Monday, March 21, 2011

Sumpah,ini satu kesilapan




Muammar Gadaffi yang didakwa mengamalkan rejim kuku besi
Kemusnahan yang diakibatkan bedilan pihak tentera bersekutu

Bendera Libya yang kini akan hilang maruah dan identitinya

Baru lepas amik exam PO(lisan), agak susah gak tajuk yang aku dapat,so malas nak ungkit,yg penting minggu depan aku akan try tebus balik markah aku yang dh banyak hilang kat situ.
tp aku tak nak citer pasal exam,aku nak citer pesal bnde lain yang lebih penting.

On the way balik td,aku singgah jap kat kedai surat khabar,dan aku terbaca satu tajuk yang mengundang perasaan tidak senang hati.BUMI LIBYA BERMANDI DARAH HARi INI.

Pihak kerajaan bersekutu seperti AS,French n Britain telah menyerang bumi Libya yang dipimpin oleh Gadaffi setelah mendapat kebenaran resolusi PBB atas alasan mengawal keganasan yang diperintah oleh rejim kuku besi itu.

Tentera Libya melaporkan:

Tentera Gaddafi mendakwa 48 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan ulama terbunuh dan 150 cedera dalam serangan tentera bersekutu itu, bagaimanapun angka itu tidak dapat disahkan oleh pihak berkecuali.(Berita Harian,21 mei 2011)

Aku secara peribadinya tidak bersetuju dengan campur tangan kuasa asing terutamanya negara2 atas angin ke dalam sistem pentadbiran negara islam kononnya hendak menyelesaikan kemelut yang melanda negara ini.Pencerobohan ini adalah yang terbesar berlaku di negeri Arab selepas campurtangan di IRaq yang mendapat kecaman ramai.

Operasi berkenaan yang menyaksikan kereta kebal dan kereta perisai tentera Gaddafi dibedil, adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.(Berita Harian)

Inilah nasib yang bakal melanda negara islam apabila bergaduh sesama sendiri,berperang saudara,dan gagal menjalin kerjasama dalam rumpun agama dan bangsa yang sama yang mengakibatkan campur tangan negara asing.Bagi aku,misi ketenteraan tetap melambangkan keganasan walaupun bertujuan mencapai keamanan.Adalah mustahil jika dikatakan serangan yang dilakukan pihak bersekutu tidak mencederakan orang awam seperti yang dikhabarkan.

Apa yang paling penting,mungkin selepas ini Muammar Gadaffi akan dianggap pejuang oleh rakyatnya kerana cuba mempertahankan negara mereka dari pencerobohan kuasa asing walaupun beliau pernah memerintah libya secara sistem kuku besi.Aku berbangga menjadi rakyat malaysia,walaupun hidup dalam krisis ekonomi dan kenaikan harga barang,kita masih selamat dari ancaman peluru dan bom...

Aku nak rehat jap,then ulangkaji tuk next exam...see u then
XOXO

No comments: