Monday, June 20, 2011

My passion

Jalan-jalan di rumah dan ternampak satu pemandangan yang menarik...klak klak klak...bunyi terhasil dari mirror lockup dan...


Burung di atas lampu...

Bunga tengah berkembang...

Sunday, June 12, 2011

Kejadian mistik...ader bran ker?

Ini adalah cerita benar dan bukan rekaan semata2. Saya menulis cerita ini seperti yang diceritakan oleh seorang penghuni bangunan yang dirahsiakan lokasinya.

Cerita bermula apabila mereka bertiga, Zaim, Zarul, dan Zack dipanggil semula ke institut mereka untuk mengambil peperiksaan yang akan diadakan pada hari Ah
ad,(jarang exam buat hari ahad). Disebabkan mereka tinggal berjauhan,pemilihan untuk pulang pada hari sabtu adalah tepat berdasarkan lokasi tempat peperikasaan dan mengambil kira masa untuk sampai ke sana.

Seperti yang dijanjikan,Zack dan Zaim pulang ke tempat penginapan mereka pada hari Sabtu, Malangnya Zarul tidak dapat pulang dengan alasan parents dia busy dan ha
nya akan pulang pada keesokan harinya.Jadi tempat penginapan mereka yang agak besar itupun dihuni oleh Zack dan Zaim jek.

Dipendekkan cerita, setelah malam berlabuh dan mereka selesai makan di sebuah restoran yang berdekatan,Zaim mengambil keputusan untuk tidur dan bangun seawal 5 pagi
untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi exam petang esok.

Usai menunaikan solat Isya', dia pun tertidur. Zack masih tidak dapat melelapkan mata dan membuat latihan pendengaran sebagai persediaan terakhir sebelum ke medan perjuangan.Dari latihan yang diberikan pensyarah sehinggalah latihan dari internet,semua didengarnya dengan harapan akan beroleh keputusan yang cemerlang.

Tanpa Zack sedari,jam sudah menunjukkan angka 12.00 malam,mata yang mengantuk kian terkatup. Kelembutan tilam dan bantal menaikkan lagi nafsunya untuk tidur di bilik yang dilengkapi dengan sistem pendingin hawa(sejuk beb) itu. Lampu ditutup dan azam dipasang agar dapat bangun seawal yang mungkin untuk melakukan persediaan
mental. Mereka telah berjanji untuk bangun awak bersama. Zaim sudah lama lena di katil sebelah.

Laluan ke bilik mereka...

Bilik mereka....

Jam 2.00 pagi Zack terjaga dari lenanya apabila terdengar bunyi berdes
ir dan bergoncang di luar bilik.Setahunya hanya mereka berdua yang menghuni bangunan besar itu sejak tengahari tadi.Dia memberanikan diri menjenguk ke luar bilik,namun tiada apa2 yang mencurigakan dan bunyi tadi juga telah terhenti,dia meneruskan perjalanan ke ruang tamu,dan ketika ini jugalah ekor matanya sempat menangkap imej putih yang melayang masuk ke dalam bilik yang ditinggalkan tadi.Dalam hatinya berharap agar tiada apa2 yang akan menimpa rakannya yang masih lena di dalam bilik itu.

Dia bergegas masuk ke dalam biliknya kembali.Berderau darahnya apabila benda putih itu berada di atas rakannya.Dengan ilmu yang ada,dia menghalau makluk itu dan lantas mengunci pintu bilik.Sungguh,kelakiannya benar2 tercabar kali ini apabila dia hampir angkat kaki meninggalkan blok itu.

Gangguan mistik tidak berakhir setakat itu, setelah pintu bilik dikunci,dia terdengar pula bunyi sesuatu menyapu karpet di luar menggunakan penyapu lidi.Dia tidak berani untuk menjenguk sekali lagi dan tidak mengendahkan gangguan itu. Akibatnya pintu bilik mereka pula yang diketuk.Ketukan yang mulanya perlahan bertambah kuat sehinggalah waktu pagi. Gangguan hanya tamat pada pukul 5.00 pagi


####################################################################

Keesokannya mereka pergi mengambil peperiksaan tanpa menceritakan peristiwa itu kepada sesiapa. Setelah pulang dari exam barulah kedua mereka berani buka mulut dan menceritakan apa yang berlaku. Disebabkan itu, Zaim mengambil keputusan untuk pulang awal dengan alasan mudah untuk menyaksikan AF(Konsert Aznil).Zack juga yang awalnya ingin pulang pada hari isnin,mengambil keputusan drastik untuk pulang pada malam itu juga. Namun hakikatnya masih banyak lagi rahsia yang disimpan Zack kerana dikhuatiri rakannya Zarul,dan Zaim tidak berani untuk melangkah ke situ semula. Tambahan pula,semasa mahu pulang malam itu,dia ternampak tuala kecil Zaim masih tertinggal di ampaian.

P/S= nama watak dan lokasi dipalsukan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu.Makhluk ghaib memang wujud di alam ini,terpulang kepada kita untuk mempercayainya,mereka juga suka menetap di dalam bilik ader air cond dan dapur yg ader microwave dan peti sejuk...heeeeeeee..

Saturday, June 4, 2011

Hobi membuang bayi


Hari ni lepas study sket, aku turun jap usha paper kat ruang tamu. Sekali lagi berita pesal kes buang bayi terpampang di dada akhbar.Sebenarnya aku nak baca bab sukan jek especially bola la.last2 terpaku gak aku kat tajuk2 hangat yang menceritakan perbuatan bangsat remaja kita.

Untuk hari ni, aku pun dh tak bley nak ingat ni kes keberapa dalam tahun ni sebab dh terlampau banyak perbuatan laknat ni berlaku.Bayi dalam tandas la,tepi tong sampah,bayi kene campak dari level5 n banyak lagi kisah sensasi tentang pembunuhan bayi yang tak berdosa ni.

Kekadang aku terpikir gak salah siapa di sebalik malapetaka yang membadai ahklak pemangkin negara ni.Salah parents kah,salah gurukah,salah sistem pendidikan kah,ataupun memang salah golongan bajingan ini?Pelik-pelik,mase seks luar nikah,sume terasa nikmatnya,bile dh bunting, si jantan jongos lari, merasalah ko sendiri azabnya.Nak ngadu kat parents malu,nak report polis,bukannya kes rogol pun...Last2 amik keputusan bangang dengan membunuh bayi,teruk punye orang.

Hopefully takdelah sedara mare aku yang melakukan perbuatan keji dan hina ni.Memang memalukan.

*MAJORITI PEMBUANG ANAK IALAH MELAYU MUSLIM..

*HOPEFULLY TAK DAPAT PELAJAR YANG BERPERANGAI SEPERTI BINATANG INI.

P/S= at least sekolah harapan di melaka berjaya mengurangkan kadar pembuangan bayi,apa pula sumbangan anda?