda seperti acara lompat jauh.Mengapa kita perlu berundur dan mengambil lajak yang panjang untuk menjadi atlet terbaik lompat jauh adalah kerana kita hendak menghasilkan momentum yang lebih berbanding dengan mengambil lajak yang sedikit.Dengan momentum inilah kita akan mampu pergi dengan lebih jauh berbanding dengan mereka yang mangambil lajak dari platform.(jarak sikit)

Jangan bersedih,ini bukan pengakhiran kepada sebuah kehidupan,namun satu permulaan kepada kejayaan...bilamana anda bersedih,ingatlah ayat ini

Jusq'ici tout va bien
l'importance n'est pas la chute,
c'est l'atterisage

XOXO

1 comment:

Unknown said...

xper2..anggap jer kegagalan tu sebagai pengajaran dan pengalaman