Sunday, January 15, 2012

Hipokritkah saya?Jawapan 1

Cakap hebat,tak pernah buat


Saya selalu menyeru orang lain supaya membantu negara lain yang sedang mengalami kebuluran seperti Somalia. Saya juga seorang yang pro Palestin dan anti zionis (anti semitic). Saya ingin membantu negara Pelestin dan ingin menghapuskan rejim zionis atau lebih dikenali sebagai Israel. Tapi... saya tak pernah ambil tahu apakah yang dimaksudkan dengan Israel...apa  beza Israel Ortodoks dan Israel zionis? Apa pula beza yahudi dengan israel? Saya tak peduli kerana bagi saya kedua2nya sama sahaja.


Saya suka sangat pakai jeans buatan LEVIS kerana fabriknya berkualiti tinggi,saya juga suka McD kerana rasanya lazat sekali. Dari minyak rambut sehinggalah stoking kaki,semuanya saya guna jenama yahudi sebab produknya berkualiti tinggi. Saya tak suka produk buatan dunia islam kerana tiada kualiti dan harganya mahal sekali. Biarlah saya menggunakan produk yahudi dan dalam masa yang sama saya menentang kekejamannya kepada saudara seagama saya kerana saya lebih memahami ekonomi walaupun kadangkala saya seorang yang ironi. Minyak attar yang non- alcohol tu tak wangi,tue sebabnya saya guna minyak wangi buatan amerika yang jelas lagi nyata menyokong pembunuhan saudara seagama saya di Palestin. Itu semua tak penting,yang penting saya akan terus melalak melaungkan slogan antizionis sambil memakai minyak rambut brylcreem,mengenakan haruman Boss,Kitkat pula akan terus membasahi gusi ini bersama kemanisan minuman Pepsi.

YES! Saya memang hipokrit.

1 comment:

Anonymous said...

wahh follow saya dari france tu okay sekarang saya follow balik . thanks