Friday, July 9, 2010

Short stories of LOga(dh hampir 3 bulan dia tnggalkan kita,so ni mcm satu appreciation tuk dye)


Satu tempiakan jelas kedengaran “mana kamu hendak lari,jangan lari”!Suara Loga memecah kesunyian malam itu.Kami berpandangan sesama sendiri.Jam sudah menunjukkan angka 11.50 malam.Sememangnya kami telah melakukan kesalahan.Berada dalam gym selepas pukul sebelas adalah dilarang sama sekali.
Pada minggu lepas Loga sudah membuat pemantauan dan telah memberikan amaran keras kepada kami supaya tidak mengulangi perbuatan itu.Pada hari itu juga , satu perjanjian telah termeterai di antara dua pihak.Pihak kami dan pihak Loga.
Baru sebentar tadi kami bermain badminton bersama-sama.Ini sudah menjadi satu kelaziman dalam kalangan warga ipba terutamanya pada hujung minggu.Jepah dan Faiz sudah lama pulang.Hanya tinggal pelajar jurusan matematik,german dan PSV.Aku sememangnya tidak terkecuali.
“Woi macam mane nak lari ni,pintu ini terkunci”,teriak Hazim kepadaku.Aku memerhatikan sekeliling.Memang tiada jalan lain untuk melepaskan diri.Adakah kali ini kami akan tertangkap?Apa yang akan terjadi jika kami terkantoi?Aku sudah tahu natijah dan impaknya. Pada masa ini segala bayangan gelap menerjah bayangan minda dan bermain di tubir mata.
Dengan sepantas kilat, aku menendang salah satu pintu di situ.Ilmu persilatan yang kupelajari aku manfaatkan sebaik mungkin.Pintu terkopak dan terbuka.Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari bersama rakan rakanku.Serentak itu juga aku terdengar suara Loga yang menyuruh kami berhenti berlari.Kami terus berlari menuju ke arah tangga ke arah rumah pengarah.
“Hungga,hungga,hungga”,Je memekik dari belakang.Aku pasti dia menyuruh kami berlari walaupun aku tidak dapat menangkap maksud butiran perkataannya itu.
Kami terus berlari tanpa mengendahkan teriakan dan jeritan yang datang dari Loga itu.Terasa sesaat itu sangat berharga sekali buat kami.Kami gagahi jua berlari manaiki tangga walaupun kepenatan.
“Huh,line clear”,Wan sekadar memastikan Loga benar-benar hilang dari pandangan sebelum pulang ke blok kami.Dikhuatiri kalau –kalau Loga berpatah balik.
Sebaik tiba di rumah,kami terus menyalin pakaian lantaran bimbang disyaki.
“Hai,cepat balik”,tegur Jepah semasa aku melangkah masuk.Walaupun matanya tertancap pada laptopnya, dia masih menyedari akan kepulangan kami.
“Badan penatlah,asyik berlari”,jawabku selamba.menjawab soalannya tanpa menyembunyikan kebenaran walaupun tidak berterus terang.Sengaja aku merahsiakan perkara ini kerana dikhuatiri akan menjadi perhatian umum.Lagipun aku malas hendak menjawab pertanyaan mereka jika diajukan soalan berangkai.Assignments pum masih berlambak dan belum berusik.
Kami terus berlalu ke bilik meninggalkan Jepah di ruang tamu.Nampaknya dia masih teruja dengan permainan PES 2010 yang baru dibeli dan di’install’sebentar tadi.Aku juga akan mencubanya.Sudah terlalu lama rasanya hidupku di sini tanpa permainan.Setiap hari assignments dan nasihat yang pedaslah yang selalu menjadi teman hidupku dikala aku sunyi tinggal di sini.
Sebaik hendak menyalakan suis laptopku,Wan menerima satu mesej.
“Tolong pastikan di mana kedudukan Loga,kami masih terperangkap”
Mesej itu dihantar dari Razif.Rupa-rupanya mereka tidak berlari bersama kami.Sebaik pintu dibuka,mereka terus berlari ke gelanggang skuasy.
“Kita kena tolong mereka”,kataku kepada Wan.
“’Jom”,jawab Wan ringkas.
Apa yang bermain di fikiranku adalah mengapa Je masih berada di sana sedangkan tadi dia telah berlari bersama kami.Mungkin semangat persahabatannya terlalu kuat hinggakan sanggup berpatah balik untuk memestikan rakan-rakannya tidak berada dalam situasi yang mencemaskan.
Kami memerhatikan keadaan sekeliling,sememangnya, Loga sudah tiada .Sudah letih agaknya.
“Line clear”,pantas Wan menaip mesej dan punat send ditekan.Mesej terus bergerak laju dalam talian menemui telefon bimbit Razif.
“Terima kasih”,mesej Wan berbalas.
Dari kejauhan,kami dapat melihat mereka bergerak secara senyap dari rimbun ke rimbun pepohon yang lain.Sekali diperhatikan,memang ada gaya sekumpulan komando yang sedang menjalani latihan intenstif.
Nampaknya malam ini kami masih selamat daripada ancaman maut itu.Aku pasti Loga tidak akan berdiam diri dan berputus asa.Tragedi semalam adalah kegagalan buat dirinya yang ke berapa,aku sendiri tidak pasti.
Adakah esok masih ada untuk kami lagi.Beriadah,bermain badminton,meluangkan masa bersama di gym pada hujung minggu?Ini sudah tentu akan menjadi pengalaman pahit dan igauan buruk kepada kami.
Namun sebagai seorang yang mendukung aspirasi negara, kami tidak akan mengalah sama sekali.Kami tetap kan meneruskan aktiviti ini kerna ia sudah menjadi kelaziman dan darah daging kami.Lagipun kami sememangnya tiada masa pada waktu lain untuk aktiviti ini.
“Kami akan terus berlari dan berlari”! Ini janji kami.

No comments: