Thursday, February 17, 2011

10 hours, its enough for me!

Now, setiap hari kelas aku dah meningkat kepada 10 jam sehari.
Pagi,petang, n malam some more( sometimes teringat masa prep malam kat secondary skul dulu)
So,sebagai penghargaan kepada semua yg menjayakan kelas ni,aku nak dedicated a poem to all those yg bekerja merangka learning support ni.

10 jam,
Satu penantian,
Bermulanya pagi,
Mengengsot ke petang dan,
Hanya berakhir pada waktu malam,
Ketika insan lain berteriak riang menjamu makanan.
10 jam,
Menagih penuh perhatian,
Menuntut seribu satu cabaran,
Meredhai setiap cercaan dan makian,
Menggemis rebas air mata yang jatuh berguguran.
10 jam,
Terlalu minima jika dibandingkan,
Terlalu pendek bila March semakin mencengkam,
Ditafsir angkuh jika cuba menafikan setiap pemberian,
Dituduh tidak ambil peduli bilamana menzahirkan keraguan.
10 jam,
Tampak keburukannya,
Kerana kebaikannya sukar dilihat,
Faedahnya seperti sukar diterjemah,
Oleh insan yang kurang matang akalnya,
Tertutup panca indera dan tidak mahu mencerna,
Insan itu aku,seseorang yang tidak peka,tidak juga sempurna.

No comments: