Friday, February 11, 2011

Facebook pembunuh hubungan realiti

Salam satu Malaysia…

Entry kali ni cuba pendapat aku jek,

Sememangnya takde kene mengena dengan pihak tertentu…so kalau ade yg terasa jgn marah k.

Cuba kowunk perhatikan,kita berborak (chit-chat) di facebook lebih dari kita berborak bila berjumpa(bertentang mata), malah kadangkala bila bertemu di facebook, sangat rancak melontarkan komen sehinggakan kadangkala mencecah ribuan komen yg diberikan,namun pabila berjumpa secara bersemuka, sepi menyepi…Takde ungkapan,takde kata2 yg terbit dari mulut kita.

Adakah anda seperti ini sepanjang masa?

Adakah kita memang dididik hanya untuk berbicara melalui papan aksara(keyboard),bukannya dengan mulut?Cuba bayangkan hidup dengan skrin di depan muka, jari di atas keyboard ,dan mata sentiasa tertancap di permukaan kaca itu. Sememangnya satu kehidupan yg membosankan.

Contoh manusia gila PC

Alangkah lebih baik jika masa berinteraksi secara vitual itu diterjemah kepada interaksi secara reality seperti bermain bola@bowling@snooker,berenang,dan permainan lain yang lebih menjanjikan keseronokan..Percayalah, kualiti hidup anda akan lebih bermakna…


Kalau petang2 turun main bola kan best.

Lagi satu,jalinkanlah hubungan silaturrahin dengan orang yg berdekatan (sekeliling anda)sebelum pergi lebih jauh lagi.Sebabnya, apabila anda memerlukan pertolongan segera,kawan2 inilah yg seringkali akan membantu anda(disebabkan faktor jarak)berbanding kawan yg diperoleh daripada alam maYa…

Yang paling pelik tu kalau kawan sebelah2 pun nak cakap guna FB..so PIKIR2 kanlah

No comments: