Sunday, August 4, 2013

Jangan Pernah Salahkan Mereka


Usai solat terawih,kita melihat ke belakang.
Terkejut.

Hanya tinggal satu saf dipenuhi jemaah yang dah beruban di kepala
Poofff ! Yang muda dah hilang entah ke mana.
Moreh pun orang dah tak suka


Situasi  biasa di masjid dan surau di Malaysia setiap Ramadhan.

Semakin berakhirnya Ramadhan,semakin kurang tetamu di rumah Allah itu.
Kita suka menghabiskan masa mengeteh roti canai dan maggi goreng di mamak dan bermain futsal sampai ke sahur dari melakukan iktikaf di masjid mengejar lailatulqadar.



Kesedaran tentang kelebihan lailatulqadar

Berapa ramai antara kita yang didedahkan dengan kelebihan lailatulqadar sehingga kita sanggup tinggalkan futsal yang memachokan diri dan restoran mamak yang membuatkan nafsu makan kita mencanak naik ke tahap yang tertinggi? Memang ada yang sanggup tinggalkannya,tapi ini golongan minoriti.
Golongan yang faham akan keistimewaan bulan barakah ini. Bukan golongan yang tahu tapi tak mahu memahamkannya.



Fobia dengan masjid

Ya, mungkin kedengaran lucu.Tapi ada di antara kita yang tak nak terawih di masjid sebab fobia dimarahi pesara polis yang melentik misainya ketika zaman kanak2nya.Sikap jemaah masjid yang menganggap kanak2 sebagai mengganggu kekusyukkan solat harus diperbetulkan. Solat memang tak khusyu', salahkan kanak2 pula ! Masjid mestilah menjadi tempat tarikan untuk golongan muda dan kanak2,bukannya tempat yang digeruni dan ditakuti.



Pengaruh media massa

Lagu raya dan berdendang di kedai2 dan supermarket sejak first Ramadhan lagi.Ini bukan mainan media ke? Sepatutnya semangat Ramadhan yang kita perlu naikkan,bukannya memberi keghairahan kepada makcik2 dan nenek2 untuk bershopping raya!Kalau kat Tv pulak,waktu solat terawih la ade mcm2 citer super best yang menggugah iman kita. Sepatutnya channel2 ni kenalah peka dengan keperluan rakyat kita. Tak dinafikan memang ada certain channel yang bagus mcm Kalamullah, Qari Junior dan beberapa channel lain yang islamik.Tapi dari segi ratio bilangannya , memang program2 ni kalah teruk dengan bermacam2 movie yang merosakkan iman.



Pilihan di tangan kita.

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari jek lagi, boleh masuk dah gear 5 tanpa ragu2.Semoga ibadah kita terus melaju, semoga diri kita sentiasa dipandu.

Ehh, kanak2 tadi telah kembali ke saf kedua,

Oooh, mereka ambil wuduk di luar rupanya,bukan meninggalkan masjid sepeti yang kita sangka !

XOXO

3 comments:

apple damein said...

yg last tu key to success..semua berbalik kepada kita..mcm cara nk didik ank ke masjid dan menghormati jemaah lain. pilihan kita mcm mana nk tegur anak2 tu..pilihan kita nk bermain futsal ke, dan juga pilihan kita sedar ke tak kelebihan mlm2 akhir..semuanya KITA..thanks for the words

nuurjana said...

hi..nice entry..visit me back..http://randsomana.blogspot.com/search/label/lukisan.^_^

Neijie said...

Sedih sngat ramadhan tahun ni bakal brlalu pergi.. sokong sangat dengan pendapat awak tu. Pada bulan ni, awal2 bulan memang ramai pergi tarawih. pastu, last2 makin kurang. heheh.. tak sabar nak raya semuanya ni.. hahaa