Friday, March 25, 2016

Peluang Kedua Selalu Ada


I believe that everyone in this world deserve a second chance.

Peluang kedua wujud disebabkan peluang pertama tidak berjaya dimanfaatkan. Atau mungkin ada insiden yang berlaku dan menyebabkan peluang pertama itu gagal direalisasikan. Sebagai contoh ;

1)   Peluang kedua dalam percintaan setelah curang pada kesempatan yang pertama.

2)  Peluang kedua untuk repeat exam setelah first attempt dihabiskan dengan poya-poya dan Dota.

3) Peluang kedua untuk memohon maaf setelah mengkhianati seorang rakan yang memberikan kepercayaan.

And the list continues

Pernah dengar peluang kedua dalam kehidupan?

Bilamana kau pernah sia-siakan nyawa dan usia lampau untuk berjimba dan melakukan jahiliah dan terlibat dalam benda lagha. Lagi parah bila kau berbangga dengan setiap kejahilan yang dilakukan.

Bermandi dalam dosa jahiliah.
Masih bolehkah berubah?

Memang boleh asalkan kau nak.

Allah maha pengampun

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ

Tidaklah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya?(QS. At Taubah: 104


1.       First step to move on

Menyesal atas dosa lalu dan berazam untuk berubah.
Starting from this point, cuba tinggalkan sikit-sikit jahiliah yang selalu kau buat.
Dari perkara yang paling besar kepada perkara yang paling kecil.
Dari pergi clubbing sampailah anything yang membuang masa.
Perlahan-lahan.
InsyaAllah boleh.

2.       Bina circle of friends yang baik

Cuba berjinak-jinak dengan masjid. Masjid di kawasan bandar is better sebab kebanyakan dari mereka open minded untuk bergaul dengan pendosa. Libatkan juga diri dalam setiap aktiviti masjid dan kemasyarakatan yang dijalankan. Lama-lama hubungan akan terbina dengan ahli kariah masjid dan sikap-sikap positif dari circle of friends ini akan perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam diri kita.Dalam masa yang sama, cuba perlahan-lahan tinggalkan kelompok jahiliah tadi. Jika rasa diri kau cukup kuat dan sayangkan rakan-rakan yang lain, tarik mereka sekali ke arah yang lebih baik. For sure dalam 10 orang yang kau ajak,akan ada seorang yang terkesan. Contoh yang paling baik adalah diri kita sendiri. Pamerkan akhlak yang menarik dan menegur mereka dengan cara yang paling berhemah.

3.       Hadirkan diri ke majlis ilmu

Ini antara point yang paling penting. Kita dah berubah. Tapi bagaimana untuk sustain dengan perubahan itu dan berkembang untuk jadi lebih baik.
Dengan ilmu, martabat seseorang itu akan dinaikkan. Sebab itulah pendakwah banyak bercerita tentang perbezaan antara Alim dengan Abid. Kita mungkin sudah menjadi Abid (Ahli Ibadah), tapi Islam lebih menekankan untuk penganutnya menjadi alim (orang yang berilmu). Jadi cuba luangkan masa untuk mendengar tazkirah, ceramah, dan majlis-majlis ilmu yang berdekatan dengan lokaliti anda dahulu.

Dekat. Dan dapat save minyak kan (Jangan kedekut sangat k). Bila dah bersedia untuk spend lebih sikit wang dan tenaga, cuba risik-risik ceramah dan konferens yang dihadiri oleh speaker-speaker hebat dan boleh thiqah (percaya) dengan ilmunya. Mungkin kadangkala kita fikir medium youtube adalah yang paling mudah. Tak perlu bergerak ke sana ke sini dan menjimatkan pembelanjaan. Kat sinilah hadirnya mujahadah (kesungguhan) dalam menuntut ilmu. Keberkatan menghadiri majlis-majlis ilmu itu seperti berada di dalam taman-taman syurga. Pasti mengujakan bukan.

Lagi satu, sudah tentu berbeza perasaan kita apabila menyaksikan match bola sepak di hadapan TV berbanding berada di bangku penonton itu sendiri. Hoyeah.

4.       Abaikan kritikan dan buang segala negative vibes

Ini juga antara paling penting di Fasa awal perubahan. Pasti akan ada suara-suara sumbang dan mulut-mulut tiada insurans yang akan berusaha untuk menghalang perubahan yang baik ini. Biasalah, benda baik. Banyak halangannya. Terutamanya dari rakan-rakan rapat kita sendiri yang bengang bila kita dah tak mahu ikut mereka clubbing dan mencipta pelbagai jenis alasan untuk tidak terlibat lagi dalam perkara-perkara lagha (sia-sia). Sampai satu masa, kau akan rasa down dan tak mahu teruskan perubahan.

Jangan. Dan jangan putus asa.

Kalau mereka tak menyokong perubahan itu, cukuplah keluarga dan diri kau sendiri yang menyokong kaebaikan itu. Kalau tiada siapa mahu bersama kau, cukuplah Allah sebagai tempat mengadu.

5.       Lembaran Baru

Mulakan hidup baru.
Lupakan sejarah silam.
Jangan lihat pada permulaan kita.
Tapi lihat pada pengakhiran agar kita terus istiqamah (konsisten) dalam perubahan yang dilakukan.

"Seorang muslim takkan jatuh ke dalam perangkap yang sama untuk kali ke-2."

Selamat Berubah.


No comments: