Friday, July 27, 2012

Dialog Ramadhan dan pembunuhan




Suatu pagi, seorang ayah melihat anaknya yang berumur 14 tahun kelihatan sugul termenung di tangga.

Ayah: "Selamat pagi..."

Anak: "Ya, selamat pagi ayah. Sekarang pukul berapa?"

Ayah: "11.30 pagi."

Anak: "Ayah ibu baru bangun, ya?" 

Ayah: "Hari minggu kan. Biasalah. Syok tidur lepas Subuh. Hehe."

Anak: "Ibu dah habis tengok drama Korea malam tadi?"

Ayah: "Ayah rasa dia dah habis tengok malam tadi. Pukul 2.30 pagi dia tdo malam tadi. Ayah balik pukul 2 pagi tadi dari kedai kopi makan colek buah dengan member, ibu duk menonton lagi. Ayah terus tidur tak tunggu dia dah. Bangun-bangun dah sahur."

----
Anak: "Oh..."

Ayah: "Duk menung jauh nampak. Fikir awek kat sekolah ek? Hee"

Anak: "Emm..ayah tau tak Burma tu kat mana?"

Ayah: "Err..er.."

Anak: "Dulu namanya Burma. Sekarang namanya Myanmar. Negara tu terletak sebelah dengan Bangladesh. Dulu kerajaannya dipimpin kerajaan tentera sampai 2011. Sekarang baru kerajaan demokrasi. Dah ada presiden namanya Thein Sein."

Ayah: "Err..kenapa dengan Burma ni?

Anak: "Saya baca dekat internet, kat sana ada 800 ribu penduduk Rohingya yang mana mereka ni tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka. Ramainya antara mereka orang Islam macam kita. Masyarakat majmuk juga macam negara kita. Kat wilayah yang ada penduduk Rohingya tu ada puak Buddha yang besar orang panggil Buddha Rakhine."

Ayah: "Ok. Ayah tak faham. So?"

Anak: "Kat sana telah berlaku rusuhan antara agama. Buddha lawan Islam. Islam telah lama didiskriminasi di sana. Tapi kali ini telah sampai ke kemuncaknya. Tahun ni hingga ke bulan Ramadhan ni, berpuluh-puluh ribu umat Islam dibunuh oleh fanatik Buddha. Masjid-masjid dibakar bersama jemaah di dalamnya, yang membantu baiki masjid dipenjara, wanita-wanita dirogol sampai mati, mayat-mayat umat Islam dihumban ke sungai ke laut tanpa boleh dikebumikan, dibiarkan dimakan anjing-anjing dengan mayat2 dibogelkan tidak berpakaian. Moga Allah melaknat kezaliman melampau yang sedang berlaku. Allah..Allah.."

Ayah: "Owh. Jadi kamu risaukan mereka?"

Anak: "Ya. Tapi saya lagi risaukan kita umat Islam seluruhnya."

Ayah: "Eh, nak risau apa. Jauh lagi tu. Kita duk dalam Malaysia ni aman la. Tiap-tiap tahun boleh sambut malam countdown Tahun Baru dengan meriah. Siap bunga api, konsert dan tarian. Rilek.."

Anak: "Itulah yang saya bimbangkan. Jika semua umat Islam sama seperti kehidupan kita; masih seronok menonton drama/filem kesukaan, masih bersembang sakan dengan rakan-rakan sampai lewat malam di kedai kopi, kedai mamak..tidur lewat, bangun lewat... maka di manakah perubahan?"

Ayah: "Alah..sekali-sekala je hari minggu pe.."

Anak: "Ya, saya lihat pada diri saya sendiri je. Balik sekolah, balik tuisyen malam dah penat. Tidur lewat. Bangun dh subuh. Tahajjud terlepas. Kemudian berulang lagi rutin setiap hari begitulah. Ibu ayah kerja pun begitulah. Balik keje dh penat. Esok ulang lagi keje."

Ayah: "Erm..."

Anak : "Sejujurnya kita tidak betul-betul doa untuk umat Islam yang menderita di seluruh dunia. Masa yang terluang, diisi dengan laman sosial, tenet, outing dgn kawan, buat benda yang kita suka dan sebagainya. 

Jadi, bila kurangnya doa, seluruh umat Islam tidak bersatu hati berdoa, tidak sudi berdoa, agak-agak Allah sudi tak memberikan pertolongan dengan usaha kita yang tak seberapa? Sedangkan makin kita taqarrub(dekat diri) pada Allah, Allah makin dekat pada kita mengabulkan doa-doa kita, kan?"

Ayah: "..."

Anak: "Dahlah. Saya pun tak tahu nak buat macam mana. Saya tak boleh pergi berperang, saya tak boleh berdemonstrasi, apa yang saya mampu buat hanya berdoa dan berikan derma pada mereka. Maaf ayah..saya pergi buat keje sekolah dulu."

Ayah terdiam memikirkan kata-kata anaknya.

--
Story by: Syabab Musafir Kasih

1 comment:

Rizal Sadiman said...

this is so true.
Lps ni aku jnji aku akn doa lebih ikhlas.

Kesian sgt saudara sesama islam kita dibunuh.

Mana OIC? United Nation jgn harapla nk review isu2 mcm ni..