Sunday, April 3, 2011

Apabila kesakitan menjadi teman,laptop menjadi rakan


Aku membuka mata,
menyalakan suis ASUS,
mengetuk papan aksara,
merencana sebuah cerita.

Aku ingin pergi ke sana,
melihat pameran kamera,
mencuba gadjet yang aku suka,
mendapatkan teknik dan panduan berguna.

Malangnya aku tak berdaya,
kesakitanku sukar dibicara,
sengsaranya luar biasa,
menjalar seluruh bisanya.

terpuruk aku dalam satu ruang maya,
merenung jauh ke awan raya,
menembusi sebuah jendela lama,
terkenang hambatan kenangan lama,

Dan pabila tersedar,
cerah mentari semakin pudar,
fikiran aku terbejat, seolah mahu hilang akal,
untuk terus menulis lagi,
untuk hari ini,
Cukup dengan satu entry!!!

XOXO

No comments: