Setelah berpuas hati dengan jawapan dia,aku pun google pasal syaitan pulak. Makhluk yang telah mencetuskan perbalahan di langit sejak azali lagi,so sekian info yang aku dapat..entry kali ni nama2 syaiTan dan peranannya dalam menghancurkan manusia.
ZALITUUN :
Duduk  di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat  cermat. Menggoda  supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang  tidak  perlu.
WATHIIN : 
Pergi  kepada orang yang mendapat musibah supaya  bersangka buruk terhadap  Allah.
A'AWAN : 
Menghasut  sultan/raja/pemerintah  supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan  kedudukan/kekayaan hingga terabai  kebajikan rakyat dan tidak mahu  mendengar nasihat para ulama.
HAFFAF :  
Berkawan  baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat   maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras  )
MURRAH : 
Merosakkan  dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik  sehingga lupa kepada  Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour  etc.
MASUUD : 
Duduk  dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,  umpatan dan  segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
DAASIM  
(  Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita.  Jika tidak  memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak  agar berlaku  keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai,  suami bertindak ganas,  memukul isteri, isteri hilang pertimbangan  menuntut cerai, anak-anak didera dan  perbagai bentuk kemusnahan  rumahtangga).
WALAHAAN  : 
Menimbulkan rasa was-was  dalam  diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan   ibadat-ibadat kita yang lain.
LAKHUUS : 
Merupakan  sahabat orang Majusi yang  menyembah api dan matahari.
 
 
1 comment:
pernanh dengar nma org masuud
Post a Comment