Monday, December 4, 2017

Secebis Perubahan di Luar Bandar


Semoga Tahun 2018 membawa banyak perubahan.

Perubahan pada diri

Perubahan pada masyarakat

Perubahan pada sekolah

Perubahan pada pendidikan

Sebab kita adalah ejen-ejen perubahan tersebut. 
Anasir Taghyir


Thursday, August 31, 2017

Antara terbuang dan dibuang


Kes disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah ni benda biasa sebenarnya. Antara serius atau tidak sahaja. Tahun ni disiplin sekolah aku agak merosot sikit. Aku sedar perkara ni bila Cg Salim dah berpindah ke sekolah sebelah. Masa nilah ramai budak-budak yang keluar tanduk.

Tahun ni juga. Kami buang ramai pelajar. Atas sebab mereka ni akan mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Nak-nak tahun depan exam besar (SPM). So daripada majoriti ni dirosakkan oleh minoriti, ada baiknya jika golongan sedikit-tapi bermasalah-tak-sedar-diri-pula-tu ini dikeluarkan.

Ada yang sempat aku jumpa, aku nasihat. Terima atau tidak itu hal dia. Aku kurang percaya yang hukuman ni dapat meluruskan manusia dan membetulkan kesilapan secara total. Kalau boleh biarlah dia berubah dengan rasa hati dan kesedaran diri sendiri. Dari ramai, tinggal sedikit, dan semakin hari semakin sedikit.
Budak ragbi pun makin kurang. Sebab budak ragbi biasanya memang yang nakal-nakal. Yang baik-baik, badan sedap tapi penakut dan bacul. Benda mcam ni jugak yang buat aku menyampah kadang-kadang tu.

Biarlah apapun yang terjadi, dalam hati ni sentiasa mendoakan yang baik-baik kepada pelajar yang dibuang atau terbuang dari sekolah. Semoga selamat menjadi manusia dan bermanfaat kepada orang lain.


Nikmat Allah luas, cuba cari dan kenali potensi diri.