Thursday, July 8, 2010

Imarahkanlah AL-GHaZali


Sebagai seorang manusia yang tidak sempurna,kita juga kadangkala akan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.Sememangnya lumrah seorang manusia yang sering silap dan alpa dalam menjalani kehidupan di dunia ini. « bumi mana yang tidak ditimpa hujan » ?Satu persoalan yang gagal mencari jawapan tepat lagi konkrit.
Namun kesalahan dan kesilapan ini haruslah dijadikan pengajaran dan wadah bagi memangkin kembali semangat ingin tahu kebenaran agar kekuatan umat islam yang sebenar dapat dipacu semula ke satu tahap yang tak terduga.Di sinilah terbitnya makna rasa akan indahnya islam,manisnya iman dan jernihnya taqwa.
Di manakah kita akan menemui kebenaran yang mutlak dan hakiki ini.Adakah di Midvalley yang saban hari menghimpun ribuan manusia,adakah restauran Amjal yang hingar- bingar apabila bermulanya liga Inggeris ataupun di Garden dan Kafe Blok 4 yang secara amnya digunakan untuk memberi makanan kepada sistem fizikal tubuh badan kita.Persoalannya,bagaimana pula dengan makanan rohani kita ?
Apakah ia akan cukup dengan sekadar sepinggan nasi goreng ayam,ataupun roti canai yang dihidangakn bersama kari yang mengiurkan ?jika ini jawapan anda,anda pada hakikatnya telah melakukan satu kesilapan yang besar sepanjang hayat anda.
Solat yang ditunaikan 5 kali sehari(rata-ratanya dilakukan secara individual) masih tidak mencukupi untuk menyemai jiwa Islam yang sebenar dalam diri kita.Iman itu bukan berada di dalam buku mahupun kitab.Iman sebenarnya lahir dalam hati dan nurani manusia yang cuba untuk mendapatkannya di tempat-tempat yang sepatutnya.Ingatkah tujuan anda dan tanggungjawab anda sebelum memulakan pengajian di Institut terulung ini ?
Mungkin anda telah terlupa untuk seketika akibat dibuai mimpi indah dunia.Sehubungan dengan itu AL- gHAZali selaku pusat pengembangan islam di sini ingin menyeru kalian semua agar berpeganglah kembali kepada prinsip sebenar seorang umat yang benar-benar bertanggungjawab terhadap agamanya.Kembalilah anda ke sini. Sembahyanglah anda dimana tempat azan dilaungkan.Hadirkanlah diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.Dalam tangis esak Al-Ghazali merayu lagi agar fungsinya digunakan mengikut hak yang sepatutnya.Sebuah bangunan yang hampir hilang statusnya sebagai sebuah surau satu ketika dahulu (jika anda benar-benar peka akan sejarah perit yang berlaku kepadanya ).
Sesungguhnya dalam agama itu memang tidak terdapat sebarang paksaan kerana ayat « La ikrahu fiddin »itu memang membawa maksud itu.Semuanya terpulang kepada anda untuk menilainya.Diharapkan selepas membaca pesanan ini(walaupun ada segelintir yg menganggapnya sampah) kita dapat sama-sama mengimarahkan kembali SURAU AL-GHAZALI yang telah pudar sinarnya saban hari.Akhir dari saya :

Kembalilah Kes sini, Imarahkan AL-Ghazali~!!

No comments: