Monday, February 28, 2011

Kembara Seorang Pencinta


Dedikasi untuk kawan2,teman2, serta seseorang yang sentiasa berada dalam ingatan...

Tika berjalan dalam redup malam,
Aku disapa angin kegelapan,
Terjahan yang menyengat tulang,
Tusukan yang membius fikiran.

Di kanan cabaran terbentang,
Di kiri asakan melintang,
Ombak besar sentiasa menghalang,
Gelora rasa dan gelojak gelombang,
Terus mekar sebagai petualang,

Maafkan aku kalau tak memblas SMS kamu,
Ampunkan aku kalau tak menghubungi selalu,
Kerna aku yakin kau lebih tahu,
Lebih bijak mentafsir situasi,
Lebih hebat dalam ilmu mengenal diri.

Biarkan ia berlalu pergi,
Ibarat gugurnya bebunga masa dan pepohon waktu,
Masanya akan tiba juga suatu hari nanti,
Hari-hari mendatang bakal menjadi saksi,
Sebuah pengorbanan yang sangat-sangat bererti,
Antara 2 hati.

Friday, February 25, 2011

Dia menulis bukan kerna nama!!!

Dedikasi khas diriku kepada penulis2 blogger....Terhasil daripada idea yang tiba2 datang setelah TRAGEDY AKU menjelma semula
Align RightDia menekan beberapa aksara di papan kekunci,
Ingin menyatakan kebenaran,
Ingin mengungkap makna kecelakaan,
Yang hanyut seperti ditelan zaman.

Tulisannya bukan satu ancaman,
Bukan juga satu tauladan,
Bukan satu kebetulan,
Ianya satu kesimpulan.

Dia menulis bukan kerna nama,
Tidak bangga menjadi pejuang bangsa,
Tidak kenal erti putus asa,
Tidak bongkak punyai banyak followers,
Tidak gentar diancam stalkers.

Hakikatnya dia insan biasa,
Miliki harta berganda tapi bukan kaya raya,
Keluarga dan saudara yang ramai,
Kediaman yang permai,
Sebiji DSLR yang cikai.

Dia akan terus menulis selagi hayat dikandung badan dan internet masih berjalan

-->
-->

Thursday, February 24, 2011

Antara erti kawan dan lawan

Adakah kita tahu kadangkala lawan kita adalah adalah sumber terbaik bagi kita mengetahui kelemahan kita dan kawan kita kadangkala adalah manusia yang seringkali menganiayai kita?

Sebuah perjalanan hidup.
Menempuh onak duri perjuangan.
Yang tidak mengenali erti belas kasihan....Nun di sana........
wajah wajah ceria kawan...Nun di sana jua....
wajah wajah hitam musuh......harus dikenalpasti
Dalam menukil kisah perjalanan panjang.....sebuah perjuangan
bicara teman
bicara musuh
wajar di asingkan
bicara teman
bicara lembut dalam renungan
bicara musuh
bicara keras dalam pemusuhan
Dalam menukil kisah perjalanan panjang.......sebuah perjuangan
kawan adalah perisai
lawan adalah senjata
yang mesti dibezakan
antara kebaikan yang dicari
dan kemusnahan yang dielak
Dalam menukil kisah perjalanan panjang.......sebuah perjuangan
bait bait serangan
harus ditujukan kepada lawan
tinta teguran halus
harus ditujukan untuk kawan
Dalam menukil kisah perjalanan panjang.......sebuah perjuangan
kenali kawan
kenali lawan

Monday, February 21, 2011

Berkenalan dengan Syaitan !!!

Minggu lepas aku dh mintak penjelasan berkenaan dengan Jin dan hukum berkahwin dengan mahkluk ini mengikut perspektif Ustaz Scan (sebab dia pandai Scan orang)...

Setelah berpuas hati dengan jawapan dia,aku pun google pasal syaitan pulak. Makhluk yang telah mencetuskan perbalahan di langit sejak azali lagi,so sekian info yang aku dapat..entry kali ni nama2 syaiTan dan peranannya dalam menghancurkan manusia.

ZALITUUN :

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

WATHIIN :

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

A'AWAN :

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

HAFFAF :

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

MURRAH :

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

MASUUD :

Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

DAASIM

( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

WALAHAAN :

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

LAKHUUS :

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.


Saturday, February 19, 2011

Syaitan lebih baik?



Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu Subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal sahabat sejatiku diakhirat nanti..!"

Ketika waktu Asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya Maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut.
Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil bergegas pergi
sumber: http://saidinhasnam.blogspot.com

Thursday, February 17, 2011

10 hours, its enough for me!

Now, setiap hari kelas aku dah meningkat kepada 10 jam sehari.
Pagi,petang, n malam some more( sometimes teringat masa prep malam kat secondary skul dulu)
So,sebagai penghargaan kepada semua yg menjayakan kelas ni,aku nak dedicated a poem to all those yg bekerja merangka learning support ni.

10 jam,
Satu penantian,
Bermulanya pagi,
Mengengsot ke petang dan,
Hanya berakhir pada waktu malam,
Ketika insan lain berteriak riang menjamu makanan.
10 jam,
Menagih penuh perhatian,
Menuntut seribu satu cabaran,
Meredhai setiap cercaan dan makian,
Menggemis rebas air mata yang jatuh berguguran.
10 jam,
Terlalu minima jika dibandingkan,
Terlalu pendek bila March semakin mencengkam,
Ditafsir angkuh jika cuba menafikan setiap pemberian,
Dituduh tidak ambil peduli bilamana menzahirkan keraguan.
10 jam,
Tampak keburukannya,
Kerana kebaikannya sukar dilihat,
Faedahnya seperti sukar diterjemah,
Oleh insan yang kurang matang akalnya,
Tertutup panca indera dan tidak mahu mencerna,
Insan itu aku,seseorang yang tidak peka,tidak juga sempurna.

Sunday, February 13, 2011

Boycott, that all i can say

Tomorrow will be that day,
the day of valentine, the day of benign.
Boycott this day,that all i can say!



Here is our day,
the day of mine,the day of divine,
Celebrate this day,as the God say!



Friday, February 11, 2011

Facebook pembunuh hubungan realiti

Salam satu Malaysia…

Entry kali ni cuba pendapat aku jek,

Sememangnya takde kene mengena dengan pihak tertentu…so kalau ade yg terasa jgn marah k.

Cuba kowunk perhatikan,kita berborak (chit-chat) di facebook lebih dari kita berborak bila berjumpa(bertentang mata), malah kadangkala bila bertemu di facebook, sangat rancak melontarkan komen sehinggakan kadangkala mencecah ribuan komen yg diberikan,namun pabila berjumpa secara bersemuka, sepi menyepi…Takde ungkapan,takde kata2 yg terbit dari mulut kita.

Adakah anda seperti ini sepanjang masa?

Adakah kita memang dididik hanya untuk berbicara melalui papan aksara(keyboard),bukannya dengan mulut?Cuba bayangkan hidup dengan skrin di depan muka, jari di atas keyboard ,dan mata sentiasa tertancap di permukaan kaca itu. Sememangnya satu kehidupan yg membosankan.

Contoh manusia gila PC

Alangkah lebih baik jika masa berinteraksi secara vitual itu diterjemah kepada interaksi secara reality seperti bermain bola@bowling@snooker,berenang,dan permainan lain yang lebih menjanjikan keseronokan..Percayalah, kualiti hidup anda akan lebih bermakna…


Kalau petang2 turun main bola kan best.

Lagi satu,jalinkanlah hubungan silaturrahin dengan orang yg berdekatan (sekeliling anda)sebelum pergi lebih jauh lagi.Sebabnya, apabila anda memerlukan pertolongan segera,kawan2 inilah yg seringkali akan membantu anda(disebabkan faktor jarak)berbanding kawan yg diperoleh daripada alam maYa…

Yang paling pelik tu kalau kawan sebelah2 pun nak cakap guna FB..so PIKIR2 kanlah