Saturday, March 19, 2016

Masih adakah gitar itu? | Edisi Khas |


Orang panggil dia Cikgu Bis. Nama sebenar beliau ialah Bistamam Bin Talib. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka adalah sekolah pertama yang dia posting dan kekal di situ sehinggalah hari persaraannya. Semua ex-mozac pasti mengenali susuk ini.

Mungkin tak banyak perkara yang aku ketahui tentang dirinya. Tapi apa yang aku ingat dia antara susuk yang berjaya menjadi inspirasi untuk aku teruskan karier ini. Karier yang hebat cabarannya, tidak hidup famous dan menjanjikan kekayaan. Sifat paling baik yang boleh dicontohi dari beliau adalah Ikhlas. Beliau bukan seorang guru 25 haribulan yang hanya menantikan gaji dan kerja ala kadar, tapi beliau seorang pendidik yang action speaks louder than words. Dia kata dia buat, dia mahu, dia cuba realisasikan.

Kalau hari ini cikgu-cikgu hebat memandu ke sekolah dengan kereta keluaran BMW, Camry, Alphard, dan Vellfire - even cikgu baru posting pun sudah mampu pakai Honda City dan Almera, Cikgu Bistamam tetap gah memandu van putihnya pada zaman itu. Kelibat van itu, bunyi enjinnya sudah dikenali di segenap inci dan ruang di atas bukit ini. Mungkin dia percaya bahawa kenderaan yang hebat tidak menunjukkan bahawa pedagogi juga turut hebat. Dia tunjukkan bahawa pembelajaran yang hebat hanya dapat dihasilkan dengan bakat dan kesungguhan seorang murabbi (pendidik).

Pada era globalisasi, dia masih menggunakan campuran teknik kontemporari dan teknik klasik dalam bilik darjah. Pelajar yang gagal menjawab soalan dan menyiapkan tugasan akan didenda dengan cara lama; berdiri atas kerusi, berdiri atas meja, berdiri di luar kelas dan sebagainya. Beliau juga tidak akan berganjak dari silibus yang diajar jika masih ada pelajar yang gagal memahami konsep yang cuba diajarkan. Walaupun kelas lain sudah advance 1-2 bab ke hadapan !

Aku ingat sebabnya aku adalah antara pelajar yang lambat nak faham konsep matematik. Bila kami dah faham barulah dia bergerak. Dia juga banyak buat kelas malam untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti PMR (PT3). Tak berkira sangat dengan alasan rumah dia dekat dari sekolah.

Pernah sekali di waktu pagi pada sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, aku lalu belakang kantin dan nampak van putih. Dia baru sampai sekolah. Di terus keluar dari van dan mencapai sesuatu di atas kerusi belakang - sebuah gitar di dalam sarungnya. Aku ucap salam dan terus bertanya.

Mengapa cikgu bawa gitar,
cikgu pandai main gitar ke?

Eh saja je ni, mana lah tahu MC panggil untuk buat persembahan, at least ada backup.

 Malangnya pada hari tersebut MC terlupa nak jemput beliau untuk persembahan dan lagi teruk aku terlupa nak bagitahu MC perihal gitar di dalam van putih itu. Akibatnya sampai sekarang aku rasa bersalah. Sebak sekejap.

Pada pertemuan baru-baru ini di Casa Del Rio, aku sempat bergambar dengan beliau. Banyak amanah yang dititipkan untuk menjadi seorang guru yang baik. Bagaimana mendekati pelajar dan teknik menganggap mereka sebagai anak sendiri. Untuk cikgu-cikgu baru, mungkin ini salah satu anekdot yang dapat memberi inspirasi dalam memilih jalan yang penuh dengan tribulasi dan mehnah ini.
           
Untuk guru-guru berpengalaman  yang kadangkala terasa penat, lelah, dan putus asa - akibat sikap pelajar dan parents yang acapkali gagal membezakan tugas guru dengan baby sitter, mungkin boleh mengambil iktibar bagaimana Cikgu Bis mampu keep the flame sepanjang perkhidmatannya dalam dunia pendidikan.

Bersama-samalah mendoakan susuk ini agar sentiasa sihat dan sentiasa gembira di samping keluarga tercinta. Akhir sekali,


TERIMA KASIH CIKGU BISTAMAM !

No comments: