Friday, July 9, 2010

CoreTan tuk bdk umah aku~


Koleksi peribadi ryuwatanabe(2010),untuk tatapan insan
(khas buat penduduk blok satu,tingkat satu)

Dia kembali lagi,
Dalam awal hari dan keheningan pagi,
Dia tampil berdiri,
Menuntut satu perhitungan maggi,
Menghapuskan peraturan monarki,
Yang terbina sejak AZALI,

Datangnya menghapuskan para dai’e,
Matlamat dan visi kekal bermaharani,
pencipta kejahatan senja,
petualang segala marga kota,
inilah syaitan bermuka dua,
tampak segak pada luarannya,
kotor dan punah pada dasarnya.

Mangkuk puaka kekal di sinki,
Chopstick babi cuba menghantui,
Merobohkan pegangan kami,
Mencabul hak kemanusiaan hakiki,
Merintih dalam esak dinihari,
Tinggal dalam satu elegi sepi,
Memori penuh pelangi,PASTI

Di manakah pengkhianat bangsa itu,
Hilang dalam pawana waktu,
Bergerak dalam senja purbakala,
Bakal pendidik yang hilang sinarnya,
Penduka rebas air mata.

Bilakah ini akan berakhir ?
Mungkin esok,lusa, atau selamanya,
Jawapannya tampak sama,
Makhluk itu perlu dibinasa.

Nada » protes
Isnin, 1 mac 2010

No comments: